40 Minggu

Ini Luahan Isteri Yang Sudah Lama Kahwin Belum Dapat Anak. Sedih Sangat Bila Baca.

348
SHARES
Ini Luahan Isteri Yang Sudah Lama Kahwin Belum Dapat Anak. Sedih Sangat Bila Baca.

Sudah Lama Kahwin Belum Dapat Anak

Soal dapat anak adalah ketentuan Allah. Rezeki anak telah ditentukan sejak dari awal kejadian kita lagi. Usah bertanya soalan sinis seperti “Kenapa belum dapat anak lagi?”, terutama pada pasangan yang sudah lama berkahwin. Walaupun dengan nada bersahaja, muka mereka tersenyum, jauh di sudut hati mereka rasa terluka.

 

Persepsi negatif masyarakat

Ingat lagi masa sedang melanjut pelajaran di kolej atau universiti. Orang-orang lain sibuk tanya, “Bila nak habis belajar”. Bila habis belajar, orang tanya lagi, “Bila nak kerja”. Tidak cukup dengan itu, setelah stabil dalam karier, masyarakat mula bertanya, “Bila nak kahwin”. Namun puncak bagi segala-galanya, ialah apabila sudah berkahwin beberapa bulan, usikan-usikan lain pula muncul, “Dah ada isi ke?”. “Bila nak dapat anak?”. Pernah terkena?

Hikmah belum dapat anak

Ramai yang tidak sedar, dalam meniti alam rumahtangga, kesabaran dalam menepis tohmahan masyarakat adalah sesuatu yang terpuji. Sudah tentu, ada hikmah disebaliknya. Allah bukan tidak mahu berikan rezeki anak lagi, Mungkin masanya belum sesuai. Mungkin juga Allah mahu berikan yang terbaik untuk kita.

 

Foto Kredit: behindthestalldoor.wordpress.com

Foto Kredit: behindthestalldoor.wordpress.com

 

Luahan isteri yang belum hamil

Terus-terang, blogger inaachik di inaachik.blogspot.com menulis entri beliau bukan untuk minta simpati. Beliau sekadar ingin meluahkan perasaan yang sudah lama terbuku dalam hati. Menariknya, bukan beliau seorang berperasaan sebegitu. Ramai yang merasai kedukaan inaachik. Baca luahan mereka di bawah ini.

Luahan #1

Adik kakak abang makcik pakcik…
Bila bab anak ni hati2 lah dlm bercakap. Tambah2 melibatkan pasangan yg telah lama berkahwin tapi rezekinya Allah tangguhkan. Jgn sampai ketidakpekaan dan kelancangan mulut kita buat hati org pecah berkeping-keping.

Jujur… 7 thn setengah saya jadi isteri yg belum diberi peluang jadi ibu, tak pernah saya hati saya pecah berkeping keping seteruk ini. Lebih teruk dari saya kehilangan anak yg hanya sempat hidup dlm rahim saya selama 11 minggu.

Saya terima dgn lapang dada apa yg Allah aturkan utk saya sebab saya tahu DIA sebaik baik perancang dan maha tahu apa yg terbaik utk setiap hambaNya. Dan kalian jugak harus melihat di sisi yg sama. Jangan menghukum seseorang like; ooo si polan ni takde anak sebab perangai dia cenggitu cenggini, sebab dia ni begitu begini, patutlah takde anak sebab bla3…
Bertambah pedih bila ayat pedas sebegini keluar dari orang2 terdekat, kaum kerabat yang kita harap mereka ni bagi sokongan.
Allahuakbar, kamu takde hak menghukum orang lain. Habis, Saidatina Aisyah takde anak sebab Allah tak sayang beliau kah?!!! Sebab beliau tidak sempurnakah?!!!

Pada saya…
Biarlah Allah tak beri anak jika itu yg buat saya makin dekat denganNya…
biarlah saya takde anak dari jadi orang kufur nikmat…
biarlah saya takde anak dari punya anak berderet tapi saya tak mampu menjaga amanah sebagaimana yg Allah perintahkan.

