40 Minggu

Pusat Bayi Bengkak. Adakah Merbahaya Kalau Macam Ini?

25
SHARES
Pusat bayi bengkak

Pusat Bayi Bengkak

Ramai di antara ibubapa kurang mengambil perhatian terhadap pusat bayi kita yang baru lahir. Tahukah anda bahawa pusat bayi bengkak ini adalah perkara normal dan tidak merbahaya?

Ia kelihatan agak menakutkan apabila kita berdepan dengan pusat bayi bengkak kerana kita kurang arif bagaimana hendak menangani situasi tersebut. Ada yang mungkin beranggapan bahawa bayi sedang kembung dan sekadar menyapu minyak panas dan mengurut bayi sudah memadai. Tetapi ada juga segelintir ibu mengamalkan teknik melekatkan duit syiling di atas pusat bayi bengkak tadi dengan cellophane tape (pembalut lutsinar).

 

Kenapa pusat bayi bengkak?

Pusat bayi bengkak

Foto Kredit: betekst.wordpress.com

Tetapi sebelum itu mari kita fahami asal-usul mengapa pusat bayi bengkak. Ia berlaku apabila usus, lemak atau bendalir dalam badan menolak keluar menerusi kawasan lemah atau lubang di otot bayi. Dan di antara kawasan yang lemah dan berongga adalah pusat bayi dan ini akan menyebabkan pusat bayi bengkak dan benjolan terbentuk.

Selepas dilahirkan, tali pusat bayi akan dipotong hampir dengan lubang pusatnya. Ia kemudiannya dibiarkan mengering dan akan tercabut dengan sendirinya di dalam tempoh satu atau dua minggu. Sebaik sahaja ia tertanggal, ia perlu diberikan perhatian agar tidak berlakunya jangkitan. Jika pusat bayi didapati berdarah atau bernanah, bayi mestilah dibawa segera kepada perhatian doktor.

Lagi satu simptom yang perlu diawasi adalah apabila bayi anda muntah-muntah dan berasa sakit di bahagian pusat yang sedang membengkak tadi. Sebab takut-takut ia benda lain pula dan petanda awal untuk penyakit lain yang lebih serius.

 

Bengkak sejak lahir

Itu bagi kes yang serius, tetapi kebanyakan pusat bayi bengkak sejak lahir lagi. Mengikut statistik, bayi perempuan dan bayi pra-matang lebih berkemungkinan untuk mendapat pusat bayi bengkak ini. Tetapi usah bimbang, ianya tidaklah sakit mahupun merbahaya dan sering surut dengan sendirinya.

Setakat ini, belum ada lagi cara khusus bagi mengelak terjadinya pusat bayi bengkak ini. Tetapi secara amnya, ia tidaklah merbahaya selagi pusat bayi tidak berdarah atau bernanah. Sebarang kemusykilan, segeralah berjumpa dengan doktor pakar yang lebih arif.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×