Percutian

10 ‘Port’ Makan Ala Western Di Melaka Untuk Anda Serbu

18.3K
SHARES

Selain mempunyai banyak tempat pelancongan, Melaka memang terkenal dengan ‘syurga makanan’. Tengok sajalah makanan-makanan viral seperti kuih keria gula Melaka, coconut shake dan mango float selain all-time favourite asam pedas. Tak hairanlah ramai warga kota suka singgah ke Melaka semata-mata untuk menjamu selera dan mencuba port makanan baru di sana.

Di sini kami senaraikan beberapa tempat makan di Melaka yang menyediakan hidangan makanan Barat. Setiapnya memang unik dan berbaloi untuk anda kunjungi.

10 ‘Port’ Makanan Western Di Melaka Untuk Anda Serbu

1. Sumo Cafe Alai

Terletak di Crystal Bay, Alai Perdana, kafe ini adalah antara ‘port’ makan yang menarik kerana mereka menyediakan pelbagai menu dengan harga mampu milik.

Menu Western yang ‘top’ di sini adalah chicken chop yang baru berharga RM5.00. alau anda datang ramai-ramai boleh pilih chicken chop family dengan harga RM25.00 beserta 1 jag air sirap percuma.

Selain itu, ada juga lamb chop, cheezy wedges, dan cheezy meatball dengan harga tak lebih RM10. Di samping itu, banyak juga hidangan biasa yang lain seperti nasi goreng, char koay teow dan sebagainya untuk anda pilih. Memang rambang mata, sesuai datang ramai-ramai.

Facebook: Sumo Cafe Alai

2. Western D Town

“Kualiti hotel, harga tepi jalan..” ini adalah antara komen terhadap makanan di sini. Jadi, tentu anda boleh bayangkan betapa berbaloinya untuk merasai hidangan di sini. Menunya termasuklah mushroom soup, spaghetti salmon, chicken chop, dan cordon bleu dengan harga bermula RM7.50 untuk hidangan barat. Selain itu terdapat snek seperti tuna bruschetta yang cukup istimewa. Ada juga makanan tempatan dengan harga serendah RM5.00.

Beroperasi sejak 2015, kedai ini memang selalu penuh dengan pengunjung sampai kadang-kadang tak ada tempat duduk yang tinggal. Kalau nak cari senang saja, ia terletak berdepan dengan Giant Cheng.

Facebook: Western D Town

Chicken chop

3. Hairina Western Food

Satu lagi ‘port’ makanan Western yang mesti anda terjah adalah Hairina Western Food. Orang Melaka mungkin ramai yang tahu, dahulunya terletak bersebelahan Hotel Bayview, tapi kini dah berpindah di Alai.

Portion makanannya tersangat mengenyangkan, tuan kedai memang tak ‘lokek’. Paling best, harga pula yang sangat ekonomi. Sesuai sangat dengan tekak orang Malaysia, chicken chop di sini juga disajikan dengan nasi goreng.

Facebook: Hairina Western Food

4. Village Grill Melaka

Village Grill Melaka terletak di Bukit Piatu berhadapan dengan JAKEL, ARIANI & Kedai Perabot Jati. Selain menu biasa seperti chicken chop, di Village Grill Melaka anda boleh merasai pelbagai lagi menu Western homemade yang lazat seperti burger, lamb, beef, macaroni cheese dan nachos. 

Presentation makanan amat memukau dan boleh dikatakan ala-ala hotel. Harga snek bermula serendah RM4.50 hingga RM7.90 manakala makanan berat bermula serendah RM13.90 hingga RM45.90.

Oh ya, banyak juga kek yang cantik-cantik di Village Grill Bakery dengan harga antara RM19.90 hingga RM25.00 sahaja. Wah, bolehlah sambut harijadi di sini!

Facebook: Village Grill Melaka

 

5. BrotherZ Food

Apa yang istimewa di BrotherZ Food adalah olahan menu Western dengan makanan tempatan seperti Spaghetti Seafood Cilipadi (RM10.90), Spaghetti Kampung (RM10.90), Spaghetti Goreng Mamak (RM11.90) dan Kupi Cendol Shake. Sekali dengar macam kelakar, tapi rasanya memang tiptop dan membangkitkan selera.

Selain makanannya yang unik, ramai pelanggan berpuas hati dengan suasana di restoran ini yang dihias cantik ala vintage serta menenangkan. Harga pun berpatutan, patutlah ramai pelajar universiti berdekatan (UITM Lendu) yang datang ‘serbu’ di sini.