Bukan simpati yang dipinta…
cuma mengharap orang2 yang terdekat dan kaum kerabat menyokong kami.
jaga tutur walaupun tak nak memahami…
jangan musnahkan kekuatan yg kalian sendiri tak tahu betapa lelah kami bina kekuatan itu.
please, jangan musnahkan kekuatan yg kami bina.

Redha mmg redha tapi kadangkala saya wanita lemah yg tak mampu nak takung air mata. menangis bkn sebab tak redha… tapi terhiris dan terluka dengan kata yang tajam dan bisa.

Pada yang Allah beri rezeki anak,
Saya doakan kalian jadi ibu bapa yg baik dan menjaga amanahNya dgn baik…

 

Luahan #2

Akak saya pernah keluar cakap ‘padanlah xde anak’ kat saya, raya dua tahun lepas.. sebelum tu saya rasa family adik beradik paling faham saya, rupanya saya salah. Allah je tau camner saya nk kutip kekuatan sebelum ni, tp sesenang tu adik beradik sendiri leburkan k.ina.

Tp saya tau, cm k.ina slalu ckp, perancangan Allah sebaik baik perancangan. Bila saya tgk camner k.ina berubah, saya turut cuba berubah kak. saya cari usrah, saya pergi kelas mgaji sebab saya nmpk manisnya seronoknya bila dekat dgn Allah. saya nmpk dr kehidupan k.ina… kehidupan yg org kata kosong, lompong sbb xde anak..
tq tuk akk jugak sbb byk share yg baik2 smpi saya terpengaruh!

 

Luahan #3

Assalam cik kaki..jgn sedih2..kita punya nasib serupa. prkhwinan kita pun sm usianya..na wanita badang..jgn mudah menangis dgn kata2 sinis tu..Allah tahu apa yg trbaik utk kita..dia prncg trhebat..cekalkan hati..na beruntung sbb ada ank syurga menanti disana..Allah bg jgk nikmat peluang mnjd ibu..sy xde lg smua tu..sy nie siap dikata lg..xde anak sbb x tahu nak buat..kalau suami sy kawen dgn pompuan polan nie..dh ada 2 anak dh..depan ramai org ms tu..oleh org yg spttnya bg sokongan pd menantu sndiri..tp sy dh xpedulikan dh smua tu..katalah apa nak kata..sy tahu sy ada suami..dan sy ada Allah..jgn nangis lg..
Btl na..hati mn x sedih bila org yg plg rapat yg sepatutnya bg sokongan dan smgt..tub2 lain plak kata2nya..in shaa Allah..sama2 kita doakan..moga andai ini yg Allah aturkan utk kita..alhamdulillah..semoga kita trs kuat dan lbh dkt padaNya mcm na ckp..

Saya dpt byk kata2 smgt dr tulisan na n few others yg lain..terima kasih jgk utk itu..alhmdulillah Allah hadirkan kita suami yg x prnh kondem isteri sbb xdpt bg zuriat..suami yg sntiasa ada..sntiasa jd bahu utk kita menangis..suami yg sntiasa ssh sng bersama..ckp hebat kurniaan itu pd kita..

Luahan #4

Bismillahirrahmaan nirraheem
Saya jarang sekali luahkan.. kadang2 saya berkongsi rasa dengan sahabat yang seangkatan dengan saya.. :’)
dalam menanti cahaya mata. Mustahil untuk tidak rasa sedih .. Tapi bukan bermakna kita tidak redha dan putus asa..Jauh sekali cemburu atau hasad dengan khabar berita dari sahabat yang lain yang mana, lama menanti ‘miracle’ itu. Sungguh yang melalui itu pasti faham .titik rasa itu..
Buat insan, keluarga dan sahabat yang di uji Allah dengan ujian begini. Nukilan saya ini sekadar berkongsi rasa buat mereka yang seangkatan dengan saya. Mohon doa kalian-kalian yang membaca, Doakan saya dan mereka yang ada.
“Hati…Tabahlah..
Mata..Tangislah se esaknya
Jari jemari… Jangan penah jemu mengesat derai airmata

Allah…
PadaMu aku bermohon
Redhakan hatiku..
Kentalkan jiwa dan rasa hatiku
Saat KAU belum memberi aku
‘Peluang’ itu , maka Aku mohon Ya Allah

Tabahkan aku
Sabarkan aku
Redhakan hatiku..”

