0-6 Bulan

4 Aktiviti Untuk Bayi Usia 0-6 Bulan. Main Bersama!

182
SHARES
4 Aktiviti Untuk Bayi Usia 0-6 Bulan. Main Bersama!

Aktiviti Untuk Bayi

Tentu ramai terfikir, bolehkah bayi 0 hingga 6 bulan bermain? Apakah permainan atau aktiviti yang sesuai untuk mereka?

Sudah tentu mereka boleh dan pandai bermain walaupun hanya berumur 0 hingga 6 bulan. Namun ibu dan bapa mesti tahu apakah permainan serta aktiviti yang sesuai ketika ini. Sudah tentu ibu dan ayahlah yang mesti bermain dengan bayi agar mereka mendapat rangsangan yang baik. Aktiviti dan permainan itu pula mestilah memenuhi keperluan perkembangannya.

Foto Kredit: redraspberryboutique.com

Foto Kredit: redraspberryboutique.com

Permainan serta aktiviti mestilah merangkumi perkembangan berikut:

1. Perkembangan fizikal (motor kasar dan halus)

2. Perkembangan bahasa

3. Perkembangan kognitif

4. Perkembangan sosial-emosi

5. Perkembangan estetika & kreativiti

 

Jom kita lihat apakah aktiviti dan permainan yang sesuai untuk bayi 0 hingga 6 bulan!

Foto Kredit: healthybaby365.com

Foto Kredit: healthybaby365.com

Aktiviti 1 – Jom Kita Menari!

Tidak setiap masa anak akan tidur dan baring. Kadangkala mereka akan rasa tidak selesa dan menangis tanpa sebab yang diketahui oleh ibu. Namun yang nyata, bayi dalam tahap ini ingin selalu dekat dengan ibu dan mahu dipeluk juga dibelai sepanjang masa.

Jika anak mula tidak selesa, pastikan keperluannya seperti, lampin yang kering, sudah kenyang menyusu, tidak demam atau tidak selsema mahu pun batuk. Jika semuanya sudah diperiksa, dukung dan dakaplah bayi rapat ke dada ibu. Buatlah pergerakan perlahan sambal mendodoi dan mengalunkan muzik atau zikir yang mengasyikkan.

Buatlah pergerakan seolah-olah kita sedang menari lembut dengan bayi. Kita akan rasa tenang, begitu juga dengan bayi. Bayi mungkin akan terlelap kerana berasa sangat selesa dan selamat.

Masa yang diperlukan:
Bergantung kepada keselesaan anak

Anda memerlukan:
1. Bayi
2. Ibu
3. Muzik yang perlahan dan lembut atau nyanyian dan zikir oleh ibu

Aktiviti ini akan membantu bayi dalam:
1. Perkembangan bahasa
2. Perkembangan Sosio-Emosi

Foto Kredit: slate.com

Foto Kredit: slate.com

Aktiviti 2 – Pusing-pusing Dalam Rumah

Ketika ini semua pancaindera anak sangat aktif dan sensitif. Matanya akan sentiasa melihat sekeliling. Tangan dan kakinya pula akan bergerak-gerak. Mulut dan lidahnya pula akan cuba mengigit dan merasa apa sahaja yang masuk ke mulutnya. Kulitnya pula sangat lembut dan sensitif kepada sentuhan.
Mari kita rangsang pancaindera bayi kita agar mereka dapat manfaat darinya. Ibu bawalah anak pusing-pusing di dalam rumah. Tunjukkan kepada bayi apa yang ada di dalam rumah. Contohnya buku. Pegang buku tersebut dan katakana kepadanya, “ Buku.” Biarkan anak menyentuhnya. Kemudian tunjukkan barang yang lain seperti foto keluarga. Tunjukkan gambar ahli keluarga kepada bayi.
Ibu mungkin boleh menunjukkan barang-barang yang mempunyai sifat yang pelbagai seperti, ada yang lembut dan keras. Biarkan bayi menyentuh sambil berkata-kata dengannya. Anak pasti teruja!

Anda memerlukan:
1. Bayi
2. Ibu atau bapa
3. Barang-barang selamat di dalam rumah seperti buku, foto keluarga, bola, kertas dan sebagainya.

Aktiviti ini akan membantu bayi dalam:
1. Perkembangan Bahasa
2. Perkembangan Fizikal

Foto Kredit: sudocrem.co.uk

Foto Kredit: sudocrem.co.uk

Aktiviti 3 – Buih Oh Buih!

Bayi mana yang tidak sukakan buih? Semua bayi sukakannya. Mereka pasti ketawa dan teruja apabila dapat melihat buih-buih berterbangan mengelilinginya. Tangan bayi pasti akan menggapai-gapai buih untuk menyentuhnya.

Aktiviti ini sangat bagus bagi merangsang bayi. Bayi akan aktif berinteraksi dengan keadaan dan orang sekelilingnya. Manfaatkan waktu ini untuk bercakap-cakap dengan bayi dan galakkan bayi untuk bergerak-gerak.

Ketika ada buih berterbangan, katakan kepada bayi, ” Wah besarnya buih itu! “ atau ” Jom, tangkap buih! “

Anda memerlukan:
1. Bayi
2. Ibu atau bapa
3. Buih

Aktiviti ini akan membantu bayi dalam:
1. Perkembangan Bahasa
2. Perkembangan Fizikal

Foto Kredit: momtastic.com

Foto Kredit: momtastic.com

Aktiviti 4 – Eh, Apakah Itu?!

Bagi bayi sekecil ini, kebanyakan masa mereka akan berada di katil atau berbaring sahaja. Apa kata ibu dan ayah lakukan aktiviti ini bagi menjadikan anak aktif dan rangsang minda serta pergerakan mereka. Ini adalah permainan yang sangat mudah dan sangat disukai oleh bayi.

Ibu sediakan permainan kecil seperti bola lembut, potongan riben lembut atau seluar bayi yang bersih. Terbangkan atau gerakkan barang tersebut di atas bayi yang sedang berbaring. Goyang-goyangkan dan komunikasi dengan anak dengan suara yang kelakar, “Wah…apakah itu?”. Kemudian ibu terus menjawab, “Ini bola.”

Mata anak akan mengekor barang yang diterbangkan ibu. Tangan anak pula akan bergerak-gerak cuba menangkapnya.

Anda memerlukan:
1. Bayi
2. Ibu
3. Barang permainan seperti bola lembut, riben, permainan berbunyi (rattle), anak patung dan sebagainya

Aktiviti ini akan membantu dalam:
1. Perkembangan fizikal
2. Perkembangan bahasa

Andai kata inginkan idea lain, boleh cuba aktiviti bermain dengan bayi yang saya tulis sebelum ini.

Semoga bermanfaat!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×