40 Minggu

Kenapa Bayi Menendang Dalam Kandungan? Ini 7 Fakta Menarik Mengenainya

791
SHARES
bayi menendang

“Dari tadi bayi menendang ni, entah apa yang dibuat di dalam agaknya. Sekejap tendang sisi kiri. Sekejap ke kanan. Mungkin ‘baby boy’ dalam perut ni. Lain macam aktifnya”

Tidak kiralah mengandung anak sulung atau sudah masuk keempat, setiap kali itulah mesti teruja merasa anak dalam kandungan menendang. Ia juga memberi ibu keyakinan dan harapan anak yang dikandungkan sedang membesar.

Pastinya, itulah saat terindah dan istimewa bagi setiap wanita hamil apabila merasa bayi dalam kandungan membuat pergerakan.

Jadi memang betul ke bayi menendang dalam perut atau sebenarnya ia hanyalah pergerakan normal yang dilakukan sewaktu membesar?

Ketahuilah fakta yang sebenarnya mengenai bayi menendang semasa di dalam kandungan.

bayi menendang

Foto Kredit: bogglingfacts.com

7 Fakta Tentang Bayi Menendang Semasa Dalam Kandungan

1. Bila akan mula merasa bayi menendang?

Biasanya pada 24 minggu, sudah mula ada tendangan daripada bayi namun ia masih lemah.

Bagi ibu yang sudah berpengalaman, sedikit tendangan atau pergerakan pun sudah dirasai seawal 12 minggu.

Foto Kredit: thebump.com

Foto Kredit: thebump.com

2. Mengapa bayi menendang?

Ia sebagai respon apa yang dirasainya misalnya jika bayi terasa persekitaran yang bising, pencahayaan yang terlalu terang ataupun sesetengah makanan yang diambil oleh ibu merangsang pergerakannya untuk bergerak.

Kadang-kadang pergerakan itu terasa seolah-olah bayi menendang sedangkan ia hanyalah sekadar stretching yang dilakukan oleh bayi.

Perkembangan Janin Dalam Kandungan

3. Apakah jumlah tendangan yang normal?

Jika bayi melakukan pergerakan antara 15 hingga 20 hari, ia dikira normal.

Pergerakan bayi menendang ini tidak terhad kepada menendang sahaja tetapi meliputi semua pergerakan.

Anak-anak pun mesti seronok nak teka jantina bayi dalam kandungan.

4. Bagaimana nak mengira tendangan bayi?

Catat setiap pergerakan setiap satu jam.

Biasanya jika anda makan makanan manis dan minum minuman sejuk, bayi dalam kandungan akan terjaga daripada tidurnya dan anda akan merasa sekurang-kurangnya 10 pergerakan dalam masa dua jam selepas makan atau minum.

Foto Kredit: weziwezi.com

Foto Kredit: weziwezi.com

5. Perlukah mengira tendangan bayi setiap hari?

Pergerakan bayi perlu dipantau setiap hari dan setiap masa kerana anda dapat mengenal pasti jika terdapat sebarang masalah pada bayi seperti tiada pergerakan dalam satu-satu masa.

Untuk memudahkan anda, kini terdapat beberapa alatan elektronik untuk mengira pergerakan ini.

Selain itu, terdapat gelang tangan untuk memastikan anda sentiasa merekodkan jumlah tendangan tersebut.

bayi menendang

Foto Kredit: kickscount.org.uk

6. Bagaimana jika tiada pergerakan?

Jika tiada sebarang pergerakan dalam masa dua jam selepas mengambil makanan manis atau minum minuman sejuk, ia mungkin disebabkan bayi kurang oksigen ataupun nutrisi.

Segera berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan.

7. Apakah bayi akan berhenti membuat pergerakan apabila berusia 36 minggu?

Ya, bayi akan sentiasa bergerak sehingga saat kelahiran. Pergerakan ini juga biasanya akan bertambah kerap apabila meningkat usia.

Apabila anda hampir melahirkan, proses ‘bayi mengeras’ atau kontraksi perlu dibezakan dengan proses bayi menendang.

Pantang Larang Semasa Hamil. Ibu Mengandung Perlu Tahu!

Foto Kredit: sheknows.com

Bayi menendang sebagai salah satu cara komunikasi

Sebenarnya adalah satu cara awal bayi berkomunikasi dengan ibunya. Anda akan tahu bayi gembira atau tidak melalui pergerakan yang dilakukannya.

Melalui tendangan bayi ini juga, hubungan antara bayi dan ibu akan mula terbentuk dan menjadi semakin kukuh.

Beruntunglah setiap ibu yang dapat merasakan sensasi yang sangat istimewa ini!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×