 

Ekoran dari kisah ini, ramai lagi yang tampil untuk berkongsi cerita tentang pengalaman mereka terutama di media sosial.

Luahan #5

Sy kawin 2 tahun setengah baru hamil ni 3 bulan. Mmg sepanjang 2 tahun tu perli sindir menyindir saya kena. Zuriat ni kalau bukan waktunya tuhan nak bg mmg kena sabar. Di awal perkahwinan sy keadaan kewangan pun sgt sempit. Ye la baru kawin kan. Duduk flat yg tak selesa, ada tilam n almari zip je. Masak atas dapur gas atas lantai. Dan hanya ada motor masa tu.

Sy n suami giat bekerja kumpul duit alhamdulillah dlm dua saja rezeki kerja mmg mencurah2, suami naik pangkat 2 kali, saya dpt offer kerja gaji lebih besar. Dlm dua tahun tu lah kami dpt beli kereta proton, dan apartment middle cost yg selesa. Dpt beli perabot rumah yg lengkap.

Rezeki tu semua dtg, org2 , keluarga kerabat yg tengok hidup kami naik taraf pandang sinis, dan mengata menyindir bab tak ada anak.

Allah bg rezeki anak ni selepas kami bersedia dgn kewangan yg baik skrg. Itu lah rancangan Allah yg sgt hebat bukan? Dulu waktu keadaan sgt tersepit makan nasi n bawang goreng, pg blk kerja berpanas hujan naik motor, kalau ada baby masa tu mcm mana? Tuhan tau apa yg dia rancang utk kami. Sekarang sy hamil , Alhamdulillah. Sy sgt fahami keadaan para isteri yg masih menunggu.

Sy doakan semua tg terbaik utk para isteri yg penyabar dan baik hati.

Luahan #6

Sblm ni sy pernah rs mcm mn bila di keji xmampu lahirkn zuriat sendiri. Dh plbgai cara sy dan suami lakukan tp allah belum berikn kami zuriat.. keluarga trdekat ada yg memahami tp lebih ramai yg memerli. Dikatakn setiap hr ada jer ayat2 pedih serta sindiran tajam masuk ke telinga. Tp syukur sy ada suami yg byk beri sokongan wpn sy tau dia pn turut bersedih.. tp kuasa allah xder siapa yg tau.. hampir 8 tahun berusaha dan diri sudah mula berputus asa allah kirimkn khabar gembira buat sy n suami.. khabar yg menutup mulut2 jahat.. khabar dimana seorng khlifah allah akn hadir.. 230314 lahirlh seorng putera.. lahir dlm penuh kesyukuran.. duhai pasangan yg belum dikurniakn ank jgnlh berduka.. jika allah tidak memberi kamu zuriat mungkin allah akn memberi kamu harta lain.. insyallah bidadari allah akn menyambut kamu disana kelak.. la tahzan..

Luahan #7

sayu hati baca luahan sahabat2 nie….sebab saya juga mengalami situasi yang sama….12 tahun bergelar seorang isteri, 4 kali keguguran…yang terbaru keguguran pada 5hb november 2014 yang lalu. saat hati gembira bila heartbeat baby mula berdenyut, allah turunkan ujianNYA sekali lagi kepada kami…allahuakbar. DIA yang memberi, DIA jua la yang mengambil nyer semula. Ke empat2 anak yang pernah saya kandung hanya sempat hidup dalam rahim saya selama 11 minggu…bayangkan, bertapa ALLAH sedang menguji saya & suami….berlinang air mata, mencari kekuatan & redha….

