Rakyat

Mana Borang BRIM 2015 Online? Bila Boleh Buat Semakan Status & Keputusan?

Mana Borang BRIM 2015 Online? Bila Boleh Buat Semakan Status & Keputusan?

BRIM 2015

 

A) Terkini 19 Oktober 2014:

Borang permohonan masih lagi belum dibuka. Masih lagi tiada ‘button’ untuk Permohonan Baru dan ruang untuk masukkan nombor MyKad.

ebr1m-ebrim-hasil-gov-my-2015

Panduan untuk semakan status permohonan BR1M di sini.

 

i-BR1M

i-BR1M adalah pelan takaful yang memberi manfaat perlindungan kepada penerima BR1M kategori isi rumah / keluarga. i-BR1M  bertujuan membantu meringankan tanggungan penerima dan keluarga penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal  akibat kemalangan. Sumbangan i-BR1M ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan tiada kos dikenakan. i-BR1M diuruskan  oleh konsortium pengendali Takaful. Maklumat lanjut seperti gambar di bawah:

i-br1m-ibrim-2015

Manual pengguna i-BR1M di sini.

Download borang i-BR1M di sini.

 

B) Terkini 10 Oktober 2014:

Untuk BRIM 2015 dalam Bajet 2015 kali ini:

Untuk maklumat lanjut dan intipati Bajet 2015, termasuk kadar kenaikan BRIM 2015, boleh lihat entri kami tentang Bajet 2015 Golongan Pertengahan di sini.

Gaji RM3,000 ke bawah

Untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, pemberian akan ditingkatkan dari RM650 kepada RM950. Bantuan ini akan dibayar sebanyak tiga kali setahun, iaitu 300 ringgit akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak 350 ringgit akan dibayar mulai September 2015.

Gaji RM3,000 – RM4,000

Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, Kerajaan akan meningkatkan nilai BR1M daripada RM450 kepada RM750. Bantuan ini akan dibayar sebanyak tiga kali setahun juga, iaitu RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 akan dibayar mulai September 2015.

Orang Bujang

Bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, Kerajaan akan meningkatkan nilai BR1M daripada RM300 kepada RM350. Bayaran bantuan ini akan dibuat sekaligus mulai awal tahun 2015.

Permohonan & Daftar BRIM 2015

Ekoran kenaikan harga minyak pada 1 Oktober 2014 yang lalu, ramai yang tercari-cari maklumat tentang permohonan BRIM 2015. Ramai juga ke sini untuk info BRIM 2014 yang lalu. Masih belum pasti apa pendirian kerajaan tentang BRIM 2015 yang akan datang ini. Pada 10 September yang lalu, Barisan Nasional Backbencher (BNBBC) mengatakan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan sukacitanya mengumumkan kenaikan tambahan RM300 lagi bayaran BR1M tahun depan. Boleh baca berita itu di sini.

Datuk Seri Najib berkata, “Yakinlah saya tidak akan menyusahkan rakyat. Ini kerana kerajaan berdiri di atas sokongan rakyat”. Malah beliau menganggap ini adalah satu langkah ke depan yang paling besar yang dilakukan oleh kerajaan sejak Merdeka.

Laman web Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dari LHDN Malaysia masih menunjukkan maklumat lama untuk BR1M 2014. Boleh lihat di sini. Kami rakyat Malaysia golongan pertengahan masih ternanti-nanti kemaskini terbaru.

 

Mana ‘link’ untuk borang BRIM online?

Sila ke sini: https://ebr1m.hasil.gov.my/

Pautan di atas adalah pautan lama untuk BRIM 2014. Kami tidak pasti samada pautan ini akan digunakan untuk BRIM 2015. Kami akan kemaskini apabila kerajaan umumkan di media.

Adakah saya layak dapat BRIM 2015?

Mengikut LHDN, syarat kelayakan permohonan BR1M ialah:

(i) Warganegara Malaysia
(ii) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar
bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
(iii) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
(iv) Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

Apa dokumen yang diperlukan?

(i) MyKad bagi pemohon; dan
(ii) MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)
• Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
• Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014

**NOTA

1. PERMOHONAN BARU – Bagi pemohon yang pertama kali memohon BR1M dan juga bagi pemohon BR1M 1.0 dan 2.0 yang tidak layak.
2. KEMAS KINI PERMOHONAN BR1M 2.0 – Bagi penerima BR1M 2.0 mengemaskini maklumat selain daripada Status Perkahwinan dan Maklumat Isi Rumah.

Kemas Kini Permohonan BR1M 2.0 hanya dibenarkan SATU (1) kali sahaja. Sebarang pindaan lanjut, sila hadir ke Cawangan LHDNM yang berhampiran. Bagi pindaan Status Perkahwinan atau Maklumat Ahli Isi Rumah, sila hantar borang permohonan ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.

Bagaimana kalau saya tidak pandai guna Internet?

Untuk permohonan BRIM, boleh juga hubungi nombor ini: 1-800-88-2716. Untuk insuran BRIM (i-BR1M), sila hubungi nombor tertera: 03-2716 2716

Semoga bermanfaat!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×