Asuh

Tips Mendidik Anak, Guna Cara Positive Parenting. Tanpa Pukulan!

81
SHARES
Tips Mendidik Anak, Guna Cara Positive Parenting. Tanpa Pukulan!

Tips Mendidik Anak

Saya petik salah satu pengalaman saya dengan anakanda Wajdi di dalam status Facebook saya.

Kisah Wajdi dan buah tembikai.

Malam ini snek kami adalah buah tembikai. Anakanda Wajdi berlarian ke dapur untuk meminta sepotong. Saya hulurkan satu kepadanya.

Wajdi: Ala…tak nak!!!

Mesti ada yang tidak kena jika dia bersikap begitu. Ambil kira, umur 1 hingga 3 tahun adalah sangat mudah untuk mereka melempias tantrum.

Tanpa banyak tanya, (bertanya dalam waktu dia sedang marah adalah sangat tidak sesuai dan dia tidak akan menjawab soalan) saya hulurkan sepotong lagi. Saya buat andaian, samada yang pertama tadi ada biji, tidak sedap atau terlalu kecil potongannya.

Wajdi: Tak nak kacang!

Oh, tidak mahu yang ada biji rupanya.

Semasa dia sudah ok dan berada dalam mood yang baik, saya panggil Wajdi.

Ummi: Wajdi, lain kali Wajdi kena cakap elok-elok. Cakap “Ummi, Wajdi tak nak yang ada kacang, Ummi”.(saya kekalkan ‘kacang’ supaya dia cepat faham. Selepas ini saya akan betulkan ke ‘biji’ pula)

Alhamdulillah selepas itu dia meminta dan menolak dengan baik. Tapi benda begini akan berulang dan kita pun mesti mengulang nasihat berkali-kali.

 

Ulang banyak kali

Menurut kajian, anak-anak memerlukan sekurang-kurangnya 200 kali peringatan untuk dia ingat. Bukan sekali dua. Ingatan boleh berbentuk contoh yang baik kepada mereka.

Sesiapa yang mengalami anak-anak yang temper tantrum, bersabarlah. Mereka sedang membina skil komunikasi yang baik.

Perkongsian di atas mendapat respon yang baik daripada sahabat-sahabat saya di Facebook. Saya ingin bawa anda semua kepada satu istilah yang kini sedang giat dipopularkan oleh pakar keibubapaan barat, iaitu Positive Parenting.

 

4 Petua Didik Anak Pintar - Ibu Bapa Mesti Baca!

Foto Kredit: hoorayfortoday.net

Apakah yang dimaksudkan dengan Positive Parenting?

Dr Laura Markham, seorang pakar keibubapaan mengatakan bahawa:

Positive parenting – sometimes called positive discipline, gentle guidance that keeps our kids on the right path, offered in a positive way that resists any temptation to be punitive. Studies shows that’s what helps kids learn consideration and responsibility and makes for happier kids and parents.

Positive Parenting memberi makna ibu bapa mengendali dan mendidik anak itu dengan cara yang paling baik. Tidak melibatkan pukulan, jeritan, penghinaan dan pelbagai tindakan negatif yang boleh melemahkan anak dan menjadikan anak lebih cenderung untuk mempunyai masalah.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya sendiri di sini. Saya pernah mencuba positive parenting kepada anak seperti yang saya ceritakan di atas. Sungguh ia memberikan impak positif kepada saya dan anak. Pernah juga saya melalui pengalaman saya tidak sabar dan memarahi anak. Memarahi sahaja melambatkan proses pemulihan anak tersebut, inikan pula memukul dan menjerit.

 

Tips Didik Anak Cara Rasulullah. Walaupun Moden, Masih Relevan.

Didik Anak Cara Rasulullah. Walaupun Moden, Masih Relevan.

Positive Parenting Dari Pandangan Islam

Apa pula pandangan Islam tentang Positive Parenting ini? Dr Abdullah Nasih Ulwan, yang lebih dikenali sebagai bapa pendidikan Islam ada menggariskan tentang cara-cara menangani masalah akhlak dan cara pentarbiyyahan yang terbaik menurut segala sunnah yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw.

Hadith berkenaan kewajipan solat menyatakan bahawa kita dibenarkan memukul anak yang tidak solat pada umur 10 tahun. Ini bermakna cara didikan di bawah umur 10 tahun bukan dengan memukul, merendahkan maruah anak atau mendidik secara negatif tidak diajar oleh Nabi Muhammad saw.

Diceritakan bahawa Nabi Muhammad saw amat berlemah lembut dengan anak-anak kecil dan menyantuni mereka dengan cara yang paling baik. Nabi Muhammad selalu bergurau dan bermain dengan anak-anak kecil terutamanya cucu-cucu baginda Hassan dan Hussin.

Ia disebut di dalam riwayat yang masyhur, Rasulullah pernah lama sekali sujud. dalam solatnya, maka salah seorang sahabat bertanya,“Wahai Rasulullah, sesungguhnya anda lama sekali sujud, hingga kami mengira ada sesuatu kejadian atau anda sedang menerima wahyu”. Nabi Muhammad SAW, menjawab, “Tidak ada apa-apa, tetaplah aku di tunggangi oleh cucuku, maka aku tidak mau tergesa-gesa sampai dia puas.” Adapun anak yang di maksud ialah Al-Hasan atau Al-Husain Radhiyallahu Anhuma.

Lihatlah betapa baiknya akhlaq Nabi terhadap anak-anak. Inilah yang disebut oleh bentuk pendidkan terkini sebagai Positive Parenting yang sebenarnya telah pun diajarkan oleh Nabi Muhammad saw. Bagaimana pula kita hendak aplikasikannya di dalam kehidupan kita bersama anak-anak?

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×