Luahan #8

Sy kawen 2 thun lebh br lekat. Skrg dah 32w.. doakan sy ye.. sbnrnya xsgka sy akn pregnnt sbb thun lpas buat check up. Sy ada pcos. Suami plak low count sperm.. spnjg 2 thn lbh xyah ckp la pghinaan org mcm mana. Xreti buat. X subur. Org byk duit xperlu ada anak.. sedih nye Allah sja tahu.. tips sy la.. sy byk kab execise. Sy sntiasa berfkirn postf. Mtk mak ayah ,mk mertua doakan utk kita.. klu org tnya sy x cpt sentap.. sy mtk dorg tlg doakan sy.. org kutuk pun sy snyum dan mtk dorg doakan sy… Allah tu ada.. sblm2 ni rasa cmburu gila tgok org pregnnt. Xnak like pn sape2 prgnt d fb. Tp sy ubah skap sy. Sy berbaik2 dgn kawn2 yg prgnnt. Sy tlg mereka dlm prkara yg sy mmpu.. mgkin ini jga doa kawn2 sy.. byk kn solat dhuha. Bykkn mtk ampun dr Allah.. ingt 1 perkara. Ujian ni sbnrnya mendekatkan kita pd Allah. Klu kita pilih jln tu. Tp klu kita pilih mnyalahkan tkdir Allah.. sia2 la penantian kita. Byk kan berusaha.. jgn tggu 4 5 thun br nk g gynae. Br nk ambek spplement itu ini.. Allah kan suka hambaNya yg berusaha. Sy doakan isteri2 yg blm ada zuriat, smoga Allah perkenankan doa2 kamu smua.. aminn

 

Luahan #9

Allahuakbar….sy jg tlh melalui saat2 itu…5 thn sy blm dikurniakn rezki ank…pelbagai kata yg sy dpt…dr org luar jg keluarga sebelah…yg biasa org kata….ermmm…mandul le tu…ibu ayah dan adik beradik kandung alhamdulillah amt memahami dn sentiasa berikan sokongan…ditakdirk pd thn ke6 sy hamil…syukur x terkira…tp..rezki Allah ambil stlh 3 bln dlm ksndungan…sy redho…jika itu yg trbaik buat sy…setelah beberapa bulan, sy disahkn hamil lagi…Alhamdulillah…lahirlah seorang putera….bermula dr inilah, setiap tahun sy hamil. Alhamdulillah….skrg sy punya 8 org ank….5 org telah kembali pd penciptaNya dan msh ada 3 org ank penyejuk mata ayhbonda….apa yg sy ingin kongsikn ialah…redho dgn ujian Allah, sabar dlm menghadapinya….Insyaallah…kebahagiaan akn mnjadi milik kita…jgn dipeduli kata2 org sekeliling yg x membina….Allah ada untuk kita…Dia Maha Tahu apa yg trbaik buat kita..wallahualam

Luahan #10

Saya faham situasi ni sbb tu lah yg berlaku pd kami suami isteri hampir 5 thn. Kdg2 org sekeliling kita krg sensitif. Tanya perkara diluar kemampuan manusia. Siapa tak nk anak..tanya mcm kte ni x berusaha ape2. Tp perlu ke kte bg tau pd smua org, ape yg tlh kte usahakan?

Lagi sedih kalau ade kwn2 yg dtg. Kte igt dia fhm kesedihan kta. Rupa2nya lbh kpd nk lariskan product msg2.

Saya lbh suka nasihatkan kwn2 yg senasib dgn saya, berdikiran terbuka. Suami isteri prlu krjasama. Check pd Dr pakar utk tahu masalah sbenar. Usaha semampu kita. Bnyak kaedah tradisional & moden. Tp jgn suka2 ambil. Yg pntg, tahu masalah msg2 dulu.

