Famili

Bayi Yang ‘Dimanjakan’ Akan Membesar Jadi Lebih Pintar Dan Baik Hati. Ini 5 Sebabnya

3.5K
SHARES
bayi suka menangis

“Tak payah ‘manjakan’ sangat anak tu. Biarlah dia menangis. Nanti pandailah dia berhenti bila dah penat nanti. Bayi suka menangis sebab nak perhatian tu…”

Ada sesetengah bayi lebih mudah menangis berbanding yang lain. Kalau diikutkan naluri ibu bapa, tentulah kita akan berasa bahawa kita perlu melakukan sesuatu untuk menenangkan bayi. Namun, pasti ada suara-suara yang mengatakan bahawa kita sebenarnya dimanipulasi hingga bayi suka menangis dan menjadi terlalu manja.

Walaubagaimanapun, sebuah kajian mendapati bahawa tindakan ‘memanjakan’ bayi ini mempunyai manfaat luar biasa kepada anak apabila mereka meningkat usia.

5 Sebab ‘Manjakan’ Bayi Akan Jadikannya Lebih Bijak Dan Baik Hati

Berikut adalah sebab kenapa tindakan merespon terhadap keperluan bayi adalah baik untuk perkembangannya, dan bukanlah memanjakannya.

1. Bayi Belajar Berkomunikasi Dengan Cepat

Pertamanya, ibu bapa perlu tahu bahawa menangis adalah salah satu cara komunikasi bayi. Ia juga membantu ibu bapa untuk mengetahui bahawa bayi berasa tidak selesa atau ada sesuatu yang menganggunya.

Jika diteliti cara tangisannya, ibu bapa boleh mengenalpasti apa yang cuba disampaikan oleh bayi melalui tangisannya. Dalam masa yang sama, bayi juga mula membuat perkaitan antara tangisan mereka dengan pujukan anda. Dengan respon yang betul, bayi dan anda boleh belajar untuk saling memahami perasaan antara satu sama lain dengan lebih cepat dan berkesan.

http://nspt4kids.com/

2. Respon Positif Terhadap Sentuhan Dan Kasih Sayang

Menurut Majalah TIME, kajian yang diterajui oleh Profesor Psikologi dari Notre Dame, Darcia Narvaez mendapati bahawa sentuhan positif dan kasih sayang yang ditunjukkan terhadap bayi boleh menjadikan mereka membesar sebagai seorang yang lebih pintar, penyayang, dan baik hati berbanding bayi yang kurang mendapat layanan sedemikian.

Kesemua proses ini meningkatkan kebolehan anak tersebut untuk memahami minda orang lain dengan lebih efektif.

mom.me

3. Tangisan Berterusan Boleh Memberi Kesan Negatif

Ada sesetengah yang percaya dengan teknik ‘cry it out’ atau membiarkan bayi menangis semahunya kerana percaya bayi boleh belajar untuk berhenti menangis dengan sendiri.

Pakar berpendapat bahawa tindakan sebegini adalah tidak efektif. “Terlalu banyak stres pada sistem saraf bayi – seperti menangis berterusan – adalah tidak baik untuk perkembangan bayi, lebih-lebih lagi bayi yang baru lahir dan berusia bawah 6 bulan,” jelas Dr Lawrence Balter, melalui laman web Parenting.com.

Foto Kredit: shutterstock.com

4. Interaksi Dengan Ibu Bapa Meningkatkan Rasa Empati

Setiap daripada kita dilahirkan dengan keperluan untuk disayangi. Otak manusia lebih mudah untuk memberi respon terhadap kasih sayang yang diterima setiap hari untuk mempraktikkannya suatu hari nanti. Oleh itu, sekiranya kita dikasihi, lebih mudahlah untuk kita mengasihi. Apabila kita tidak berinteraksi dengan kerap, kita tidak dapat belajar untuk memperbaiki hubungan tersebut dari hari ke hari.

Oleh itu, bayi yang sentiasa menerima respon positif terhadap tangisan sebenarnya akan menunjukkan perkembangan emosi yang amat baik. Sifat ini dapat dilihat dalam keadaan yang kritikal, di mana mereka mampu untuk menangani stres dengan begitu berkesan.

tips menjarakkan kehamilan

Foto Kredit: dissolve.com

5. Bayi Suka Menangis Bukan Kerana Mahu ‘Menunjukkan’ Kuasa

Menurut pakar, bayi yang berusia bawah 3 bulan belum mempunyai memori yang kuat. Mereka ini belum mampu membuat perkaitan terhadap apa yang berlaku semalam atau sebelum itu. Mereka juga tidak mempunyai kebolehan untuk menjangkakan apa yang bakal berlaku. Semua perihal ini hanya mula berlaku pada usia sekitar 6 bulan.

Oleh itu, bayi tidak memanipulasikan emosi anda sebagai ibu bapa. Sebaliknya, mereka hanya memberi respon terhadap apa yang anda lakukan setiap kali mereka menangis. Selepas usia 6 bulan, anda boleh mula untuk memberi galakan kepada bayi dengan melengahkan daripada terus mengangkatnya, bercakap dengannya, atau mengalih perhatiannya dengan meletakkannya di dalam katil bayi yang diletakkan mainan bermuzik.

Semua cara berbeza ini membantu bayi untuk membina kepercayaan terhadap ibu bapa walaupun anda tidak mendukung mereka setiap masa mereka menangis.

pengalaman ibu

Foto Kredit: eumom.ie

 

Percaya Pada Suara Hati Anda

Setiap pasangan suami isteri mempunyai cara tersendiri untuk membesarkan anak mereka. Ini kerana, merekalah yang lebih mengetahui apa yang diperlukan oleh anak mereka.

Oleh itu, tidak perlu rasa bersalah sekiranya bayi suka menangis dan sentiasa mengharapkan anda untuk berada di sisi. Ternyata, ada banyak manfaat yang boleh didapati daripada tindakan menenangkan bayi!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×