2-4 Tahun

8 Tanda & Ciri Anak Autism. Ketahui Simptom Dan Beri Rawatan Serta Penjagaan Rapi.

1.6K
SHARES
8 Tanda & Ciri Anak Autism. Ketahui Simptom Dan Beri Rawatan Serta Penjagaan Rapi.

Ibu bapa perlu peka isyarat awal Autisme pada anak-anak

Ramai ibu bapa yang kurang mengetahui apakah sebenarnya “Autisme”. Apakah simptom-simptom bagi anak-anak yang menghidap Autisme? Apakah cara untuk mengubatinya? Bagaimana terjadinya Autisme? Dan pelbagai lagi persoalan yang timbul tentang penyaki. Sebagai ibu bapa, kita seharusnya sentiasa peka dengan perkembangan anak-anak.

Anak Autism suka hantuk kepala ke dinding

Anak Autism suka hantuk kepala ke dinding

Apa itu Autisme?

Autisme adalah sejenis gangguan psikiatri atau gangguan perkembangan yang mengakibatkan masalah dalam komunikasi dan kemahiran sosial, sama ada perkembangan bahasa yang lambat atau tidak berkembang. Keadaan ini berkisar mengenai masalah mengaitkan perkataan dengan penuh makna, interaksi sosial dan kesukaran untuk memahami persekitaran. Pengesanan awal mampu menyelamatkan keadaan dan kanak-kanak ini boleh dilatih sekurang-kurangnya untuk menguruskan diri sendiri. Pada kebiasaannya, petanda kesihatan anak yang mununjukkan simptom gangguan sama  ada secara mental dan fizikal tidak disedari.

Misalnya masalah Autisme yang boleh dikesan pada peringkat umur 12 bulan hingga tiga tahun. Namun, disebabkan kurang peka, masalah ini gagal dikesan pada peringkat awal dan menyebabkan anak terus terperangkap dengan dunianya dan sukar untuk menjalani kehidupan apabila membesar kelak. Masalah Autisme yang dihadapi oleh seorang kanak-kanak adalah berbeza. Ada kanak-kanak yang kelihatan seperti kanak-kanak normal, tahap sederhana dan tahap serius.

Ada cerita pengalaman & perkongsian anak Autism?

Berikut ialah satu kisah membesarkan anak Autisim yang dikongsikan di sini:

Seorang anak saya begitula keadaannya.Mengucapkan perkataan emak hanya ketika 4 tahun. Selalu dia mengajuk apa yang kita cakap macam burung kakaktua.Apa yang dilakukan menyebabkan saya seperti tergugur jantung nak menjaganya.

Ketika saya bawa adiknya baru dilahirkan dari hospital,dia lempang muka baby tu,lepas tu dia ketawa.
Dia tak tahu bahaya. Dia boleh berendam dalam kolah bilik air pukul 2 pagi.Selalu hilang secara tiba tiba,tau tau dah pegi stesen minyak ambil air kotak dlm petisejuk.Saya dimarahi orang kerana katanya tak jaga anak baik baik.

Pada yang tak menghadapi,memang tak tahu,betapa letihnya menjaga anak ini.Alhamdulillah..masa yang mencabar itu dah berlalu,anak tu dah jadi remaja,bagus juga dalam pelajaran.

Seorang kawan,sampai sanggup berhenti kerja sebagai pensyarah kerana menjaga anak sebegini.Mereka memang anak yang istemewa kerana memberi ibundanya banyak pahala.

 

BACA: Kenali 3 Tanda-tanda Anak ‘Hyperactive’ Dan 7 Cara Menangani Dan Mengatasi Anak ADHD Ini

Kanak-kanak menghidap Autisme mengamuk tak tentu masa

Kanak-kanak menghidap Autisme mengamuk tak tentu masa

Apakah simptom-simptom Autisme?

Kanak-kanak yang mengalami Autisme mempunyai rupa bentuk fizikal yang sama seperti kanak-knak normal yang lain. Hal ini menyukarkn masalah ini dikenal pasti kecuali ibu bapa peka akan simptom-simptom yang ditunjukkan secara konsisten oleh mereka. Setiap daripada penghidap Autisme memiliki simptom yang berbeza antara satu sama lain. Antara simptom-simptom Autisme ialah:

  1. Tidak menunjukkan eye contact
  2. Tidak bertindak balas terhadap senyuman
  3. Tantrum yang keterlaluan tanpa sebab sehingga mencederakan diri seperti menghantukkan kepala ke dinding
  4. Tidak menunjukkan minat untuk berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain, malah selesa bermain sendiri
  5. Sering menyebut sesuatu perkataan secara berulang-ulang dan kerap melentikkan badan seolah-olah mengelak apabila dipeluk.
  6. Terlalu sensitif dan mempunyai minat yang pelik kepada sesuatu seperti cahaya, bunyi atau pergerakan
  7. Mereka juga sering kali menunjukkan obsesi kepada sesuatu perkara seperti permainan tertentu sahaja.
  8. Gemar mengibarkan tangan dan memusingkan badan setempat. Malah kanak-kanak 18 bulan ke atas , mereka lebih suka menggunakan isyarat berbanding perkataan.

