Advertorial

5 Petua Tipikal Yang Ibu Di Malaysia Mesti Pernah Cuba Untuk Anak Mereka!

4.8K
SHARES

Sebagai seorang ibu, anda pasti mahukan yang terbaik buat anak-anak. Nak-nak kalau anak tak sihat. Macam-macam cara dan petua anda cuba asalkan anak kembali sihat dan ceria.

Haa… Ini 5 perkara yang kami yakin ibu-ibu di Malaysia pernah buat untuk anak-anak. Anda pernah buat?

1. MINUM AIR KELAPA UNTUK MENEUTRALKAN TOKSIK

Air kelapa terkenal sebagai  agen untuk menyejukkan badan selain khasiatnya untuk kesihatan. Selalunya kalau anak-anak demam atau rasa tidak selesa pada perut, kaum ibu pastinya akan memberikan anak mereka air kelapa sebagai rawatan alternatif awal di rumah.

2. TAMPAL KERTAS PADA DAHI KALAU ANAK SEDU

Rasanya tampal kertas di dahi bayi ni paling banyak dilakukan oleh ibu kalau anak mereka sedu. Sebenarnya, sehingga kini masih tiada sebarang bukti saintifik yang menunjukkan ia membantu mengurangkan sedu.

3. AKAR BUNGA TELANG UNTUK LEGAKAN BATUK

Tidak dinafikan tumbuh-tumbuhan mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Kalau anda perasan, banyak petua-petua lama menggunakan tumbuhan di sekeliling rumah untuk mengubati atau mengurangkan kesakitan.

Salah satunya ialah akar bunga telang direbus dan dijadikan sebagai teh. Kata orang-orang tua, bunga telang boleh mengurangkan gejala asma dan mengubati batuk.

4. LUMUR DAUN BUNGA RAYA UNTUK KEBAHKAN DEMAM

Lagi satu khasiat tumbuhan yang selalu digunakan oleh kaum ibu ialah daun bunga raya. Dikatakan lendir yang dihasilkan daripada daun bunga raya dapat membantu mengurangkan suhu badan.

Selalunya, bunga raya yang telah diramas akan dicampur dengan beras kemudian dilumurkan di kepala.

5. TUAM AIR PANAS UNTUK HILANGKAN PERUT KEMBUNG

Perut kembung pastinya akan menyebabkan ketidakselesaan kepada bayi. Cara pantas selain menyapu minyak ialah dengan menuam air panas yang diletakkan dalam botol kaca dan dibalut dengan kain sebelum dituam ke atas perut.


VICKS VAPORUB TEMAN SEJATI IBU UNTUK KELEGAAN YANG TERSAYANG

Ada satu krim sapuan yang dah menjadi teman sejati para ibu sejak turun-temurun. Sebut saja krim sapuan Vicks VapoRub, rasanya setiap rumah yang mempunyai anak pasti akan ada krim ni.

Batuk dan hidung tersumbat simpton ni pasti menganggu aktiviti seharian si manja anda. Jangan risau sapuan Vicks VapoRub, pastinya membantu memberikan kelegaan. Batuk dan hidung tersumbat simpton ni pasti menganggu aktiviti seharian si manja anda. Jangan risau sapuan Vicks VapoRub, pastinya membantu memberikan kelegaan.

Sapukan saja Vicks VapoRub, pada bahagian dada, belakang badan dan leher untuk melegakan simptom batuk, hidung tersumbat, sakit otot dan sebagainya. Aroma dan kedinginan Vicks VapoRub dapat membantu memberikan keselesaan kepada si manja dan juga yang tersayang.

Nak berikan yang terbaik untuk keluarga? Dapatkan bekalan Vicks VapoRub anda di semua farmasi terkemuka, pasar raya besar, pasar raya dan kedai mudah alih di seluruh negara, seperti Guardian, Watsons, Tesco, Mydin dan Giant yang berhampiran.

Vicks VapoRub untuk kegunaan kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas. Sila baca label dan guna seperti arahan yang disediakan.

*Penafian: Ini adalah iklan produk ubat. Kesan produk mungkin berbeza di kalangan individu. Sekiranya gejala berterusan, sila berjumpa dengan doktor.

KKLIU No: KKLIU 2834-2019


PENJAGAAN DENGAN LEMBAPAN TERBAIK BUAT BAYI TERSAYANG

Selain itu juga, Vicks turut mempunyai mempunyai krim sapuan dengan pelembap tanpa ubat-ubatan khusus untuk bayi dan kanak-kanak iaitu Vicks Baby Balsam.

Untuk bayi 3 bulan ke atas, sapuan tanpa ubat Vicks Baby Balsam pastinya membantu memberikan keselesaan pada bayi anda. Vicks Baby Balsam mengandungi wangian Lavender dan Rosemary yang membantu melembapkan dan melegakan tubuh dengan urutan lembut pada si manja.

Perlukan penjagaan untuk seisi keluarga? Jangan risau Vicks kan ada!

Vicks Baby Balsam ialah sapuan tanpa ubat untuk keselesaan bayi.

 *Artikel ini dibawakan oleh Vicks.

Most Popular

To Top
×