Famili

Awas, Ini 8 Tanda Anda Tak Luangkan Cukup Masa Untuk Anak

4.1K
SHARES
masa untuk anak

“Melepas lagi nak luangkan masa untuk anak malam ni. Tengok budak-budak tu dah tertidur tunggu aku balik. Nak buat macam mana, ada tugas penting hari ni. Kerja pun untuk kesenangan mereka juga.”

Kesibukan memang tak dapat lari daripada kehidupan seharian kita. Tak cukup dengan 24 jam yang diperuntukkan dalam sehari, kalau boleh kita mahu menambah lagi 2-3 jam untuk melakukan kerja-kerja yang tak pernah selesai.

Sebenarnya tak salah kalau jadual kita dipadatkan dengan pelbagai aktiviti, kerana ia bermakna kita cuba menjadi seorang yang efisyen. Cuma ianya perlu diseimbangkan dengan memenuhi hak dan keperluan keluarga, terutamanya anak-anak.

Foto Kredit: verywell.com

Foto Kredit: verywell.com

8 Tanda Anda Tak Luangkan Cukup Masa Untuk Anak

Masa untuk anak adalah salah satu elemen terpenting dalam proses pertumbuhan mereka, sama ada secara fizikal mahupun mental. Ibu bapa adalah cermin terbaik buat anak-anak dan mereka banyak belajar melalui pemerhatiannya terhadap kita.

Oleh itu, cuba periksa semula jika kita benar-benar telah meluangkan masa berkualiti untuk anak-anak selama ini.

1. Tak Nampak ‘Batang Hidung’

Kalau anda pergi ke pejabat ketika anak-anak sedang tidur, dan pulang ke rumah pula apabila mereka sudah masuk tidur – ini adalah salah satu petanda paling besar bahawa anda tidak cukup meluangkan masa dengan anak.

Jika ada yang bekerja ikut ‘shift’ tertentu dan tidak dapat mengelakkan keadaan ini, pastikan anda memaksimakan masa yang ada ketika anda bercuti seperti hujung minggu dan sebagainya.

Sekiranya anak-anak tak pernah melihat ‘kelibat’ anda, kemungkinan besar anda sangat ‘jauh’ di sudut hati anak-anak, terutamanya jika mereka masih kecil.

masa untuk anak

Foto Kredit: nydailynews.com

2. ‘Bibik’ Lebih Kenal Anak Anda

Mungkin ibu bapa fikir mereka ‘kenal’ betul dengan anak mereka, tapi hakikatnya ‘bibik’ atau pembantu rumah anda lebih mengetahui perihal anak anda secara mendalam. Tak percaya? Cuba tengok video di bawah yang diterbitkan oleh I Give A Day Off. Menyedihkan!

Untuk mengenali seseorang anak, ia bererti kita mengetahui citarasa dan selok-belok mengenai kisah ‘dunia’ mereka yang tersendiri. Selain mengetahui makanan kesukaan mereka, permainan kegemaran, subjek yang diminati di sekolah, kita juga sepatutnya peka dengan pendirian dan sifat anak yang akan berubah dari semasa ke semasa.

Apabila ibu bapa cuba menaruh minat dalam kehidupan si anak lebih mudahlah anak memandang ibu bapa sebagai rakan mereka.

3. Belanjakan Terlalu Banyak Wang Untuk Keperluan Anak

Ibu bapa yang kurang meluangkan masa untuk anak mempunyai kecenderungan untuk membelanjakan lebih banyak wang kerana ‘rasa bersalah’.

Banyak permainan yang baru dan mahal, duit poket, gajet serta pelbagai kelengkapan canggih dibelikan untuk anak. Semuanya hingga melebihi keperluan dan kehendak mereka sebagai seorang anak kecil.

Selain itu, jika anda perasan anda telah membayar banyak wang ‘overtime’ untuk pengasuh atau taska anak, ia bermaksud anda perlu menyusun semula jadual anda dan meletakkan keutamaan di tempat yang sepatutnya.

cara pilih mainan bayi mengikut usia

Foto Kredit: jpgmag.com

4. Anak Ketagih Gajet

Kita mungkin fikir anak-anak masa kini meluangkan terlalu banyak masa untuk gajet. Tapi kebenaran yang sukar dihadam adalah – kita yang mengajar mereka untuk berbuat demikian.

