Inspirasi

Mama, Jangan Rasa Bersalah Lakukan 5 Perkara Ini Untuk Diri Sendiri

828
SHARES

“Letihnya, banyak lagi urusan nak disiapkan. ‘Best’nya kalau…”

Sebenarnya, ada macam-macam benda yang kita nak buat. Tapi sejak dah pegang ‘title’ ibu, secara automatiknya kita akan selalu mendahulukan suami dan anak-anak dalam setiap hal. Rasa bersalah dan ‘selfish’ pula kalau dahulukan diri sendiri. Seboleh-bolehnya, kita mahu menggembirakan semua orang dan menjadi ‘supermom’.

Sekuat mana kita boleh bertahan bukanlah soalnya. Ramai yang lupa menguruskan diri serta menjaga emosi. Sedangkan, faktor ini mampu mempengaruhi sebahagian besar kebahagiaan sebuah keluarga.

Mama, Jangan Rasa Bersalah Lakukan 5 Perkara Ini Untuk Diri Sendiri

Ini tips untuk ibu yang patut kita lakukan untuk gembirakan diri sendiri, dan secara tidak langsung, menceriakan keluarga.

1. ‘Curi’ Waktu Untuk Tidur

Sejak lahirnya bayi, ingat lagikah bila kali terakhir anda mendapat tidur malam yang betul-betul sempurna? Ingatlah bahawa anda telah bekerja keras untuk menjaga keperluan anak-anak dan suami. Kesihatan fizikal dan dalaman penting untuk meningkatkan lagi produktiviti untuk anda di rumah mahupun di tempat kerja. Jadi, jangan rasa bersalah jika anda ‘terlelap’ atau sengaja tidur sebentar di siang hari. Anda betul-betul memerlukan rehat tersebut.

Selain itu, ambil sedikit masa untuk bersenam atau menghirup udara segar. Tak perlu susahkan diri untuk ke gym, cukuplah dengan membawa anak-anak ke taman dan bermain bersama mereka untuk mengeluarkan peluh. Dengan bergerak aktif dan bergembira dengan anak-anak, anda juga kurang berisiko untuk terkena jangkitan selsema, demam, dan sebagainya. Malah, pakar menyatakan bahawa senaman akan membantu kita merembeskan hormon endorphin atau hormon gembira!

tips ibu muda

Foto Kredit: goodhousekeeping.com

2. Shopping Untuk Diri Sendiri

Setiap kali kita ada duit lebih, kita mesti fikir nak belanjakan untuk anak-anak. Kita akan belikan mereka pakaian, permainan, pergi bercuti, dan sebagainya. Walaupun ada masanya kita rasa ‘teringin’ nak beli baju baru, beg tangan, dan kasut – semuanya akan dipendamkan kerana terlalu ‘excited’ berbelanja untuk anak.

Malah, anda menganggap membeli barang rumah seperti bawang, telur, dan beras dan sebagainya adalah shopping untuk diri sendiri. Sebenarnya, kalau nak tahu berapa lama anda tak menjaga keperluan diri yang satu ini, geledah sajalah almari, terutamanya bahagian pakaian dalam!

Foto Kredit: themalaymailonline.com

Foto Kredit: themalaymailonline.com

3. ‘Me Time’

Jangan anggap ‘me time’ atau masa bersendirian ini sebagai selfish. Ia adalah keperluan seorang insan yang normalBahkan, ahli psikologi menjelaskan bahawa ia adalah sangat penting anda kerana setiap daripada kita, termasuklah anak kecil, memerlukan masa bersendirian untuk membantunya berfikir dan berfungsi dengan lebih baik.

Sebenarnya, seorang surirumah lebih lagi memerlukan ‘me time’ kerana mereka tinggal seharian dengan anak-anak tanpa punya masa untuk melakukan perkara yang disukai secara privasi – nak ke tandas pun susah bukan?

Jadi, cuba ambil sedikit masa dan bergilir dengan pasangan anda untuk menjaga anak pada satu slot dalam hujung minggu dan sebagainya. Bukannya lama, 30 minit seminggu pun cukuplah.

Foto Kredit: greencleanphoenix.com

Foto Kredit: greencleanphoenix.com

4. Meneruskan Hobi & Belajar Kemahiran

Sejak dah ada anak, kita makin lupa terhadap hobi yang kita selalu buat dulu. Antaranya berkebun, berenang, membuat kek, membaca buku, melukis, membuat kraf, menjahit, berniaga, menulis puisi, dan sebagainya. Sungguhpun kita seorang surirumah, kita sebenarnya tetap perlu meningkatkan kualiti diri dan menambah kemahiran tertentu. Nampak remeh, tetapi secara tidak langsung ia dapat memotivasikan wanita untuk berasa lebih konfiden dan gembira dengan pencapaian diri sendiri. Manalah tahu, boleh juga dimajukan menjadi bisnes sendiri suatu hari nanti!

Walaubagaimanapun, melayari Facebook atau media sosial bukanlah salah satu daripada ‘hobi’ yang sihat ya. Ini kerana, kajian global telah menunjukkan bahawa teknologi dan media sosial berpotensi menjadikan seseorang ketagihan, menyebabkan anak-anak rasa kurang penting, dan ia juga dikaitkan dengan tekanan perasaan.

cara-menjahit-lengan-baju-wanita-pria-yang-benar-rapi_orig

5. Relaks…

Setiap hari, ada saja anda terfikir – Anak aku lupa bawa apa-apa tak ke sekolah hari ini? Agaknya dia makan tak bekal yang aku buat pagi tadi? Apa yang nak dimasak untuk suami malam ini?

Boleh dikatakan anda asyik risau sepanjang masa. Bertenanglah. Tiada siapa yang boleh menjadi seorang ibu yang sempurna. Perlu diingat, bersikap terlalu melindungi atau ‘overprotecting’ juga boleh menjadikan anak kita kurang berkemahiran menguruskan diri dan terlalu berharap kepada ibu bapa.

Yang penting, kita perlu tunjukkan kepada anak cara untuk menerima diri seadanya. Jika ada kesilapan, kita boleh belajar memperbaikinya. Bahkan, daripada kesilapanlah kita mampu bangkit dan menjadi insan yang lebih baik.

young-woman-sitting-on-a-couch-in-a-bathrobe-eating-soup

Percayalah, Anda Telah Melakukan Yang Terbaik!

Ada masanya kita terlalu letih dan tidak mampu menjadi ‘perfect mom’ seperti apa yang diharapkan. Tapi, jangan asyik rasa bersalah jika anda melakukan 5 perkara di atas.

Memang benar, setiap apa yang kita korbankan tentunya akan mendapat ganjaran dan pahala oleh Allah. Tapi, mendidik dan membesarkan anak bukanlah suatu tugas yang mudah. Demi kesejahteraan jangka masa panjang, kita perlu mula menghargai dan menyayangi diri sendiri.

Kalau kita sihat dan gembira, barulah keluarga pun turut ceria!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×