Kalau tak percaya, datanglah dan cuba di BrotherZ Food yang terletak di Tampin ini. Pasti berbaloi!

Facebook: BrotherZ Food

6. Mix & Grilled Cafe

Di Mix & Grilled Cafe, ada satu menu istimewa yang sesuai sangat bagi anda yang suka berkongsi atau nak mencuba pelbagai makanan dalam satu masa – iaitu set talam.

Set ini dipenuhi dengan berjenis-jenis hidangan seperti Spaghetti Bolognese / Cabonara, Grilled Chicken Chop, Meatball, Grilled Lamb Shoulder, Cheezy Wedges, French Fries, Onion Ring dan sebagainya. Dengan harga cuma RM19.90 dan RM25.90, cukup untuk 4 orang makan katanya. Tak ke berbaloi tu?

Bagi yang datang, boleh cari Mix & Grilled Cafe di Klebang Besar, sederet dengan Marry Brown. Banyak lagi menu yang pasti memikat citarasa anda.

 

Facebook: Mix & Grilled Cafe

7. Cik Jah’s Kitchen

Kafe yang baru beroperasi awal tahun ini menambahkan lagi ‘port’ yang boleh anda terjah dengan kawan-kawan mahupun famili. Selain hidangan Barat seperti Chicken Maryland Cheese, ada menu yang sangat istimewa seperti makanan Brunei dan nyonya. Harga pun berpatutan, bermula dari RM5.90 hingga RM16.90 sahaja.

Terletak di Cheng Melaka, kafe ini dihias dengan hiasan dalaman yang sangat comel dan ceria. Bagi ibu bapa yang bawa anak, ada ruangan khas untuk kanak-kanak bermain dengan selesa.

Facebook: Cik Jah’s Kitchen

8. D’Apple Cafe & Restaurant

Chicken Chop Cheese Meleleh (RM12.90) adalah antara menu yang paling mendapat sambutan di sini. Lamb Sizzling Hot Plate, Chicken Chop Mushroom, Nasi Goreng Lamb / Chicken Chop Sizzling, Spaghetti Bolognese dan Ayam Goreng D’Apple juga cukup popular di kalangan pengunjung.

Selain sediakan menu Western, mereka juga sediakan menu Nasi Ayam, Nasi Sup Kambing Bakar, Nasi Ayam Penyet dan macam-macam lagi.

Dibuka sejak 2009, D’Apple Cafe & Restaurant telah membuka 3 cawangan di Kelantan, 1 cawangan di Kota Damansara dan yang terbaru ini di Taman Lagenda Melaka.

Facebook: D’Apple Cafe & Restaurant

9. Floyds Kitchen Melaka

Terinspirasi daripada Pink Floyd, kafe ini mengutarakan ilham tersebut dalam nama mereka serta hiasan dalaman yang cukup menarik.

Antara menu terlaris di sini adalah Cheezy Nachos (RM10.90), Chicken Parmersan (RM17.90), All You Can Eat (RM28.90), Macaroni & Cheese (RM16.90), Lamb Chop (RM19.90), Seafood Aglio Olio (RM14.90) dan The Final Cut (RM18.90). Terbaru, mereka juga ada memperkenalkan Hawaiian Seafood Fried Rice (RM13.90) dalam menu mereka. Dessert pun ada tau!

Terletak di Taman 1 Lagenda, Floyds Kitchen terletak sebaris dengan Hotel Rama-Rama dan JW Hotel. Sambil makan sambil layan lagu Pink Floyd dan rock klasik. Terbaik! 

Facebook: Floyds Kitchen Melaka

Hawaiian Seafood Fried Rice

Double O-BO

10. D’Western Mesra Ria Maju

Kalau malam-malam anda tak tahu nak lepak kat mana, boleh juga singgah di Medan Selera berhadapan dengan Sekolah Rendah Bukit Beruang. Ada satu port best yang menyediakan chicken chop dan fish & chips dengan harga serendah RM5.90 saja. Air buah gelas besar pula cuma RM2.50.

D’Western Mesra Ria Maju beroperasi setiap hari daripada jam 6 petang hingga 12 malam. Dengan harga yang bajet, siapa kata anda tak boleh makan makanan Western yang sedap?

Facebook: Western D’Mesra Ria Maju

Mulakan ‘Food Hunting’ Sekarang!

Dah tahu mana nak pergi, lain kali bolehlah rancang perjalanan anda ke Melaka. Selain pergi melancong, ziarah saudara-mara, boleh juga lepak di tempat-tempat makan yang unik dan menarik ini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×