Ada benda nak luahkan?. Buat apa simpan lama-lama. Kongsi dengan kami di sini

Suami isteri panas baran

Suami isteri panas baran
Sudi berkongsi?

Assalamualaikum pembaca,

Nama saya Sri (bukan nama sebenar). Saya sudah bertunang dengan seorang duda anak 1. Kami sudah berkenalan selama 2 tahun. Sepanjang perkenalan kami, kami sering bergaduh. Ini adalah kerana saya dan tunang masing – masing panas baran.

Tunang saya pantang jika orang menaikkan suara pasti dia akan mengamuk dan membalas semula. Saya pula pantang silap sedikit. Pasti saya akan melenting. Jika bergaduh, pasti dia akan menghina saya tetapi selalunya saya yang akan mengalah.

Sudah banyak kali kami mahu putuskan hubungan ini. Tetapi mungkin jodoh kami kuat. Kami tetap bersama. Memandangkan kami bakal berkahwin pada hujung tahun ini, saya sering tertanya – tanya sampai bilakah perkara ini akan berlarutan?

Mampukah saya bertahan dengan suami yang panas baran? Saya juga bimbang sekiranya kurang sabar saya melayan kerenah suami, saya akan menaikkan suara dan akan jatuh dosa ke atas saya. Apakah yang harus saya lakukan untuk mengurangkan rasa marah dalam diri?

Kata carian dari Google:

Dosa tunang menghina bakal suaminya, ragam isteri muda, tunang menghina saya apakah harus saya lakukan
Dah habis baca, 'Share' dengan kawan:

1 comment… add one

  • baru smlm Datuk Hattan ada cerita dlm tv rancangan Semanis Kurma. Dia dulu pon agak telinga nipis. Tapi sekarang insyaAllah tak dah. Dia ckp, kena bnyk bersabar dan cuba ubah sikap tu. Nak seriba daya, xnak seribu dalih. Kalau Datuk bleh berubah, takkan la org lain x bleh.

    Reply

Leave a Comment

post
Read more:
Masalah Kewangan Bagi Pasangan Muda
Masalah Kewangan Bagi Pasangan Muda

Saya baru berkahwin. Bagaimana mahu menguruskan kewangan kita selepas berkahwin? Jika mahu membeli barang dapur, saya lihat gaji suami cepat...

Close