Dapur

Resepi Kek Batik Guna Biskut Jejari. Cantik ‘Kejadiannya’!

2.7K
SHARES

“Ingat jamuan akhir tahun di pejabat nanti nak bawa kek batik homemade. Senang tapi sedap. Tapi, kalau boleh nak buat yang lain daripada lain. Ada idea tak?”

Kek batik memang tak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Ia antara kudapan yang paling mudah untuk dibuat. Tak perlu ada alatan khusus seperti blender atau mixer. Semuanya yang ada di rumah saja. Rasanya pula penuh coklat, lemak dan lazat.

Bagi yang inginkan sedikit kelainan, bolehlah mencuba resepi daripada Puan Zaimah Zakaria ini. Memang unik dan cantik kejadiannya kerana ia diolah menggunakan biskut jejari yang disusun rapi.

Berikut adalah resepi beliau selengkapnya.

Resepi Kek Batik Guna Biskut Jejari. Cantik ‘Kejadiannya’!

Bahan-bahan yang diperlukan tak banyak berbeza dengan bahan untuk membuat kek batik biasa. Cuma, biskut Marie atau biskut keping ditukarkan dengan biskut jejari.

Bahan-bahan

  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 2 cawan milo
  • 1 ketul butter (250 gm)
  • 2 bungkus biskut jejari

Cara-cara

1. Cairkan Butter

Pertama sekali, cairkan butter di dalam periuk.

2. Masukkan Susu Pekat & Milo

Bila dah cair, masukkan 1/2 tin susu pekat manis. Kacau sebati.

Seterusnya, masukkan pula 2 cawan Milo. Adunan ini akan dilapis-lapiskan pada biskut nanti.

3. Susun Biskut

Sekarang, masa untuk menyediakan acuan. Mula-mula, lapikkan plastik pada loyang.

Kemudian, susun biskut selapis demi selapis. Ambil lebih kurang 1 senduk coklat dan lapiskan di antara lapisan biskut tersebut.

4. Bubuh Topping

Bila dah siap lapisan paling atas, taburkan apa-apa topping yang anda suka. Saya gunakan almond nib. Kalau nak tabur lain-lain pun boleh, badam cincang, parutan keju, nestum, atau apa saja mengikut kreativiti.

5. Sejukkan 

Akhir sekali, sejukkan selama lebih kurang 4-5 jam sebelum dipotong.

Siap!

Beginilah hasilnya apabila disusun dengan biskut jejari tadi. Memang cantik kejadiannya dan lain daripada yang kita biasa tengok.

Bagi yang tertanya-tanya macam mana rupa biskut jejari, boleh rujuk pada gambar di atas, (ada 2-4 batang yang disusun dalam pinggan bersama potongan kek batik.) Biskut jejari ini boleh dibeli secara timbang di kedai runcit atau ada juga yang dah siap dalam paket di pasaraya.

Mudah, bukan? Siapa yang dah cuba, bolehlah share hasilnya di ruangan komen.

 

Selamat mencuba!

 

*Resepi kek batik ini dikongsikan oleh Puan Zaimah Zakaria dan ia diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Untuk mendapatkan lebih banyak resepi yang enak dan tips-tips masakan yang praktikal, follow beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×