Suami Isteri

Wahai Suami, Ini 5 Situasi Yang Menguji Kesetiaan Anda Terhadap Isteri

1.4K
SHARES

Awal perkahwinan, semuanya terasa indah. Sampailah satu masa kita diuji dengan kesulitan demi kesulitan sebagai pasangan.

Ada yang berpendapat, dengan cabaran inilah hubungan dalam rumah tangga akan benar-benar teruji, terutamanya dari pihak lelaki. Sebaliknya apabila ujian ini diharungi dengan positif, tidak mustahil hubungan anda akan menjadi bertambah kukuh.

Sebagai suami, berikut adalah beberapa keadaan yang mungkin akan menguji kesabaran serta kesetiaan anda terhadap isteri. Pernahkah anda melaluinya?

1. Isteri Mengandung

Sesetengah pasangan benar-benar menunggu dan mengharapkan cahaya mata. Tetapi ada juga pasangan yang belum bersedia untuk menerima berita gembira ini.

Kehamilan yang tidak dirancang mungkin akan menyebabkan beberapa perancangan anda terpaksa ditangguhkan. Malah bagi sang suami, ia mungkin juga sesuatu yang ‘menyusahkan’. Mana tidaknya, kehamilan menjadikan isteri kurang sihat, cepat letih, banyak ragam, dan perlukan perhatian khusus.

Dari segi ekonomi juga, ia bakal memerlukan kewangan yang lebih untuk perubatan, proses bersalin, dan menyara ahli baru. Boleh stres juga kalau tak bersedia secara mental!

Foto Kredit: verywell.com

2. Isteri Bersalin & Berpantang

Setelah isteri melahirkan bayi, bermulalah proses pemulihan atau berpantang. Walaupun berpantang ini bukanlah perkara wajib, tetapi si isteri yang dahulunya menguruskan serba satu kelengkapan suami –  kini perlu berehat dan menumpukan perhatian kepada kesihatan diri sendiri serta si kecil.

Dalam tempoh ini, isteri juga akan memerlukan sokongan dan bantuan daripada suami. Susahlah kalau si isteri menguruskan semuanya sendiri. Nak memasak, mencuci baju, memandikan bayi, menyusu, dan berjaga tengah malam – bukan semua lelaki pandai membuat kerja rumah begini. Kalau suami tak sabar, mungkin mereka akan mengeluh dan rasa terbeban menguruskan isteri. Sebab itulah ada yang mengambil jalan mudah dengan menghantar isteri berpantang di kampung.

Tambahan pula, mereka juga perlu ‘berpuasa’ daripada melakukan hubungan intim dengan isteri sehinggalah luka bersalin kering dan pulih.

Foto Kredit: sinar.fm/

3. Isteri Belum Dapat Mengandung

Lain pula kisahnya kalau dapat isteri yang masih belum dapat melahirkan zuriat. Sebagai suami, ada yang merasakan ‘kelelakian’ mereka tercalar jika masih belum dikurniakan cahaya mata.

Ke mana-mana pergi, asyik ditanya orang sekeliling. Pelbagai petua dan rawatan telahpun dicuba, namun hasilnya masih belum kunjung tiba. Dalam keadaan inilah sepatutnya suami patut sama-sama memberi sokongan dan tidak putus-putus mendoakan isteri.

Tapi ada pula jenis lelaki yang menanti-nanti saja si isteri memberi ‘lampu hijau’ dan asyik cari peluang menambah ‘cawangan’!

cara nak cepat hamil

Foto Kredit: astroglide.com

4. Isteri Mula Berubah Penampilan

Ada yang masa bujang dulu kurus dan seksi, lepas bersalin dah lebih berisi. Ada yang masa bekerja dulu seorang yang aktif, konfiden dan bijak dengan pakaian serba lengkap. Tapi kini bila dah jadi surirumah, isteri lebih banyak membuat kerja rumah dengan pakaian  ringkas seperti T-shirt dan kain batik.

Hati suami pun makin suram dek merasakan isteri semakin ‘comot’ dan ‘tidak berkembang’. Kalau tak dtundukkan pandangan, ramai lagi wanita di luar sana yang menandingi kecantikan dan keremajaan si isteri.

Sungguhpun begitu, tidak boleh juga hanya menuding jari kepada isteri dengan alasan mereka tak tahu menjaga penampilan. Sudahkah suami membelikan produk penjagaan badan, kosmetik, dan pakaian yang cantik buatnya? Adakah suami selalu tolong di rumah supaya isteri ada banyak masa untuk berhias dan melakukan apa yang disukainya? Sedarkah bahawa mereka melakukan semuanya ini demi anda dan keluarga juga?

www.ratemds.com

5. Mula Memiliki ‘Segalanya’

Bak kata orang, cinta isteri diuji ketika suami belum punya apa-apa, manakala cinta suami pula diuji ketika mereka memiliki segalanya.

Bila perjalanan karier semakin baik, bisnes dan pendapatan semakin maju, ada suami yang mula melupakan pengorbanan isteri ketika mereka susah dulu. Mungkin mereka tidak menyedari bahawa jurang antara suami dan isteri menjadi semakin besar apabila isteri lebih banyak mendahulukan suami dalam soal kerjaya mereka.

Bila suami perlu outstation, isteri yang bercuti. Bila suami perlu berpindah, isteri yang bertukar tempat kerja. Bila tak ada yang nak urus anak sekolah, isteri juga yang berhenti kerja. Semua ini untuk memberi laluan kepada suami agar lebih berjaya.

Hubungan Cinta Dengan Suami Orang, Di Tempat Kerja!

Foto Kredit: thestar.com

Kejujuran Itu Mahal Harganya

Walau apa alasannya, seorang suami yang baik sudah tentu akan memikirkan jasa isteri dan tahu menghargai mereka dalam apa jua keadaan. Dalam keadaan inilah baru anda akan terasa betapa mahalnya harga kejujuran suami.

Alangkah beruntungnya isteri jika anda memiliki suami yang berjaya mengendalikan kesemua situasi ini!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×