Sponsored Post

Anda Yakin Anak Anda Mendapat Khasiat Vitamin atau Gula?

2.8K
SHARES

Kanak-kanak lazimnya susah sangat kalau nak disuruh makan ubat ataupun vitamin tapi kalau bagi gula-gula ke ‘gummies’ bukan main laju pula dorang makan kan?

Sebab tu lah ramai ibu bapa guna kesempatan ni untuk memberikan anak-anak mereka vitamin ‘gummies’ ataupun vitamin gula-gula sebagai makanan tambahan kerana ianya lebih mudah untuk si kecil makan tanpa sebarang paksaan.

Di pasaran sekarang pula memang ada banyak sangat pilihan produk vitamin ‘gummies’  yang rata-ratanya mempunyai tekstur kenyal seperti gula-gula dan enak.

Pada masa yang sama ia juga memaparkan kandungan vitamin dan pelbagai khasiat untuk menarik minat ibu bapa memilih ‘gummies’.

Tapi tak ramai ibu bapa sedar bahawa vitamin ‘gummies’ boleh mengundang mudarat buat anak-anak mereka. Di sebalik kandungan vitamin dan mineral baik dalan vitamin ‘gummies’ sebenarnya tersembunyi kandungan gula tinggi yang mana tidak baik sama sekali untuk diet sihat si kecil.

Kandungan gula tinggi meningkatkan risiko obesiti

Menurut portal healthessentials, vitamin ‘gummies’ mempunyai kurang vitamin dan mineral berbanding vitamin biasa. Malah, mereka menyifatkan bahawa agak susah untuk menentukan berapa banyak nutrisi yang boleh didapati daripada vitamin ‘gummies’.

Ia juga tinggi kandungan gula dengan purata 2 – 8 gram gula dalam setiap hidangan. Kadar gula yang berlebihan ini boleh menyebabkan terjadinya masalah seperti hiperaktif dan obesiti di kalangan kanak-kanak

Memetik laporan MyHealth, sekiranya masalah berat badan berlebihan di usia kecil tidak dikawal ianya boleh menjurus kepada komplikasi kesihatan lain seperti tekanan darah tinggi, kerosakan sendi serta masalah haid buat kanak-kanak perempuan.

Gula juga menjadi punca utama boleh terjadinya masalah gusi dan gigi. Bahkan kandungan asid sitrik dalam vitamin ‘gummies’ boleh melekat pada gigi yang mana secara tidak lansung bakal menyebabkan terjadinya masalah kaviti.

Ibu bapa perlu lebih peka tentang pemilihan vitamin

Suka untuk kami ingatkan agar ibu bapa menyemak terlebih dahulu label makanan pada sesebuah produk vitamin sebelum membuat pembelian. Dari situ ibu bapa boleh mengetahui kadar gula dalam sesebuah produk.

Jangan mudah terpedaya dan terburu-buru ketika memilih vitamin seeloknya cuba dulu untuk mengesahkan kebaikan vitamin yang hendak dibeli. pastikan ianya benar-benar berfungsi seperti mana ia diiklankan atau dinyatakan pada pek pembukusan vitamin tersebut.

Paling penting ibu bapa perlu memastikan vitamin tersebut telah pun berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Produk yang berdaftar seharusnya mempunyai label Meditag Hologram dan nombor pendaftaran ataupun nombor MAL (seperti MAL20125467T)

Nombor MAL adalah bukti bahawa produk tersebut telah diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan ia selamat untuk digunakan.

PILIH VITAMIN SEBENAR

Bagi membina sistem pertahanan badan yang baik buat anak-anak lebih elok kiranya ibu bapa membiasakan mereka dengan pengambilan vitamin sebenar berbanding vitamin ‘gummies’.

Cubalah Champs Vitamin C dengan 100mg vitamin C hari ini. Dengan pengalaman 40 tahun di pasaran, Champs menawarkan vitamin sebenar yang diperakui oleh NPRA dengan formulasi khas untuk citarasa kanak-kanak dan rasa yang menarik iaitu oren, anggur dan strawberi tanpa gula.

Ianya juga diperkaya dengan vitamin C bagi memperkuatkan lagi immunisasi badan bagi menentang selsema, demam dan penyakit ringan lainnya.

Haa.. bila anak-anak sihat barulah ibu bapa pun senang hati kan? Sekaligus, lebih banyak masa berkualiti dapat diluangkan bersama keluarga tersayang!

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai kandungan gula dalam sesetengah makanan tambahan buat kanak-kanak, anda boleh baca di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×