Alhamdulillah dgn izin Allah saya dah mngandung 28mggu. Kmi amt gembira krn itulah doa yg kmi slalu pnjatkan. Tp, org yg sya plg syg iaitu arwah ibu pergi tggl kn saya ktika kndungan sya tepat 24 mggu. Saya sgt sedih dlm kgmbiraan saya nk mnymbut org bru, sya khlgn org yg plg sya syg…

Sabar, itu yg perlu kite lakukan saat Allah sdg menguji. Redha, kte kne mnyerahkan diri pada Allah. Tp bkn bermaksud kte berhenti berusaha. Jangan berputus asa, jgn pernah berhenti berdoa meminta pada Allah..insya Allah, Allah makbulkan doa kte. Antara cpt atau lmbt. Allah dengar doa setiap hambanya. Allah lbh tau apa yg terbaik bt kte

Luahan #11

Sy kawin 2 tahun setengah baru hamil ni 3 bulan. Mmg sepanjang 2 tahun tu perli sindir menyindir saya kena. Zuriat ni kalau bukan waktunya tuhan nak bg mmg kena sabar. Di awal perkahwinan sy keadaan kewangan pun sgt sempit. Ye la baru kawin kan. Duduk flat yg tak selesa, ada tilam n almari zip je. Masak atas dapur gas atas lantai. Dan hanya ada motor masa tu.

Sy n suami giat bekerja kumpul duit alhamdulillah dlm dua saja rezeki kerja mmg mencurah2, suami naik pangkat 2 kali, saya dpt offer kerja gaji lebih besar. Dlm dua tahun tu lah kami dpt beli kereta proton, dan apartment middle cost yg selesa. Dpt beli perabot rumah yg lengkap.

Rezeki tu semua dtg, org2 , keluarga kerabat yg tengok hidup kami naik taraf pandang sinis, dan mengata menyindir bab tak ada anak.

Allah bg rezeki anak ni selepas kami bersedia dgn kewangan yg baik skrg. Itu lah rancangan Allah yg sgt hebat bukan? Dulu waktu keadaan sgt tersepit makan nasi n bawang goreng, pg blk kerja berpanas hujan naik motor, kalau ada baby masa tu mcm mana? Tuhan tau apa yg dia rancang utk kami. Sekarang sy hamil , Alhamdulillah. Sy sgt fahami keadaan para isteri yg masih menunggu.

Sbg suami , be there for her. Berdiri di sebelah dgn dia. Jgn biar dia jatuh dek kerana mulut lazer org2. Insyallah kasih sayang encik utk isteri di hadiahkan pula cahaya mata.

Luahan #12

Pernah dgr perbualan dlm surau,sorg ibu yg mngaku mnunggu 7 thn baru dpt ank, sorg ibu yg sdg myusu anknya dgn bngga ckp kwin xsmpi sthn dh lahir ank…tau btapa hncur hti ibu yg mnunggu 7thn tu..bukan dia mntak pon, rugi ke masa? Dlm 7thn tu diuji bukan sia-sia Allah nk bg yg terbaik dan mlatih igt slalu Dia…

Luahan #13

Sy juga dh 5 tahun menanti. Setahun lepas kahwin mengandung luar rahim hilang tiub sebelah. Masukd dewan bedah dlm 50/50 chance hidup atau mati. Dua tahun lepas tu dapat mengandung anak yg dikandung pula meninggal pada usia 21 minggu. Lepas tu diuji pula dgn tumpah darah yg sangat banyak. Kesan drpd dua kali massive internal bleeding sy ada small stroke dlm kepala. Sekarang ni masih dlm proses pemulihan. X dapat nk conceive lg. Apapun sy syukur kps Allah. Sbbkan ujian ini sy dan suami dh banyak berubah kpd yg lebih baik.

Luahan #14

Sy juga dh 5 tahun menanti. Setahun lepas kahwin mengandung luar rahim hilang tiub sebelah. Masukd dewan bedah dlm 50/50 chance hidup atau mati. Dua tahun lepas tu dapat mengandung anak yg dikandung pula meninggal pada usia 21 minggu. Lepas tu diuji pula dgn tumpah darah yg sangat banyak. Kesan drpd dua kali massive internal bleeding sy ada small stroke dlm kepala. Sekarang ni masih dlm proses pemulihan. X dapat nk conceive lg. Apapun sy syukur kps Allah. Sbbkan ujian ini sy dan suami dh banyak berubah kpd yg lebih baik. Sy gembira psl sy dh ada dua orang anak yg sedang menunggu kami di syurga. Ibubapa mana yg x heppy kan bila dpt tahu for sure anak ahli syurga.

