Tech

Cara Mudah Nak Buka Pendrive Yang Terkena Virus. Fail Hilang!

10.5K
SHARES
cara baiki pendrive

“Eh, eh, kenapa kosong pula pendrive aku? Rasanya dah transfer betul dah tadi. Ish, mesti kena virus ni. Dahlah penting kerja aku dalam tu. Ada cara baiki pendrive sendiri ke?”

Pendrive kena virus? Habis hilang semua barang dalam pendrive? Pendrive ada isi, tapi bila dibuka kosong? Jangan panik. Ada cara baiki pendrive yang kena virus dan dapatkan semula fail, gambar-gambar, atau kerja anda.

Mari ikuti perkongsian Encik Hafiz dalam langkah bergambar ini.

Cara Baiki Pendrive Yang Terkena Virus. Fail Hilang!

Lakukan langkah ini satu demi satu.

1. Kenalpasti Lokasi Pendrive

Pertama sekali, kenalpasti lokasi pendrive anda. Tengok pendrive ada pada (H:) atau (G:). Kalau ada dekat (H:) kena ingat H ya. Kalau (G:) ingatlah G.

pendrive-9b

2. Pergi Bahagian Search

Seterusnya, pergi bahagian Search. Taip command ini C:\Windows\System32\cmd.exe dan lepas itu tekan Enter.

Lepas tekan Enter, akan keluar paparan hitam ini. Ada keluar dengan ayat sama macam tu.

Jangan takut, tak ada rosak PC. Dah betul dah langkahnya.

pendrive-8

3. Taip cd..

Baik, sekarang, taip cd.. (*huruf kecil cd diikuti dengan titik 2 kali).

Taipkan command ini selepas ayat command C:\Windows\System32> yang tertera pada paparan. Kemudian, tekan Enter.

pendrive-7

Pedepap, lepas tekan Enter tadi akan keluar ayat yang lagi pendek daripada ayat tadi. OK, ini sudah bagus. Memang ini yang kita mahu.

pendrive-6

4. Ulang Sekali Lagi

Taip lagi cd.. dan tekan Enter. Pedepap dia keluar tinggal C:\> saja kan?

Cantik, memang dah betul sangat dah langkah yang anda buat.

pendrive-5

5. Taip Lokasi Pendrive

Sekarang, ingatkan semula lokasi pendrive tadi sama ada dekat (H:) atau (G:).

Kalau dekat H maka taiplah h: dan tekan Enter. (*lokasi g atau h taip dengan huruf kecil ya)

pendrive-4

Sekarang, ia dah bertukar dari C kepada H, bukan? Macam dalam gambar di bawah.

pendrive-3

6. Taip Command Terakhir

Kemudian taipkan ayat ini lepas bahagian H:\>. Taipkan attrib -s -h -r /s /d  dan tekan Enter.

Lepas itu, tunggu sampai dia keluar di bawah itu H:\>. Kalau ada, dah boleh pangkah paparan hitam ini.

pendrive-2

7. Pergi My Computer & Buka Pendrive

Sekarang, semak semula pendrive anda. Pendrive yang kosong tadi dah jumpa balik failnya. Alhamdullillah selamat.

Tapi kadang-kadang, bukan semua pendrive yang kena virus boleh dapatkan balik. Ada juga dah buat macam ini pun tak boleh juga dapat balik. Yang itu, mungkin ada masalah lain dan kena buat cara tertentu untuk dapatkan semula.

pendrive

Kongsikan Pada Kawan Yang Lain!

Ini antara cara baiki pendrive yang paling asas, tapi cukup berkesan untuk virus yang biasa terkena pada pendrive.

Jadi, kalau dah tahu, kongsikan pada rakan-rakan yang lain. Kasihan rakan-rakan punya kerja yang dah buat tapi hilang pula. Selamat mencuba!

 

*Yang dah buat tapi tak dapat juga data yang penting, boleh minta Encik Hafiz untuk repair atau recover. Follow page beliau di Hafiz Glass Tint atau hubungi 0182627765.

**Cara baiki pendrive ini dikongsikan oleh Encik Hafiz melalui laman Facebook beliau. Ia diterbitkan semula dengan kebenaran. Encik Hafiz juga membuat kerja-kerja menjual, membekal, dan menservis pemasangan filem penapis haba, sticker rumah dan bangunan. 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×