Nur

Terapi Air Hujan Untuk Rawat Segala Penyakit & Gangguan Jin, Ada Cara Kena Ikut!

22
SHARES
TERAPI AIR HUJAN

Gangguan sihir, sakit pinggang dan badan dikatakan boleh disembuhkan dengan terapi air hujan. Perkara ini dikongsikan oleh Mimie Suhana di laman Facebooknya sendiri.

Jelasnya, ada cara yang perlu diikut dan jangan main redah sahaja kalau nak mandi hujan. Terdapat beberapa ayat suci al-Quran perlu dibaca terlebih dahulu. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Ragu-Ragu Bila Solat Tidak Tepat Arah Kiblat, Perlu Tunaikan Semula Atau Tidak?

TERAPI AIR HUJAN UNTUK GANGGUAN JIN, INI CARANYA

TERAPI AIR HUJAN

Kalau hujan turun jangan masuk rumah tapi mandilah dengannya kerana ini adalah terapi semula jadi Allah berikan untuk makhluknya.

Kalau sakit lepas mandi hujan itu bukan sebab air hujan tapi sebab dalam badan banyak benda kotor dan air hujan itu sebagai bahan cuci membuang semua kekotoran terutamanya gangguan syaitan.

Kadang-kadang Allah tunjuk tanda badan kita ada sesuatu melalui kesakitan. Kalau sakit teruk lepas mandi hujan itu perlu rawatan susulan.

Mandi bukan sembarangan. Ada cara dan kaedahnya seperti di bawah:

1. Niatlah dalam hati sekuatnya dan mohon pertolongan Allah untuk apa kita mandi hujan.

2. Biarkan hujan berlalu selama sekurangnya 10 minit barulah kita mandi air hujan.

3. Air hujan yang digunakan untuk terapi ini mesti yang turun terus dari langit. Tidak terkena pokok/bumbung atau disambut dengan baldi.

4. Air hujan yang turun sebaiknya hujan yang lebat bukan gerimis.

5. Mulakan mandi sambil membaca sekurangnya al-Fatihah atau lebih baik lagi dengan membaca Ayat Kursi, al-Ikhlas, al-Falak dan An-Nas.

6. Baca terus sehingga sekurangnya 15 minit hingga 30 minit sambil mandi air hujan.

7. Sental badan seperti menggosok daki di badan. Jika ada penyakit kulit cara ini pun bagus.

8. Selesai mandi badan jangan dilap kecuali rambut. Biar kering sendiri.

Lakukanlah terapi ini selama sekurangnya 3 hari atau 7 hari berturut. Lain kali hujan turun jangan mengeluh. Ada manfaatnya bagi orang lain.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda.

Baca juga: Hukum Baca Yasin Ketika Haid, Ada Cakap Boleh & Sebaliknya. Yang Mana Satu?

Sumber: Facebook Mimie Suhana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×