Percutian

12 Tempat Menarik Di Johor Untuk Dilawati. Ramai Tak Tahu!

3.4K
SHARES
Tempat menarik di Johor

Legoland? Johor Premium Outlet? Hello Kitty Town? Itu sudah mainstream. Apa kata kami bawakan tempat-tempat yang jarang orang pergi.

Meskipun terletak di selatan, Johor turut menjadi tumpuan pelancong kerana kaya dengan destinasi pelancongan semula jadi. Pantainya juga cantik. Setiap daerahnya mempunyai tempat yang bersejarah dan menarik untuk dilawati. Makanannya juga unik jika dibandingkan di negeri lain.

Tempat menarik di Johor

Jika anda merancang ke Johor pada cuti sekolah akan datang, jangan lupa masukkan tempat-tempat di bawah dalam senarai kunjungan.

1. Pulau Rawa, Mersing

Pulau tercantik di Malaysia

Foto Kredit: budak-shinchan.blogspot.com

Ini adalah antara pulau tercantik di Malaysia. Jangan ingat Terengganu sahaja ada Pulau Rawa. Johor juga ada Pulau Rawa. Dikatakan, dahulunya adalah pulau persendirian atau dipanggil private island. Kini menjadi salah satu destinasi pelancongan pilihan.

Pulau tercantik di Malaysia

Foto Kredit: budak-shinchan.blogspot.com

Untuk cuci mata, boleh baca perjalanan blogger shin ke Pulau Rawa. Nasib baik dia ada kamera GoPro, yang merakamkan suasana tenang dan damai di Pulau Rawa.

2. Muzium Bugis, Pontian

Tempat menarik di Johor

Foto Kredit: daerahpontian

Dimiliki oleh orang perseorangan, muzium ini mempamerkan koleksi peribadi yang banyak dipengaruhi oleh adat resam masyarakat Bugis merangkumi senjata lama, pakaian tradisional, perhiasan diri dan peralatan. Ia sering dijadikan tempat rujukan oleh pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi yang ingin mempelajari sejarah dan warisan Bugis.

3. Tanjung Piai, Pontian

Tempat menarik di Johor

Foto Kredit: wikipedia.org

Terkenal dengan restoran makanan laut, ia menjadi tumpuan penggemar hidangan ini. Kebanyakan restoran ini terapung di atas laut. Tanjung Piai dikelilingi dengan hutan paya bakau yang masih cantik dan belum terdedah pada pencemaran mahupun pembangunan.

Ia juga menjadi habitat untuk hidupan laut, haiwan liar dan burung eksotik. Sebuah mercu tanda yang menandakan Tanjung Piai sebagai ‘Tanah Terselatan Benua Asia’ dibina oleh kerajaan negeri Johor untuk tatapan pengunjung yang datang ke sini.

4. Pulau Aur, Mersing

Pulau Menarik di Malaysia

Foto Kredit: johor.attractionsinmalaysia.com

Johor ada pulau? Ingatkan cuma Legoland dan Hello Kitty Land sahaja. Terletak di sebelah pantai timur di daerah Mersing, Pulau Aur adalah khazanah yang cukup cantik. Sehinggakan anak jati Pulau Aur ini cukup berbangga dengan kecantikannya.

Pulau Menarik di Malaysia

Foto Kredit: akukahtuah.blogspot.com

Cuma harus diingat, seperti perkongsian blogger akukahtuah, tidak ada kaunter untuk beli tiket untuk ke Pulau Aur. Kena pandai-pandai cari bot sendiri. Bagi yang minat memancing di laut dalam, jangan lupa lepaskan peluang untuk merasai pengalaman memancing di Pulau Aur.

 

5. Pulau Kukup & Taman Negara Pulau Kukup, Pontian

Tempat menarik di Johor

Foto Kredit: panoramio.com

Bagi yang suka dikelilingi oleh panorama menghijau, Pulau Kukup yang telah diwartakan sebagai Taman Negara Johor malah diiktiraf sebagai tapak Ramsar oleh Biro Persidangan Ramsar di Geneva wajib dikunjungi.

Ia dipenuhi dengan pokok bakau yang memberi perlindungan dan makanan kepada hidupan laut secara tidak langsung memberi kelangsungan hidup nelayan di situ. Daya tarikan utama di sini adalah jambatan gantung yang merentangi Sungai Ular dan menara pemerhati . Dari atas, pengunjung dapat melihat suasana di perkampungan nelayan, kelong yang menjadi tempat pembiakan hidupan laut dan burung-burung berterbangan di kawasan pokok bakau.

6. Gunung Ledang, Muar

Tempat menarik di Johor

Foto Kredit: twitter.com

Yang inginkan kedamaian sambil menghirup udara segar, boleh singgah ke hutan lipur ini. Dari jauh, anda boleh mendengar desiran air terjun setinggi 1,267 meter ini. Airnya yang jernih dan dingin memberi kesegaran pada tubuh badan yang lesu. Bagi yang sukakan aktiviti mencabar, bolehlah mendaki ke puncak gunung mengguna anak tangga yang disediakan sambil berpeluang melihat flora yang berusia lebih 100 tahun, tumbuhan herba dan akar-akar kayu yang sesuai untuk perubatan tradisional.

