Setiap tahun, Enfiniti Academy akan menceriakan musim cuti hujung tahun dengan persembahan-persembahan teater yang hebat dan mengkagumkan.
Berikutan kejayaan “Seussical Jr” pada tahun 2013 dahulu, “Seussical the Broadway Musical” pada tahun 2014 dan diikuti “Aladdin – A Musical Comedy ” adalah pantomim muzik yang dipentaskan pada 2015 yang sesuai ditonton oleh seisi keluarga. Enfiniti Academy mencipta sebuah teater berdasarkan cerita legenda Aladdin yang sangat menyeronokkan dengan suntingan muzik yang menarik, lawak jenaka, komedi slapstick dan lagu-lagu popular yang membuatkan penonton ketawa, bersorak dan menari bersama-sama. “Aladdin – A Musical Comedy” mengisahkan tentang cinta, persahabatan, keazaman, kuasa sihir dan pengembaraan. Ia pasti memberikan pengalaman yang hebat dan menakjubkan untuk golongan dewasa dan juga kanak-kanak yang menonton.
Pemenang The Boh Cameronian Arts Awards untuk “Seussical the Musical” pada tahun 2015, Enfiniti Academy kembali dengan “Aladdin – Reloaded” yang diterbitkan oleh Enfiniti Vision Media yang sesuai ditonton oleh seisi keluarga dan semua lapisan umur. Aladdin Reloaded membawakan kembali kisah zaman kanak-kanak di pentas PJ Live Art Centre seperti yang belum pernah ditonton sebelum ini. Jadi, jangan ketinggalan menonton watak-watak Aladdin kegemaran anda pada 2 Disember hingga 11 Disember ini yang menjanjikan persembahan yang penuh ketawa dengan lagu-lagu yang menceriakan dan membawakan sesuatu kelainan yang menarik serta mecuit hati.
Aladdin – Reloaded diarahkan oleh Joanna Bessey dan pengarah muzik ialah Liew Marsh dan koreografi oleh J. Redza, pelakon utama daripada “Aladdin – Reloaded” dibarisi pelakon-pelakon profesional seperti Rashid Salleh (Kopitiam sitcom), Tria Aziz (penyanyi / pelakon / pelawak), Peter Davis (MMA Star). Mereka ini terdiri daripada pelakon profesional dan kanak-kanak yang berbakat besar yang mampu menghiburkan serta mencuit hati penonton. Pada tahun lepas, sidang penonton yang hadir memberikan penghormatan dan tepukan yang amat gemuruh.

Rashid Salleh memegang watak sebagai Widow Twanky

Tria Aziz memegang watak sebagai The Genie Of The Ring

Peter Davis memegang watak sebagai Abanaza dan Brian Chan sebagai Wishee Washee

Pelakon kanan-kanak yang turut terlibat menjayakan Teater Aladdin Reloaded – A Musical Comedy
Enfiniti Academy of Musical Theatre and Entertainment Arts (ENACT) diasaskan oleh Tiara Jacquelina pada tahun 2011, yang menjadi inkubator untuk generasi artis akan datang yang membuat persembahan. Misinya adalah untuk menaikkan pemimpin masa depan Malaysia yang dinamik, bertenaga, kreatif, inspirasi dan bersemangat bagi mewujudkan sebuah negara yang kaya dari segi ekonomi dan budaya.
Sinopsis Aladdin- Reloaded (A Musical Comedy):
Wicked Wizard si jahat Abanaza mencari lampu ajaib yang mengandungi Genie yang berkuasa, supaya dia boleh memerintah dan menakluk dunia. Adakah semua harapan akan hilang? Tidak! Sebuah keluarga wira wannabe cuba untuk menggagalkan rancangan jahat Abanaza ini! Seorang pemuda tempatan iaitu Aladdin, saudaranya yang nakal Wishee Washee dan ibu mereka seorang tukang cuci iaitu Widow Twanky bersedia untuk campur tangan dan menyelamatkan dunia! Mempertontonkan tikar terbang, kuasa mistik sebentuk cincin, Maharaja dan Maharani China serta seorang puteri yang cantik dimana penonton dapat melihat semua unsur-unsur dongeng rakyat dalam sebuah kisah yang hebat ini. Diselitkan dengan lagu-lagu serta tarian, lawak jenaka dan kuasa sihir.
Maklumat “Aladdin – Reloaded”:
Tarikh: 2-11 Disember 2016
Tempat: PJ Live Arts, Jaya One
Harga tiket: RM43.00, RM63.00, RM73.00 dan RM123.00
Sebarang tempahan dan pembelian tiket sila layari www.tix.my
Untuk maklumat lanjut layari www.facebook.com/enfinitiacademy, www.facebook.com/enfinitiacademyonstage atau www.pjlivearts.my
Nama-nama watak:
Aladdin : Jayson Phuah
Abanaza : Peter Davis
Widow Twanky : Rashid Salleh
Genie Ring : Tria Aziz
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Eja Ibrahim
Head of PR & Publicity
0122709292