Teknologi

4 Aksesori Kereta Cantik Tapi Bahaya Kalau Pasang, Kena ‘Alert’!

57
SHARES

Tidak dapat disangkalkan lagi, jika seseorang itu baru sahaja membeli kereta pasti pelbagai aksesori kereta yang mahu ditambah bertujuan untuk mencantikan kenderaan masing-masing.

Namun, terdapat beberapa aksesori kereta yang tidak patut ditambah kerana akan mendatangkan bahaya pada diri sendiri dan tidak praktikal jika diletak dalam kereta. Ikuti perkongsian pengguna TikTok bernama Adrian Chia mengenai empat aksesori kereta bahaya jika dipasang.

Baca juga: Doktor Pakar Kongsi Kenapa Bahaya Simpan Tangki Oksigen Di Rumah

4 AKSESORI KERETA BAHAYA KALAU ADA, SILA ALERT!

Menerusi perkongsian berdurasi kurang satu minit itu, antara aksesori kereta yang bahaya dipasang ialah:

1. SAIZ KARPET YANG TAK BETUL

4 aksesori kereta bahaya

Saiz karpet yang tidak betul akan menyebabkan brek tersangkut dan menyebabkan kemalangan jalan raya kerana brek tidak dapat berfungsi dengan baik ketika kecemasan.

2. DASHBOARD COVER

4 aksesori kereta bahaya

Dashboard cover akan menghalang beg udara ataupun airbag kereta untuk meletup keluar melindungi diri kerena sudah tertutup dengan dashboard cover. Bahaya sungguh!

3. SEATBELT KLIP

4 aksesori kereta bahaya

Seatbelt klip tidak mampu menahan badan pemandu ataupun penumpang dan menyebabkan anda tercampak keluar kereta ketika berlaku kemalangan selain tidak claim insurans jika pihak berkenaan mendapati anda menggunakan aksesori tersebut.

4. STEERING WHEEL STICKER

4 aksesori kereta bahaya

Pelekat steering sememangnya nampak cantik dan bergaya namun, ia akan menyebabkan mencederakan muka anda jika beg udara keluar daripada steering kenderaan.

Cantik tidak semestinya tidak mendatangkan bahaya. Apa yang penting keselamatan diri berbanding kecantikan.

Sumber: TikTok Adrian Chia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×