7. Kahang Organic Rice Eco Farm (Koref), Kluang

Tempat menarik di Johor

Foto Kredit: organic-kahang.net

Siapa kata padi hanya ada di utara?

Tempat ini merupakan ladang eko beras organik yang pertama seumpamanya dan menerima pengiktirafan sebagai Ladang Beras Organik di Malaysia. Dengan keluasan 260 ekar, ia dikelilingi oleh petak-petak sawah yang mana punca airnya datang dari Gunung Belumut dan masih terpelihara daripada pencemaran.

Ladang ini menawarkan pelbagai aktiviti ‘hijau’ dan lasak seperti memanjat gunung, day & night jungle trekking, river trail, bamboo rafting, drum rafting, tree climbing dan mempelajari cara memajak sawah, menangkap ikan serta menghasilkan kraf mengguna bahan semula jadi.

Menariknya, pengunjung berpeluang tinggal di chalet terapung, berkhemah di kawasan ladang dan jika ingin merasa suasana alam, boleh berkhemah di dalam hutan.

8. Pusat Rekreasi Air Panas Labis, Segamat

Tempat menarik di Johor

Foto Kredit: panoramio.com

Berkonsepkan “Berubat Sambil Berekreasi” menjadikannya sebagai pusat riadah yang sesuai untuk seisi keluarga. Ia menyediakan 4 kolam dengan kedalaman berbeza lengkap dengan berbumbung.

Kandungan mineralnya yang tinggi mampu mengubat pelbagai penyakit kulit dan mengubati sakit lenguh-lenguh badan. Penat bermandi-manda, anak-anak boleh berhibur di taman permainan berbentuk labah-labah sambil melihat arca semut yang diletakkan dalam kawasan taman manakala yang dewasa pula boleh meregangkan badan di Outdoor Fitness Gym.

Pondok rehat dengan set meja dan kerusi berwarna terang menjadi tarikan di kolam mandi ini.

9. Ayer Hitam, Batu Pahat

Tempat menarik di Johor

Foto Kredit: aiskacangmerah.com

Syurga beli-belah yang wajib dikunjungi jika ke Johor. Sepanjang jalan, ia dipenuhi dengan deretan kedai menjual pelbagai jenis makanan tradisional Johor, hasil-hasil kampung, perkakasan rumah, bunga tiruan serta aksesori hiasan daripada seramik.

Jika ada yang berkenan di hati, boleh membuat tawar-menawar dengan pengusaha kedai lebih-lebih lagi jika membeli dalam kuantiti yang banyak.

10. Orchid Valley, Johor Bahru

Tempat menarik di Johor

Foto Kredit: flyweb.ch

Ladang orkid yang terbesar di dunia ini menanam lebih daripada 80 spesies orkid tropika di dalam kawasan seluas 10 ekar di kaki Gunung Pulai. Bagi peminat bunga jenis ini, memang rambang mata dibuatnya melihat bentuk dan warna bunga-bunga orkid yang ada di sini terutamanya spesies eksotik, liar dan jarang dijumpai. Jika ingin menanamnya, boleh membeli orkid ini dari kedai jualan yang disediakan dalam ladang.

11. Galeri Glulam, Johor Bahru

Tempat menarik di Johor

Foto Kredit: jbtalks.cc

Jika anda peminat seni binaan yang moden dan unik, boleh melihat sendiri kelainan yang ada pada Galeri Glulam. Berkeluasan 4.9 ekar, bangunan ikonik ini dimiliki oleh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia.

Ia telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records kerana mengguna glue-laminated timber (Glulam) sebagai bahan struktur binaan yang pertama berkonsepkan Iconic Timber Building berbentuk separa payung .

Mengguna lebih daripada 80 peratus kayu keras Malaysia seperti Resak, Keruing, Kekatong, Balau dan Belian, ia menjadi tempat showcase dan referral centre bagi arkitek, jurutera, kontraktor serta pihak berkuasa tempatan.

12. Medan Asam Pedas Parit Jawa, Muar

Tempat menarik di Johor

Foto Kredit: microscopasia.com

Tidak lengkap kalau tak makan kalau dah jalan-jalan. Apakah tempat makan sedap di Johor?

Peminat asam pedas jangan lepaskan peluang merasai keenakan hidangan ini di gerai-gerai dalam medan asam pedas. Ikan kembung asam pedas misalnya menjadi kegemaran ramai. Saiz ikan yang besar dan segar ditambah dengan resipi yang sangat memikat selera, pasti satu pinggan tidak memadai. Jika ingin bersantai selepas makan, boleh meninjau jeti kecil yang terletak kira-kira 100 meter dari kawasan medan selera.

Akhir kata

Meskipun jauh dari Kuala Lumpur, anda pasti akan ke Johor sekali lagi setiap kali tibanya musim cuti sekolah kerana banyak lagi tempat yang anda boleh kunjungi di sini.

Ada lagi tempat-tempat rare yang kami perlu tahu? Mohon cadangkan di ruangan komen.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×