Buku teks sekolah mungkin sekadar bahan pembelajaran bagi kebanyakan pelajar, namun siapa sangka buku yang pernah digunakan oleh seorang selebriti boleh menjadi sesuatu yang menarik untuk dikenang.
Perkara itu mencuri perhatian apabila seorang pengguna media sosial, hud_abbas, berkongsi hantaran mengenai keterujaan menggunakan buku teks yang pernah digunakan oleh penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha, ketika zaman persekolahannya.
Baca juga: Tendang & Jentik Anak Dalam Lif Kerana Berebut Stroller, Rakaman CCTV Cetus Kemarahan Warganet
BUKU TEKS SEKOLAH NAMA DAIYAN TRISHA VIRAL

Menerusi perkongsian tersebut, pengguna berkenaan menyatakan perasaan teruja apabila berpeluang menggunakan buku teks yang pernah digunakan oleh individu terkenal di sekolah.
Menariknya, Daiyan turut memberikan reaksi terhadap perkongsian itu menerusi akaun media sosialnya.
Dia mengakui berasa lebih teruja apabila mengetahui orang lain masih menggunakan buku teks yang pernah digunakannya ketika berada di Tingkatan Lima.
Menurut Daiyan, buku berkenaan digunakan sekitar tahun 2010, sekali gus menjadikan perkongsian itu satu kenangan lama yang tidak disangka-sangka kembali mendapat perhatian.
Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang terhibur dengan situasi berkenaan.
Ada yang membayangkan keterujaan sekiranya berpeluang menggunakan buku teks yang pernah dimiliki individu yang diminati ketika zaman persekolahan.

Teruja guna buku teks crush
Seorang pengguna media sosial secara berseloroh berkata, dia mungkin akan memandang buku itu setiap hari sekiranya mengetahui buku tersebut pernah digunakan oleh individu yang menjadi pujaan hatinya.
Dalam pada itu, Daiyan turut mengesahkan bahawa maklumat berkaitan sekolahnya adalah benar menerusi satu komen yang menyebut nama 5 Inisiatif, JESS Bandar Baru Bangi.
Situasi ini membuktikan bahawa kenangan zaman persekolahan boleh menjadi sesuatu yang istimewa, lebih-lebih lagi apabila bahan pembelajaran lama secara tidak dijangka menghubungkan peminat dengan kisah silam seseorang yang mereka kagumi.
Baca juga: Kerajaan Tak Tolak Kemungkinan Haramkan Waze Sepenuhnya, Mahu Aplikasi Tempatan Jadi Alternatif
Sumber: Threads Hud Abbas & Daiyan Trisha
