Nur

6 Tips Solat Awal Waktu, Walaupun Ada Anak Kecil

6.9K
SHARES

Sesetengah ibu bapa mempunyai anak kecil yang sangat ‘clingy’ , suka berkepit atau dengan kata lain, anak kecil ini ingin ibu bapa sentiasa berada di sisi sepanjang masa. Ianya mungkin membuatkan ibu bapa berasa tidak bebas untuk melakukan pelbagai tugasan harian termasuk untuk menunaikan solat.

Setiap kali ingin ke bilik air untuk berwuduk dan kemudiannya solat, anak kecil ini akan merengek, meragam atau menangis kerana ditinggalkan sebentar oleh ibu bapa yang ingin menunaikan kewajipan solat tersebut. Mungkin ini merupakan salah satu punca yang menyebabkan ibu bapa kadang kala terlewat atau melengahkan solat.

Foto Kredit : iwallhd.com

Foto Kredit : iwallhd.com

Solat Perkara Paling Utama

Mempunyai anak kecil yang ingin dilayani setiap masa bukan alasan untuk ibu bapa melengah-lengahkan solat. Ini kerana, kita sedia tahu bahawa solat merupakan perkara yang perlu diutamakan berbanding perkara-perkara lain.

Namun, dengan keadaan anak kecil yang sememangnya tidak mahu berpisah dengan ibu bapa, kadang kala ibu bapa ini terlepas juga untuk solat di awal waktu. Apakah tips untuk kita sebagai ibu bapa solat awal waktu walaupun mempunyai anak kecil?

solat awal waktu

Foto Kredit : picssr.com

6 Tips Solat Awal Waktu, Walaupun Ada Anak Kecil

Walaupun anak kecil tidak mahu berenggang dengan ibu bapa, kita tidak sepatutnya melengahkan solat dengan melayani segala karenahnya sehingga terpaksa solat di penghujung waktu.

Berikut merupakan 6 tips solat di awal waktu walaupun kita mempunyai anak kecil. Semoga bermanfaat!

1. PEKA DENGAN WAKTU SOLAT

Dalam kesibukan menyelesaikan pelbagai tugasan harian termasuk melayani anak kecil sepanjang hari, biasakan diri untuk mengetahui waktu solat lima waktu. Sekiranya perlu, setkan ‘reminder’ pada ‘smart phone’ untuk mengingatkan kita tentang waktu solat setiap kali masuk waktu.

Dengan sikap peka terhadap waktu solat ini, kita dapat membuat persediaan yang lebih baik dalam merancang aktiviti seharian kelak.

Foto Kredit : amazon.com

Foto Kredit : amazon.com

2. Bersedia Sebelum Masuk Waktu Solat

Apabila kita peka dengan waktu solat, maka kita dapat bersedia awal dengan mempersiapkan diri kita dan anak kecil sebelum kita solat. Berikan anak kecil makanan, minuman atau susu dan salin lampin anak kecil terlebih dahulu sebelum kita solat. Selepas itu, barulah kita berwuduk dan solat.

Apabila anak kecil berasa selesa dan tidak lapar, ianya sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan tahap meragamnya kelak ketika kita solat.

solat awal waktu

Foto Kredit : hrmasia.com

3. Biarkan Anak ‘Sibuk’

Maklumkan kepada anak kecil bahawa kita mahu solat sebentar dan biarkan anak kecil ‘sibuk’ di sekitar kita dengan permainan yang selamat, ‘soft book’ atau ‘busy book’ sementara menunggu kita selesai solat.

Mungkin pada awalnya anak kecil ini agak sukar untuk memahami kita. Tetapi, lama kelamaan, dengan izin Allah, anak akan mula faham dan tidak menangis tatkala dibiarkan seketika untuk kita solat.

Foto Kredit : bebe.abril.com.br

Foto Kredit : bebe.abril.com.br

4. Selesaikan Tugasan Sebelum Atau Selepas Solat

Seboleh-bolehnya, selesaikan perkara-perkara penting sebelum kita solat. Sekiranya kita tidak sempat melakukan atau menyelesaikan perkara tersebut sebelum solat, tangguhkan sebentar perkara tersebut dan solat terlebih dahulu kerana solat lebih utama.

Yakinlah bahawa tugasan tersebut akan dipermudahkan Allah apabila kita mengutamakan solat. Percaya atau tidak, kita juga akan mendapat ketenangan serta memperoleh keberkatan waktu di mana kita dapat menikmati masa yang lebih panjang apabila kita solat terlebih dahulu.

Foto Kredit : sahtakawalan.com

Foto Kredit : sahtakawalan.com

5. Mohon Kepada Allah Agar Istiqamah

Pasakkan niat di hati untuk solat awal setiap hari. Sentiasa berdoa memohon kekuatan daripada Allah agar kita istiqamah untuk terus-menerus solat awal waktu.

Semoga kita dijauhkan daripada bisikan syaitan yang sentiasa berusaha menyuruh kita untuk menangguhkan, melewatkan atau meninggalkan solat.

6. Ingat, Ajal Tiba Tak Kira Waktu

Hanya Allah yang mengetahui saat ajal kita akan tiba. Sementara kita masih bernafas di muka Bumi ini, berusahalah untuk solat awal waktu.

Bayangkan seandainya nyawa kita ditarik tatkala kita masih belum sempat menunaikan solat yang sudah masuk waktu ketika itu. Kita melengah-lengahkan waktu solat sehingga tidak sempat untuk solat ketika nyawa diambil. Penyesalan kita ketika itu sudah tiada gunanya lagi.

Foto Kredit : congkop.com

Foto Kredit : congkop.com

Tiada Alasan Solat Di Penghujung Waktu

Dengan menjadikan solat di awal waktu sebagai rutin harian, kita pasti akan berasa janggal sekiranya secara tidak sengaja kita terlewat menunaikan solat.

Walaupun kita mempunyai anak kecil yang sangat memerlukan perhatian kita setiap masa, kita masih perlu menyegerakan solat kerana kita tidak akan tahu apakah yang akan berlaku kepada kita sebentar lagi.

Tiada alasan untuk kita solat di penghujung waktu kerana solat adalah perkara paling utama dan merupakan tiang agama. Walau apa jua yang berlaku, semoga kita semua sentiasa istiqamah untuk solat di awal waktu.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×