Sihat

5 Sebab Ubi Keledek Kena Ada Dalam Senarai Makanan Bayi. Banyak Khasiatnya!

2.4K
SHARES

“Amboi sukanya Hasya makan keledek. Habis comot dibuatnya. Sedap sangatlah tu ye!”

Keledek memang biasa dijadikan puri untuk bayi. Rasanya yang sedikit manis dan berlemak menjadikan bayi mudah menerima keledek sebagai makanan pertama.

Ibu-ibu tahu tak, keledek bukan saja sedap, tapi ia juga memiliki pelbagai khasiat tau.

Jom kita ketahui beberapa khasiat keledek untuk bayi.

5 Khasiat Ubi Keledek Untuk Bayi

1. Sumber Vitamin A & Beta Karoten

Keledek memiliki kandungan beta karoten semulajadi yang tinggi. Beta karoten ini membantu tubuh memproduksikan Vitamin A.

Vitamin A dapat membantu meningkatkan fungsi badan dengan efisyen, terutamanya dalam meningkatkan kesihatan mata.

khasiat keledek untuk bayi

2. Membantu Mengelakkan Sembelit

Selain mengandungi Vitamin A dan beta karoten, keledek juga tinggi kandungan fiber atau serat.

Ini dapat membantu melancarkan pencernaan bayi, terutamanya dalam beberapa hari pertama mereka diperkenalkan kepada makanan pelengkap setelah mencecah usia 6 bulan.

makanan penyebab sembelit

3. Menguatkan Pertahanan Badan

Bukan dalam buah oren saja, keledek juga mengandungi kandungan Vitamin C yang amat berguna kepada tubuh si kecil.

Vitamin C ini mempunyai ciri antioksidan dan dapat membantu menguatkan pertahanan badan di samping melindungi tubuh si kecil daripada jangkitan dan penyakit.

4. Kaya Dengan Mineral

Keledek juga memiliki kandungan mineral seperti Vitamin D, B1, B6 dan B9 serta zat besi yang memastikan metabolisme yang sihat buat tubuh.

Kesemua mineral ini dapat meningkatkan pembinaan tulang dan gigi bayi serta meningkatkan kesihatan jantung bayi.

khasiat keledek untuk bayi

5. Tinggi Karbohidrat

Bayi yang kurang berat badan amat sesuai makan keledek kerana ia membantu meningkatkan berat badan secara sihat.

Ini kerana keledek mengandungi karbohidrat yang tinggi tetapi rendah lemak dan kolesterol.

makanan menaikkan berat badan

Cepat Disediakan & Mudah Diterima Oleh Bayi

Tak dinafikan lagi, ubi keledek adalah antara makanan paling popular di kalangan bayi. Ia bukan saja mudah dimasak, tetapi juga cepat disediakan.

Yang bagusnya, ubi keledek juga sesuai bagi bayi yang mengalami alahan gluten kerana ia bebas gluten. Memandangkan anak kecil ada yang tak boleh makan gluten atau gandum, maka ubi keledek adalah alternatif yang baik.

Pelbagai resepi yang boleh ibu cuba sama ada menjadikan ubi keledek sebagai puree ataupun makanan jejari (finger food). Rasanya yang mild menjadikan bayi mudah menerima ubi keledek dalam pelbagai resepi.

Jadi dah tahu khasiatnya, jangan lupa sediakan ubi keledek sebagai stok makanan bayi ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×