Waktu malam merupakan masa yang sesuai untuk ibu bapa ‘bonding’ bersama anak-anak setelah seharian bekerja. Oleh itu, kebanyakan ibu bapa akan mengambil peluang menonton televisyen sebagai hiburan ketika meluangkan masa bersama-sama. Tapi, tahu tak anak akan ‘capture’ setiap yang dilihat dan boleh pengaruh kelakuan mereka seperti yang dikongsi oleh ibu ini.
ANAK HAMPIR TIDUR, OTAK BERADA DALAM KEADAAN SEPARA SEDAR
Hati-hati dengan apa yang kita bagi anak tengok sebelum tidur. Ada satu hari tu, kami ke panggung wayang. Cerita yang kami pilih hari tu adalah Spiderman. Saya ni minat tengok Avengers. Tapi jarang bagi anak tengok bersama. Maklumlah, cerita superhero kan banyak lawan-lawan. Tapi sebab hari tu, saya dah tak sabar nak tengok, saya bawak anak-anak tengok sekali. Dalam setengah jam cerita nak habis, Aqlan yang 3 tahun waktu tu tertidur.
Padahal, dia paling semangat nak tengok.Apa yang ajaibnya.. Celik je mata, tiba-tiba dia yang tak kenal erti gusti sebelum ni, mula keluarkan jurus silat dia. Orang lain dia buat macam villain, dia tumbuk dan terajang sesuka hatinya.”Aqlan nak jadi Spiderman!” Katanya. Ternganga saya. Rupa-rupanya, semasa anak hampir nak tidur, otak anak berada dalam keadaan separa sedar. Waktu tu, anak akan ‘download’ apa sahaja yang dilihat.
BILA DIA SEDAR, AKAN DITERJEMAH MELALUI TINGKAH LAKU
Dan bila dia sedar dari tidur, apa yang di-download akan diterjemahkan melalui tingkah laku.Rugi kan, jika masa ‘fasa download’ itu, anak tak dengar sesuatu yang positif.Rugi jika masa ‘fasa download’ itu anak tak dengar bedtime story tentang adab .
Rugi kan, jika masa ‘fasa download’ itu anak tak dimasukkan input yang membantu dia bina self image yang positif. Bila saya dah tau rahsia ni, tau apa yang saya buat bersama anak sebelum tidur? Kami tonton rancangan Qari Junior bersama-sama. Habis tonton, kami akan bersembang-sembang.
PUJI & CERITA KEGEMBIRAAN SEBELUM TIDUR
Sebaiknya, kita didik anak bersyukur dengan review perkara best yang jadi pada hari tu. Kalau ada perbuatannya yang baik, puji dan ceritakan betapa gembiranya kita dengan perbuatannya tu. Waktu tidur tu pula, selepas ucapan maaf dan selamat malam, kami sambung dengan 3 Qul, ayatul Qursi. Dalam proses naj tidur tu, kami pasang bacaan Quran dari Qari Muzammil.
Nak lagi elok, pasang audio tanpa kehadiran gelombang dari wifi. Sebenarnya, bukan anak-anak aje. Kita pun sama. Sebelum tidur tu, install pemikiran yang baik-baik kita nak jadi esok. Betapa powerful masa sebelum tidur untuk membentuk imej kita.
Sumber: Wawa Shauqi