Famili

Senarai Tempat Makan Sedap di Hentian Rehat PLUS (Arah Utara)

9
SHARES
Tempat makan sedap

Memandu dari selatan ke utara, tentu sekali memenatkan. Lebih-lebih lagi bila tiba musim cuti sekolah atau perayaan yang panjang. Kalau lebuhraya PLUS tidak sesak, tidak sah!

Bagi yang bertolak malam, kena selalu berhati-hati dan pastikan mata segar-bugar. Kalau mengantuk, tidur dulu di mana-mana hentian Rehat & Rawat (R&R).

Apa yang menarik di lebuhraya PLUS?

Tempat makan sedap

Foto Kredit: singaporebikes.com

Bagi sesiapa yang menggunakan highway PLUS, tentu ada yang ingin cepat sampai ke destinasi. Mahu cepat sampai ke kampung dan berjumpa mak, ayah, adik-beradik dan sanak saudara. Mungkin ada yang terlepas pandang, sebenarnya ada banyak aktiviti dan perkara menarik di sepanjang highway PLUS.

Tempat makan sedap di Hentian Rehat PLUS

1. R&R Machap (North), Johor

Tempat makan sedap

Apa yang menarik di sini, kawasan hentiannya telah diperbaharui. Nampak sangat cantik. Namun, hati-hati kerana di sini ada banyak sangat lalat. Walaupun tertutup dengan cermin kaca, lalat masih lagi berterbangan.

 

Tempat makan sedap di sini:

No 2, Sajian JHQ – JHQ Asam Pedas

No 3, Sinar Selancar – Mee Rebus Jawa

 

Kemudahan:

ATM CIMB Bank

Stesen minyak Petronas

2. R&R Pagoh (North), Johor

Tempat makan sedap

Cuba singgah di sini ketika waktu petang-petang, rembang senja. Banyak burung gagak berterbangan dan hinggap di pohon-pohon sekitar kawasan rehat ini. Walaupun bising, nampak sungguh menarik.

 

Tempat makan sedap di sini:

No 1, Selera Kampong – Nasi Goreng Kampung

No 2, Warung Wakomo – Mee Rebus Wakomo

 

Kemudahan:

ATM CIMB Bank

3. R&R Ayer Keroh (North), Melaka

Tempat makan sedap

Biasa-biasa sahaja di sini. Ada hotel yang menakutkan, tidak diselenggara dengan baik.

 

Apa yang menarik di sini?:

Ada kedai buah-buahan, tetapi tidak sehebat di R&R negeri Perak.

 

Tempat makan sedap di sini:

No 6, Sajian Idaman – Nasi Ayam Jumbo

No 11, Bee Fast Food Corner – Rojak Singapura

 

4. R&R Jejantas Ayer Keroh (North), Melaka

Tempat makan sedap

Hentian ini terletak lebih kurang 5km dari R&R Ayer Keroh. Ia adalah untuk kedua-dua arah, iaitu utara dan selatan. R&R Ayer Keroh yang biasa cuma terletak bersebelahan sahaja. Agak kecil dan tidak selesa.

Apa yang menarik di sini?:

Al-Ikhsan yang sangat besar. Boleh singgah beli barangan sukan dengan harga yang berpatutan.

Tempat makan sedap di sini:

Tiada info

5. R&R Seremban (North), Negeri Sembilan

Tempat makan sedap

Agak sibuk kerana ramai yang berhenti di sini.

 

Tempat makan sedap di sini:

No 3, Anugerah – Yong Tau Foo

No 5, Belanga – Ikan Air Asam

 

6. R&R Tapah (North), Perak

Tempat makan sedap

Tempat makan sedap di sini:

No 6, Sizzling Wok – Nasi Berlauk Ayam Cili Kering

Restoran Pak Tam – Nasi Bukhara Kambing

 

7. R&R Sungai Perak (North), Perak

Tempat makan sedap

Tempat makan sedap di sini:

No 5, Selera Pak Wer – Ikan Patin Masak Tempoyak

No 7, Cha Noodles – Laksa Kuala

 

8. R&R Bukit Gantang (North), Perak

Tempat makan sedap

Tempat makan sedap di sini:

No 6, Sizzling Wok – Nasi Berlauk Ayam Cili Kering

Restoran Pak Tam – Nasi Bukhara Kambing

 

9. R&R Gunung Semanggol (North), Perak

Tempat makan sedap

Tidak seperti kawasan R&R Gunung Semanggol Arah Selatan, hentian ini agak membosankan.

Tempat makan sedap di sini:

Tiada info

 

Akhir kata

Banyak perkara menarik di sepanjang highway PLUS yang boleh dikunjungi. Cuma ada yang kita tidak tahu.

Hentian rehat PLUS

Bagi yang mempunyai telefon pintar, boleh muat turun aplikasi PLUS dari Apple App Store (iOS) dan Google Play (Android).

Kenapa kami katakan mobile app ini awesome? Antaranya ialah ia mempunyai fungsi Live Feed. Boleh terus tengok bagaimana keadaan Live Traffic secara real-time

Selain itu, ia juga memaparkan fasiliti yang ada di setiap hentian rehat,seperti ATM, stesen minyak dan kedai makan. Semua gambar yang kami paparkan di atas juga datang dari mobile app ini.

Rancang perjalanan anda

Sila baca dan ikuti cadangan dari PLUS ini bagi mengelakkan kesesakan di lebuhraya.

Hentian rehat PLUS

Ada apa-apa yang kami tertinggal untuk senaraikan? Atau ada tips menarik yang lain di setiap hentian R&R arah selatan?

Kongsikan dengan kami di ruangan komen.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×