 

Ibu-bapa perlu bangga ada anak Autisme

Ibu-bapa perlu bangga ada anak Autisme

Apa tindakan ibu-bapa jika mengesan anak menghidap Autisme?

Sebagai ibu bapa, anda perlulah mengesan tanda-tanda awal anak yang menghidapi autistik ini dengan cara memerhatikan perkembangan normal kanak-kanak tetapi tidak juga sewenang-wenangnya menyatakan si manja anda Autisme. Kita seharusnya jangan mudah melabelkan si manja mengalami Autisme dengan hanya kerana anak-anak menunjukkan beberapa tanda autistik. Seharusnya ibu bapa perlu membawa anak anda mendapatkan pemeriksaan dengan pakar pendengaran untuk memeriksa pendengarannya, kerana ada kemungkinan kanak-kanak tidak boleh bertutur walau pun usia menjangkau tiga tahun.

Setelah doktor mengenal pasti anak anda tidak pekak, biasanya pakar pendengaran akan merujuk kepada pakar psikologi klinikal atau pakar psikiatri untuk membuat ujian dan pemantauan sama ada si manja benar-benar menghidapi Autisme sebelum diberikan rawatan sewajarnya.

BACA: 7 Cara & Tips Meningkatkan Keyakinan Diri Anak-anak (Increase Confidence Level)

 

Kena banyak bersabar dalam mendidik dan mengajar anak Autisme

Kena banyak bersabar dalam mendidik dan mengajar anak Autisme

Bagaimana menjaga dan mendidik anak Autisme?

Kanak-kanak Autisme memerlukan penjagaan secara perseorangan atau one-to-one care. Hal ini perlu dilaksanakan kerana penjagaan anak Autism perlu dilakukan secara berterusan dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana mereka tidak menghiraukan atau seperti tidak merasa kewujudan orang-orang di sekeliling. Kita seharusnya jangan merenung atau menyentuh si kecil autistik ini kerana kelakuan ini akan menyebabkan mereka stress.

Bagi mengasuh dan membimbing kanak-kanak ini, banyakkan menggunakan bahan wujud secara langsung atau alat bantuan seperti gambar supaya mereka mudah menterjemahkan bahan tersebut. Ibu bapa juga perlulah memberikan kemahiran sosial kepada anak-anak seperti teknik berkumpulan , bercerita dn sebagainya. Gejala Autisme boleh diredakan dengan menyediakan persekitaran yang selamat, struktur jadual rutin yang tetap dan suasana yang tenang. Anak-anak Autisme juga perlu diberikan peluang untuk merasa apa jua yang ada di persekitaran mereka.

Gangguan tingkah laku yang dikenal pasti tiada penawar ini akan berkekalan sehingga mereka meningkat usia. Oleh sebab itu, kepekaan ibu bapa dan pengesanan awal amat diperlukan. Anak-anak Autisme boleh diberikan latihan menguruskan diri sendiri adalah langkah yang bijak sebagai persediaan mereka bagi menempuh kedewasaan. Ibu bapa yang memiliki anak-anak yang istimewa ini, seharusnya tidak perlu berasa malu dengan keadaan anak mereka, kerana anak adalah anugerah yang tidak ternilai.

Ibu bapa seharusnya mendaftarkan anak-anak mereka ini ke sekolah khas bagi membantu mereka mengatasi masalah komunikasi dan sosial serta mengurangkan tingkah laku yang tidak sesuai agar mereka mampu menguasai kemahiran untuk hidup kelak.

Percayalah, Austime boleh dirawat

Percayalah, Austime boleh dirawat

Bagaimana jika ingin mendapatkan pandangan, bantuan dan ‘support’ untuk anak Autisme?

Layari laman web berikut:

  • www.hati.my – Offering Life-Long Services to People with Autism. The National Autism Society of Malaysia (NASOM) is a non-profit, non-governmental welfare organisation
  • www.autismmalaysia.com
  • www.autism.my
  • www.nasom.org.my – NASOM – The National Autism Society of Malaysia.
  • www.pr4a.org.my
  • www.spectrummuminmalaysia.com
  • www.myautisticmalaysia.com

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×