Asuh

5 Tips Menangani Anak Nakal Secara Berhikmah

22
SHARES
Tips Menangani Anak Nakal

Mendidik anak-anak bukanlah satu tugas yang mudah. Kita sebagai ibubapa mahupun guru telah diamanahkan agar mendidik anak-anak di bawah jagaan kita dengan penuh hikmah. Anak-anak ini dilahirkan dengan tiada dosa dan kita sebagai guru seharusnya mendidik mereka dengan landas-landas syariat yang ditetapkan.

Apakah didikan yang dikatakan berhikmah itu?

Pertamanya, tidak kisah anda sebagai ibu-bapa atau guru, mesti jauhi perkara-perkara di bawah ini:

1. Jangan menggunakan kata-kata yang negatif kepada anak seperti “Kenapa Adam NAKAL sangat ni’. “Adam ni dah MELAMPAU LA. Berdiri atas kerusi!”. Atau seperti, “Jangan KACAU mama la, mama tengah tengok TV ni”

2. Jangan mengugut seperti “Kamu bising lagi cikgu akan panggil polis!” atau kata-kata seperti ini “Kalau kamu NAKAL, cikgu tak bagi makan”. Juga jika dalam kereta, “Duduk elok-elok, nanti POLIS tangkap”.

3. Jangan pilih kasih. Semua anak adalah sama dan sepatutnya mendapat layanan dan didikan yang serupa

4. Jangan lokek senyuman dan pelukan. Anak-anak di bawah umur 7 tahun seharusnya dididik dengan kemesraan dan kasih sayang. Bercakap dengan mereka dengan senyuman dan sentuhan yang akan mesra. Inilah yang akan membantu anak yang nakal menjadi lembut.

5. Jangan menjerit. Ramai ibu-bapa dan guru yang tidak sedar ketika mereka marah, mereka akan mula meninggikan suara dan menjerit kepada anak-anak. Ini adalah tindakan yang tidak wajar. Ia akan memberikan kesan jangka panjang pada anak.

6. Jangan menghukum. Tidak sesuai bagi umur di bawah 7 tahun kita menghukum dia dengan berdiri di luar kelas, berdiri di atas kerusi, meninggalkan mereka di satu sudut dan memalukan mereka di hadapan kawan-kawan yang lain.

Tindakan-tindakan di atas akan hanya melemahkan mereka dan tidak membina sahsiah diri.

Bagaimana tips menangani anak nakal?

Sebenarnya, bukannya nakal. Mereka agak sukar dengar kata. Yang lebih baik ialah tukarkan tips menangani anak nakal kepada anak yang mencabar. Lebih relevan bukan?

1. Pergi ke arah mereka

Jika anda ternampak mereka membuat sesuatu perkara yang tidak elok, jangan terus menjerit. Pergi ke arah mereka. Bercakap dengan mereka dan nasihati mereka dengan lembut.

2. Selalulah mengulangi kata-kata nasihat

Jangan tunggu sehingga anak-anak ini buat masalah baru nak nasihat. Nasihat ini sepanjang masa. Ketika anak sedang gembira adalah waktu yang sangat sesuai untuk menasihati mereka.

3. Bercerita (story telling)

Bercerita juga adalah salah satu cara yang baik untuk mendekati, menasihati dan bermesra dengan anak-anak.

4. Mulakan pembelajaran dengan mengambil wudhuk

Dekatkan anak-anak dengan agama. Berdoa kepada Allah agar memudahkan tugasan anda mendidik anak-anak.

5. Mohon bantuan

Jika anda berada dalam keadaan yang sangat marah, minta bantuan cikgu yang lain untuk membantu anda menangani masalah ini. Jika di rumah, jika ibu tidak dapat kawal perasaan, mohon bantuan suami pula.

Doa untuk anak nakal

Antara tips menangani anak nakal ialah dengan berdoa. Ini sumber dari Darussyifa.

Boleh membaca doa-doa tertentu pada air seperti:

  • Surah al-Fatihah
  • Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5)
  • Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah
  • Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain.

Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.

Nasihat saya

Wahai ibu-bapa dan guru yang dirahmati Allah, didiklah anak-anak jagaan kita dengan penuh kasih sayang. Usahkan mengugut, memarahi mereka dengan cara menjerit ataupun menghukum mereka. Mereka hanyalah anak kecil yang mungkin tidak mendapat perhatian di rumah.

Di sekolahlah mereka ingin mendapat perhatian dan kasih sayang. Yang menghukum, mengeluarkan kata-kata negatif, biarlah kerja ibubapa di rumah.

Semoga kita akan jadi ibu-bapa dan guru yang terbaik setiap hari.

Hayati status Facebook saya ini:

“Memang tidak patut seorang anak murid meninggikan suara kpd gurunya. Tidak bermakna pula seorang guru boleh menjerit dan memarahi dgn cara yg tiada berhikmah terhadap anak muridnya”.

Sebagai seorang guru tadika, apa yang saya selalu katakan kepada guru-guru saya, biarlah kerja marah, kerja jerit, kerja rotan dan pukul, kerja mengugut diambil oleh ibubapa kerana itu anak mereka. Tapi di sini kami mengamalkan positive disipline yang menerapkan kasih sayang dan keseronokan ketika belajar. Kasihi mereka kerana jika mereka mati sebelum baligh sudah tentu syurga tempatnya.

Sekian. Moga ada manfaatnya walau sedikit

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×