0-6 Bulan

Babywearing Malaysia – Gendong Bayi Bagai Zaman Dahulu!

77
SHARES

Babywearing Malaysia

Apakah Babywearing?

Memilih babywearing adalah satu keputusan yang bijak, lebih-lebih lagi di saat kes penculikan yang semakin menjadi-jadi. Babywearing dapat memberikan akses kepada ibu bapa untuk memenuhi keperluan anak sambal melakukan aktiviti lain.
Babywearing merujuk kepada kelakuan atau perbuatan memegang atau membawa bayi atau kanak-kanak dengan menggunakan ‘pembawa’ atau ‘carrier’. Kebanyakan carrier diperbuat daripada helaian kain woven yang panjang.

Membawa, menggendong atau mendukung bayi adalah sesuatu yang semulajadi dan universal, maka carrier akan memudahkan serta memberikan keselesaan kepada ibu bapa dan penjaga untuk membawa anak mereka di samping menjalakan tugas-tugas seharian.
Babywearing membantu ibu bapa mengendali bayi yang sukar tidur dan ibu muda dapat ,melakukan kerja rumah dengan mudah seperti membuat sandwic mahupun membasuh baju di samping dapat memeastikan bayi selamat.

Dengan menggunakan babywearing dengan betul, ia menyokong bahagian belakang bayi. Pastikan ia sentiasa dalam keadaan semulajadi dan berbentuk C. Ketika dilahirkan, sendi-sendi pinggul seorang bayi masih belum terbentuk dengan sempurna. Jadi amat penting bagi seorang bayi membengkokkan atau membentuk kakinya apabila berada di dalam sling supaya sendi pinggulnya tetap berada di tempat yang betul. Lutut bayi mesti berada lebih tinggi daripada bahagian bawahnya dan kakinya menyokong lutut, di mana ia akan membentuk ‘M’.

Manfaat Babywearing

Bayi yang menggunakan babywearing lebih mudah dikendalikan dan tidur dengan lebih lama. Sistem penghadaman anak adalah lebih baik dan waktu menangis menangisnya adalah lebih pendek daripada anak yang tidak menggunakan babywearing. Bayi yang meggunakan babywearing banyak menghabiskan waktu di dalam zon senyap dan sentiasa peka dengan apa yang berlaku di sekelilingnya. Bayi pra-matang pula akan dapat meningkatkan berat badan mereka lebih cepat apabila mereka menggunakan babywearing kerana mendapat suhu yang lebih baik.

Langkah-langkah Keselamatan

Beberapa langkah keselamatan perlu diambil kira supaya bayi dibawa dengan selamat. Sling yang baik perlu mempunyai fungsi-fungsi berikut (TICKS)

• Tight (Ketat)
• In view at all times (Boleh dilihat setiap masa)
• Close enough to kiss (Cukup rapat untuk dicium)
• Keep chin off the chest (Dagu bayi tidak rapat dengan dada)
• Supported back (Bahagian belakang yang cukup sokongan)

Babywearing - Langkah Keselamatan

Foto Kredit: schoolofbabywearing.com

Perangkap Kematian Bayi

Ada baby carrier yang patut dibuang di tempat sampah daripada digunakan untuk membawa bayi anda. Carrier yang berbentuk seperti beg adalah salah satu daripadanya. Baby carrier yang berbentuk seperti beg membeli belah tidak sepatutnya digunakan untuk membawa bayi anda. Ada baby carrier yang dipanggil sebagai ‘baby bag’ yang membawa indikasi bahawa itu adalah sebuah bag bukan carrier.

Dalam tahun 2010, salah satu daripada sling yang berbentuk beg dipanggil, Infantino Sling Rider, dilaporkan menyebabkan 4 kematian disebabkan positional asphyxiation, di mana ia berlaku apabila dagu bayi terlalu rapat dengan dadnya dan menghalang laluan udara.
Ribuan carrier yang tidak selamat dan berisiko telah pun dijual dan akan terus dijual di bawah nama yang berbeza. Namun rekaannya masih lagi sama. Ianya dijual dengan nama Premaxx, Eddi Bauer, Wendy Bellissimo, Snugli, dan banyak lagi. Infantino juga masih dijual sebagai barangan terpakai walaupun ia tidak selamat. Kami menyarankan ibu bapa agar menambah ilmu pengetahuan tentang carrier yang menyokong bayi dengan betul dan selamat supaya tidak membeli carrier yang salah dan meletakkan bayi di dalam keadaan berisiko.

Amaran

Dalam beberapa bulan ini, begitu banyak carrier palsu yang berbahaya dan tidak selamat dijual di dalam website dan Facebook. Carrier yang terkesan adalah Ergobaby, Manduca, Beco dan Freehand. Carrier palsu ini tidak selamat selepas melalui ujian keselamatan, di mana ia meletakkan bayi dalam keadaan berisiko. Ianya berisiko kerana:

• Kualiti barang yang rendah
• Tidak diuji untuk standard keselamatan
• Tidak dilindungi insuran produk
• Tidak mempunyai jaminan produk
• Tidak memenuhi kriteris US lead-free

Anda disarankan untuk memastikan bahawa website mahupun Facebook yang menjual carrier itu adalah penjual yang disahkan. Berikut adalah penjual yang sah:
• http://bloomandgrowasia.com/index.php/Stockist.html (Ergobaby)
• http://www.manducababycarrier.com.sg/Manduca-Shops-Malaysia/ (Manduca)
• http://www.becobabycarrier.com/retailers.asp (Beco)

Apakah cara-cara pemakaian babywearing?

Rujuk gambar di bawah:

Babywearing - Woven Wrap, Stretchy Wrap, Ring Sling, SSC,  Pouch, Mei Tai

Foto Kredit: babyvibes

 

Babywearing adalah Skil
Di pasaran, terdapat banyak baby carrier. Walaubagaimana pun, komersial baby carrier tidak semestinya adalah babywearing. Ramai yang menggunakan helaian kain untuk membawa bayi mereka dengan selesa dan selamat. Semua baby wearing memerlukan skil. Skil ini boleh dipelajari dalam masa yang singkat sahaja. Sesetengah teknik seperti membawa bayi di belakang memerlukan sedikit masa dan memerlukan kemahiran.
Ilmu pengetahuan adalah sangat penting bagi memastikan baby wearing ini dapat dilaksanakan dengan selamat dan betul. Libatkan diri di dalam grup FacebookMalaysian Babywearers dan penyokong atas talian yang kini mempunyai lebih 20,000 ahli. Grup ini memberi sokongan kepada ibu-bapa yang menggunakan babywearing untuk bayi mereka. Mesyuarat serta perjumpaan juga dilakukan agar ibu bapa dapat belajar menggunakan babywearing dengan selamat.

Kunjungi kami di http://www.facebook.com/groups/malaysianbabywearers/

Sumber:

  • http://babywearinginternational.blogspot.com
  • http://babywearingschool.com
  • http://schoolofbabywearing.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×