Advertorial

Idea Gubahan Hantaran Simple, Cantik Dan Menarik. Ada Tips Juga!

1K
SHARES
Gubahan Hantaran Simple

Gubahan Hantaran Simple

Rentetan dari artikel tentang senarai barang hantaran yang ringkas sebelum ini, ramai yang memuji-muji idea dan gambar yang cantik. Lebih-lebih lagi atas kerja-keras Athiqah Rosli yang sudi mengumpul dan berkongsi idea serta inspirasi untuk gubahan dan hiasan barangan hantaran yang kreatif melalui Pinterest.

Antara gambar-gambar yang dikongsikan sebelum ini seperti dibawah:

 

Senarai Barang Hantaran Perkahwinan

senarai-barang-hantaran-perkahwinan-perempuan

Senarai Barangan Hantaran Perkahwinan

Cantik bukan?

Gambar-gambar gubahan di atas ialah hasil gubahan dari Ola Lola yang beroperasi nun jauh di selatan, di negara Singapura. Siapa kata orang Melayu tidak kreatif? Walaupun bukan berada di Malaysia, hiasan dan gubahan dari Ola Lola sangat menarik.

Kami amat-amat berterima kasih kerana mereka sudi berkongsi tips untuk menghasilkan gubahan hantaran simple dan menarik ini..

 

Tips Gubahan Hantaran Simple

Berikut adalah tips-tips untuk gubahan hantaran simple, cantik dan menarik dari Ola Lola.

1. Warna

Kordinasi​kan w​arna​; hadkan ​dengan tidak melebihi ​dari ​3 warna. Pastikan de​k​orasi dulang anda sesuai dan melengkapi barang yang akan dileta​k​kan.

2. Kemas & Rapi

Pastikan dulang hantaran anda kemas dan rapi. Elakkan dari ​menghias dengan terlalu banyak perhiasaan.

3.​ ​Saiz

Cuba bertukar barangan praktikal yang juga sesuai saiznya untuk diletakkan di atas dulang hantaran anda.

4.​ ​Berat

Jangan letak barang yang berat. Kukuhkan segala barang yang di letakkan atas dulang hantaran anda supaya ia tidak jatuh selama sepanjang majlis anda nanti.

 

Gambar gubahan hantaran perkahwinan & pertunangan

Mudah sahaja tips ini bukan? Jika mahu cuba hias barang hantaran sendiri, boleh cuba tips yang diberikan ini.

Sementelahan itu, mari cuci mata dengan hasil gubahan dari Ola Lola. Dapatkan inspirasi dari hasil kerja tangan mereka. Biarkan gambar berbicara.

 

tips-gubahan-hantaran-simple-01

tips-gubahan-hantaran-simple-02

tips-gubahan-hantaran-simple-03

tips-gubahan-hantaran-simple-04

tips-gubahan-hantaran-simple-05

tips-gubahan-hantaran-simple-06

tips-gubahan-hantaran-simple-07

tips-gubahan-hantaran-simple-08 tips-gubahan-hantaran-simple-09

tips-gubahan-hantaran-simple-10

tips-gubahan-hantaran-simple-11

tips-gubahan-hantaran-simple-12

[infobox title=’Tentang Ola Lola’]

Ola Lola ditubuhkan pada tahun 2004 di Singapura oleh dua rakan yang berkongsi minat yang sama. Mereka bermula dengan menjual pakaian dan aksesori secara atas talian. Namun, pada tahun 2010, mereka membuat keputusan untuk menceburi bidang acara dan perkahwinan secara serius.

Perniagaan mereka semakin berkembang dan kini menyediakan khidmat untuk menggubah dulang hantaran dan meng​g​ayakan meja pencuci mulut. Antara signature mereka yang mendapat tempahan ialah  macaron Perancis. Mereka mengekalkan kesederhanaan dan kecanggihan dalam mencipta gaya elegan yang tersendiri.

Facebook: https://www.facebook.com/olalolashoppe

Instagram: http://websta.me/tag/olalolaweddings

[/infobox]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×