Asuh

Aduh… Ganasnya! 5 Cara Tangani Tabiat Anak Suka Menggigit

107
SHARES

“Adoi kenapa gigit tangan ibu ni, sayang? Sakitnya, nasib tak sampai berdarah. Kalau kecil lagi tak apalah, gigi tak tajam lagi.”

Ini memang antara tabiat anak kecil dan kanak-kanak. Suka menggigit apa sahaja di depan mata.

Namun, akan timbul masalah jika lain yang digigitnya. Misalnya adik-beradik, dan yang lebih teruk, kanak-kanak lain – sehingga menyebabkan luka yang teruk di anggota badan mereka. Tak fasal-fasal ada ibu bapa yang datang ke rumah, mengadu perangai anak anda.

Jadi, apa yang perlu dilakukan jika anak suka menggigit?

1. Beri perhatian yang cukup

Beri perhatian jika terdapat tanda anak suka menggigit sesiapa sahaja. Ini menandakan dia inginkan perhatian daripada anda.

Di rumah, perhatikan gerak-geri anak dan cuba kenalpasti punca atau waktu anak suka menggigit. Adakah apabila marah? Atau apabila gugup dan gementar?

Jika bawa anak bersosial dengan rakan lain, jangan terlalu leka kerana anda tentu tidak mahu terlibat dengan sebarang masalah!

2. Galakkan anak luah perasaan secara positif

Ada juga yang bersifat demikian sebagai cara menunjukkan emosi mereka kerana tidak tahu meluahkan dengan cara yang betul. Jadi, ibu bapa perlu ‘alert’ dengan menggalakkan mereka meluahkan perasaan melalui komunikasi ataupun permainan.

Jika mereka belum pandai meluahkan perasaan melalui kata-kata, ambil masa untuk memeluk dan membelai mereka setiap hari walaupun anda berdua sibuk bekerja. Tindakan ini mungkin dapat menjadikan mereka supaya bersikap lebih tenang dan disayangi.

3. Jangan pukul untuk mengajar

Kadang-kadang ibu bapa rasakan memukul anak sebagai cara untuk mengajar. Sebaliknya, guna komunikasi untuk mengajar mereka. Cakap dengan baik tetapi tegas.

Ini kerana ada anak yang apabila dipukul, menyebabkan dia mengguna jalan kekerasan yang lain untuk meluahkan ketidakpuasan hati.

4. Pastikan anak tidur awal

Biasanya apabila tidak mendapat tidur yang secukupnya, anak mudah letih. Apabila letih, mereka juga cepat moody dan cranky. Ini yang menyebabkan sifat agresif sehingga anak suka menggigit sesiapa sahaja yang berdekatan.

Memang tidak mudah untuk mengubah corak tidur mereka. Sebagai permulaan, cuba tidurkan sekitar 30 minit lebih awal berbanding biasa. Praktikkan selama 4 hari hingga seminggu. Kemudian, awalkan lagi 30 minit hingga mencapai waktu ideal.

5. Bawa bekalan makanan

Bukan sahaja kurang tidur menyebabkan mereka bertindak sebegitu malah boleh berlaku jika mereka lapar. Bawa bekalan makanan setiap masa dan beri anak makan setiap satu jam.

Mereka mungkin belum pandai menyatakan hasrat mereka, lalu anak suka menggigit apa sahaja untuk memberitahu keinginan mereka. Oleh itu, ibu bapa harus peka dengan waktu makan mereka, terutamanya apabila berjalan jauh.

Tangani Tabiat Anak Suka Menggigit Seawal Mungkin

Atasi masalah anak suka menggigit dengan sebaiknya kerana jika tidak ditangani boleh berlarutan menjadi tabiat berkekalan dan menyebabkan masalah yang lebih rumit lebih-lebih lagi jika melibatkan kanak-kanak lain.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×