40 Minggu

14 Tanda Hamil Anak Perempuan, Ikut Petua Orang Lama

568
SHARES
Tanda hamil anak perempuan

Tanda Hamil Anak Perempuan, Ikut Petua Orang Lama

Tentu sekali teruja bila mengetahui diri ini hamil. Terasa bagaikan tidak percaya!

Tentu sekali tertanya-tanya, apakah jantina bayi yang bakal lahir ini? Lebih-lebih lagi bagi pasangan yang mahukan anak perempuan. Apa tidaknya, mungkin sudah ada anak lelaki, mahukan sepasang pula. Barulah lebih meriah rumahtangga.

Tanda hamil anak perempuan

Foto Kredit: wallpaperswide.com

Jika anda mengandung anak perempuan, berikut ialah tanda hamil anak perempuan:

  1. Perut anda bulat
  2. Anda mengalami ‘morning sickness’
  3. Sering mual pada menu yang beraroma tajam
  4. Wajah anda tidak berseri. Kata orang tua, anak ambil seri.
  5. Kulit anda lembut
  6. Rambut anda nipis dan tidak bermaya
  7. Punggung kelihatan lebih besar
  8. Anda mengidam makanan yang manis seperti jus, buah-buahan dan gula
  9. Emosi kurang stabil dan suka marah-marah
  10. Bayi di dalam kandungan suka baring di sebelah kiri
  11. Garisan perut dari bawah ke atas nampak lebih cerah dan putus-putus
  12. Jika anda dokong bayi perempuan, bayi itu akan menangis
  13. Ikat cincin perkahwinan anda dan gantung di atas perut. Jika cincin tersebut bergerak ke kiri dan ke kanan bermakna anda hamil anak perempuan.
  14. Sama seperti cara di atas, gunakan soda bikarbonat (tepung penaik) bersama air kencing ibu pada waktu pagi. Sekiranya air kencing anda tidak berbuih bermakna bayi di dalam kandungan adalah bayi perempuan.

*Nota: Informasi di atas ini cuma sekadar panduan

Akhir kata

Ini adalah sebahagian dari petua dan kaedah yang dapat kami kongsikan, yang diambil dari artikel yang menceritakan cara mengetahui jantina bayi dalam kandungan. Mungkin ada sedikit sebanyak tanda-tanda tersebut ada pada ibu-ibu yang mengandung.  Walaupun cara mengetahui jantina bayi dalam kandungan datang dari orang lama, tidak semestinya seratus-peratus betul. Sila jumpa doktor untuk mengetahui jantina sebenar bayi dengan kaedah moden. Segalanya adalah kuasa dan ketentuan Allah S.W.T.

Sekarang, anda sudah tahu tanda hamil anak perempuan. Kini, ambil masa untuk ketahui apakah tanda bersalin untuk anak lelaki pula.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×