Sudah diketahui ramai bahawa rakyat negara Jepun berada dalam kategori masyarakat yang bijak-bijak belaka. Malah, cara disiplin yang diamalkan oleh mereka berada dalam kelas pertama jika hendak dibandingkan dengan negara-negara lain. Bukan itu sahaja, apa yang pasti kanak-kanak Jepun juga boleh dikatakan semuanya bijak pandai dalam segala aspek. Apakah rahsia pendidikan yang ibubapa di Jepun salurkan kepada anak-anak lalu menyumbang kepada kejayaan ini?
Bagaimana Orang Jepun Didik Anak Mereka Supaya Cepat Pandai?
1. Mereka menggunakan teknik merangsang otak kanan.
Otak kanan adalah lebih kreativiti, otak kiri adalah cenderong kepada kira-kira dan fakta. Bila anak kita mula nak tidur ayam, cakap pelahan pada mereka ” mama sayang adik , adik anak yang hebat”. Berikan perkataan yang positif pada mereka. Anak-anak ini akan menyimpan memori imeginasi.
2. Biasakan anak bermain warna dan melukis dikertas, bermain tanah liat, menggunting kertas.
Biarkan mereka conteng kerana proses ini merangsang otak kanannya. Ada kajian yang menunjukkan penggunaan penyepit ketika makan oleh bangsa cina dan jepun membolehkan menambah rangsangan pada otak kanan anak-anak. Tak salah ikut benda yang baik. Kayu penyepit sebenarnya mengaktifkan kerja tangan sekaligus merangsang otak kanan anak-anak ini.
3. Jangan marah dengan menengking anak-anak
Hal ini kerana semuanya akan disimpan melalui otak kanannya. Orang kita selalu dengar perkataan “jangan” , jangan itu, jangan ini….sehingga anak-anak itu takut mencuba perkara yang baru. Akhirnya sampai besar mereka sukar bercakap di khalayak.
4. Selalu menggunakan teknik imaginasi.
Perasan tak anak kita selalu cerita perkara dalam imaganasi nya. Layankan. Selalukan bercerita dengan mereka dan minta mereka sambungkan cerita itu. Cerita itu akan jadi merapu dan mengikut imagenasi mereka. Sebenarnya baik untuk melatih otak kanan mereka.
5. Satu teknik lagi adalah selalu bermain teka-teki
Atau masukkan barang dalam kotak dan minta dia teka apa barang dalam kotak itu. Membuatkan mereka mula berfikir dan mengaktifkan otak kanan.
Adakah anda suka perkongsian ini. Kemahiran berfikir sangat penting. Jangan anak kita berfikir dan membuat perkara pattern. Sehingga besar mereka menjadi orang yang biasa. 80% orang melakukan perkara yang orang biasa lakukan hanya 20% antara kita berani melakukan perkara yang orang biasa tak nak buat.
Opp nanti dulu. Membaca tip ini adalah perkongsian ilmu. Maksudnya kita hadamlah dengan baik. Utamakan tip ajaran anak cara islam. Kan..kan..Semua tip itu hanyalah sebahagian perkongsian cara merangsang anak – anak lebih fokus dan cepat pandai.
Sumber : Baharuddin Mohamed