Ini terbukti dengan laporan Mirror.co.uk yang telah menemubual anak-anak ini. 1/3 daripada mereka mengatakan bahawa ibu bapalah yang meluangkan terlalu banyak masa di hadapan komputer, tablet, atau smartphone hingga tidak mempunyai masa untuk bermain dan berbual dengan mereka.

anak terlalu manja

Foto Kredit: huffingtonpost.com

5. Tak Tahu Nama Guru & Rakan Anak

Adakah anda tahu nama guru dan rakan baik anak-anak anda? Jangan pandang remeh pada semua maklumat ini kerana ia memberi pengaruh besar dalam kehidupan seharian mereka.

Bayangkan, anak-anak anda akan bersama mereka selama sekurang-kurangnya 5-6 jam sehari sewaktu anda bekerja – iaitu mungkin melebihi masa untuk bersama anda. Jadi, sudah tentulah anda perlu tahu apa yang mereka lakukan bersama dan bagaimana perkembangan sosial mereka bersama rakan tersebut.

7 Sifat Guru Tadika Terbaik Yang Ibu-Bapa Mahu!

Foto Kredit: Amin Farij Hassan, Kosmo.com.my

6. Jadualkan Banyak Kelas / Aktiviti Terancang

Meluangkan masa dengan seseorang anak adalah satu perkara penting dan kita sebagai ibu bapa tak boleh berasa kekok untuk melakukannya.

Jika anak-anak ada banyak masa di rumah, rancangkanlah sesuatu yang seronok dan santai untuk dilakukan bersama dalam keluarga. Jangan terlalu taksub dengan tuisyen dan kelas-kelas tambahan lain.

Malangnya, mungkin ada segelintir ibu bapa tidak menganggap meluangkan masa untuk anak-anak sebagai menyeronokkan. Namun bagi seseorang anak, ia adalah sebaliknya!

Foto Kredit: shutterstock.com

Foto Kredit: shutterstock.com

7. Jarang Makan Bersama

Masa makan adalah salah satu masa yang paling penting untuk sesebuah keluarga. Lebih elok lagi jika makanan dapat disediakan bersama-sama. Barulah rasa bersemangat dan berselera untuk makan!

Kerelaan ibu bapa untuk turut serta dalam aktiviti bersama si kecil akan memberi kesan yang mendalam kepada mereka. Paling penting, letakkan telefon bimbit atau gajet masing-masing jauh dari meja makan. Dalam tempoh ini, tumpuan perlu diberikan kepada perbualan keluarga, tidak kiralah apa pun topiknya.

Foto Kredit: ogilviehomes.co.uk

Foto Kredit: ogilviehomes.co.uk

8. Sering Terkejut Dengan Prestasi Anak Di Sekolah

Kalau anda mempunyai masa untuk anak dan sentiasa mengikuti perkembangan anak-anak, anda tentu mengenali perangai anak anda serta kelebihan dan kekurangan anak semasa di sekolah. Sebab itulah, selalunya apabila cikgu memberi ulasan tentang kelakuan dan prestasinya, anda akan boleh mengagaknya.

Namun, jika anda terlalu sibuk dengan urusan sendiri, anda akan rasa hairan melihat pencapaian anak anda dan mudah ‘melatah’ sekiranya anak anda berkelakuan buruk di sekolah. Buktinya, makin ramai ibu bapa yang berani saman cikgu, memburukkan nama baik guru dan tak puas hati apabila diberi komen negatif tentang anak mereka.

Foto Kredit: edtechreview.in

Foto Kredit: edtechreview.in

‘Berkawan’ Dengan Mereka Sejak Kecil

Ramai yang tidak menyedari bahawa salah satu cara mendisiplinkan anak yang terbaik adalah menganggap mereka sebagai kawan sejak kecil. Kata kuncinya adalah keseimbangan.

Menurut Lim Lee Peng, Pegawai Penerangan LPPKN“Jika seseorang ibu atau bapa terlampau berkeras dengan anak, si anak mungkin berasa takut untuk berinteraksi dengan ibu atau bapa itu. Sebaliknya, jika ibu bapa tidak terlibat dengan keperluan seharian si anak, anak itu belajar untuk mengalih perhatian kepada mereka yang lebih terlibat. Tidak mengejutkan, ramai anak yang mempunyai perhubungan lebih kukuh dengan pembantu rumah, berbanding dengan ibu bapa mereka.”

Jadi, jangan bertangguh lagi, lakukannya sekarang untuk melihat kesihatan mental yang positif dalam jangka masa panjang.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×