Luahan #15

Mmg bkn sng nk kumpul kekuatan..bkn sng utk redha ngan ketentuan..wanita mcr kekuatan dgn air mata nya..nangis da mengadu la pd Allah yg Maha Pencipta.. Kerna Allah tmpt sebaik2 mengadu. Saya n kalian yg blm d kurniakn zuriat.. Kita ni insan trpilih melalui ujian ini.ujian ini yg makin dkt kan dr kita dgn Allah kan.. Wlpn kita blm d br peluang merasai ‘nikmat’ itu tp kita harus bersyukur..sbb kita insan terpilih. Ingtla.. Allah x prnahkn berjnji yg tiap yg berkahwin pasti d kurniakan zuriat..tp janji Allah itu pasti..barang siapa redha dgn ujian-Nya..Allah akn br gnjran nikmat syurga…

Luahan #16

Saya pnh gugur 3x sepanjang 11 tahun perkawinan…akhirnye berkat doa..dgn izin Allah skrg saya ada zuriat sndiri..skrg da ada 2 org ank..n in sya Allah january 2015 akan dpt yg ke3…sya sentiasa doakan semua yg brkawin n blm dpt zuriat akan dpt zuriat yg comel…ameeeeennnnnn….

Luahan #17

Puan2 sekalian.. adakah ada yg bekerja kt opis?..lpas tu sume rakan2 kt opis tiap2 thun ade je yg lahirkan bby..kite?..Ya Allah..mesti kite rase tersinggung kan..jauh d lubuk hati cedih srg2. Blik umh tdo termimpi2 ade bby. Tgu dan tgu..begitulah setiap thun brlalu. Moga kite dikuatkan semangat dan mendapat rezeki dariNya suatu hari nanti.

Luahan #18

Orang kita punya kefahaman…kahwin aje..duk sebilik aje mesti perut ada isi. Jika takde baik pompuan atau lelaki tanya itu ini…such a busybody. Mindset tuh mmg da set up gitu..kahwin untuk hubungan intim sahaja barangkali. Wake up! Perkahwinan itu suatu amanah. Bukan hanya di dunia malah akhirat. Tak semua yg masuk dlm perkahwinan ready for everything..walaupun mereka harus tahu amanah yg di tanggungi…
Ada anak itu merupakan suatu bonus..bukan semua yg mampu membimbing menjadi orgtua contoh. Bersabarlah…rezeki Allah beri dalam pelbagai sudut.

Luahan #19

Assalam. saya juga pernah melalui keadaan ini, org sekeliling kita akan sentiasa bertnya smpai satu ketika saya mengelak jmpa org. usia perkahwinan saya kini 11 tahun. stlah menunggu selama 4 tahun, saya disahkan mengandung. Bayangkan kegembiraan saya dan suami pd masa itu, tetapi anak yg dilahirkan hanya hidup selama 4 hari. Pudar cahaya yg menyinari kami. Terpaksa teruskan penantian. kini saya memiliki sepasang chyamata. Buat isteri2 di luar sana tabahkan hati, jgn mudah berputus asa. Saya sekarang sedang berusaha membantu isteri yg sdg ikhtiar utk hamil.

Luahan #20

Km pn dh 20 thn khwn . dn x di kurnia kn zuriat..tp alhamdulillah km redha..km ada anak angkat 3 org..semua dh dewasa..alhamdulillah..semuanya baik2 belaka..tentang masa tua kita..usah risau..allah dh aturkn..ingt allah selalu..dia x kn lupa hmba2 dia…ada hikmah kenapa dia x bg kita zuriat tu…kena redha selalu dn bshukur dgn apa yg dia dh beri..ank2 angkt km merupa kn ank2 yatim..terimaia kasih yg allah kerna memberi km nikmat merasai kasih sayang menjadi ibi dan bapa..alhamdulillah

Sedih bukan? Bagaimana dengan anda? Ada kisah tersendiri? Kongsikan dengan kami. Jika ada masa, boleh baca entri kami tentang tips cepat hamil.

Banyakkan berdoa!

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×