Famili

12 Pulau Menarik Di Malaysia Yang Kurang Popular. Tetapi Sangat Cantik!

526
SHARES
Pulau Menarik di Malaysia

Pulau-pulau Menarik di Malaysia Yang Tidak Popular

Kita biasa dengar Pulau Tioman, Pulau Sipadan, Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Tidak dinafikan, itu ialah pulau yang cantik dan antara pulau menarik di Malaysia.

Sebelum ini, kami pernah menyenaraikan 10 pulau paling cantik di Malaysia satu ketika dulu siap dengan infografik dengan sumber dari akhbar The Star.

Namun, bagaimana dengan pulau-pulau lain yang kurang popular dan tidak banyak mendapat promosi di media massa?

Memandangkan banyak laman web lain yang turut sama menyenaraikan 5 senarai asal kami ini, maka kami tambah lagi senarai pulau menarik di Malaysia.

Mari sama-sama ketahui pelbagai lagi pulau-pulau menarik di Malaysia yang tidak ramai orang tahu. Mungkin langsung tidak pernah dengar!

1. Pulau Bohey Dulang, Semporna, Sabah

Pulau Menarik di Malaysia

Foto Kredit: https://higherdensity.wordpress.com/2014/03/12/

Pulau ini juga dikenali dan dipanggil Pulau Bohaydulong atau Pulau Bohidulong. Jarak perjalanan dari bandar Semporna lebih kurang 30 minit, dengan menaiki bot. Pulau Bohey Dulang ialah satu daripada 8 pulau dalam  Tun Sakaran Marine Park.

Pulau Yang Menarik di Malaysia

Foto Kredit: blueewoke09.blogspot.com

Kalau ada masa, baca entri honeymoon dari Chawanna ini penuh dengan gambar kecantikan Pulau Bohey Dulang.

Pulau yang menarik di Malaysia

Foto Kredit: blueewoke09.blogspot.com

Kami teramat pasti, gambar-gambar ini bakal menggetarkan jiwa anda dan buat anda tergamam kerana teramat cantik!

2. Pulau Kapalai, Semporna, Sabah

Pulau Menarik di Malaysia

Foto Kredit: divinginsipadan.com

Pulau Kapalai terletak lebih kurang 15 kilometer dari Pulau Sipadan. Ia adalah syurga bagi penggemar sukan skuba dan snorkeling. Pulau Kapalai juga adalah destinasi yang sangat sesuai untuk bulan madu.

Biasanya, ramai orang akan pergi ke Pulau Mabul-Pulau Sipadan-Pulau Kapalai-Pulau Bohey Dulang. Bak kata seorang blogger, akibat kawasan sekitar yang terlalu cantik, hatiku tertinggal di Kapalai.

3. Pulau Banggi, Kudat, Sabah

Pulau Menarik di Malaysia

Foto Kredit: http://www.sunnyrainbowtours.com.my

Kalau mahu tahu, menurut Wikipedia, Pulau Banggi ini adalah pulau terbesar di Malaysia. Lebih besar dari Langkawi dan Pulau Pinang!

Pulau Menarik di Malaysia

Foto Kredit: irwanfieldteam.wordpress.com

Baca catatan kembara dan pengalaman ke Pulau Banggi untuk maklumat lanjut. Jika minat diving, jangan lupa singgah ke sini juga.

 

4. Pulau Aur, Mersing, Johor

Pulau Menarik di Malaysia

Foto Kredit: johor.attractionsinmalaysia.com

Johor ada pulau? Ingatkan cuma Legoland dan Hello Kitty Land sahaja. Terletak di sebelah pantai timur di daerah Mersing, Pulau Aur adalah khazanah yang cukup cantik. Sehinggakan anak jati Pulau Aur ini cukup berbangga dengan kecantikannya.

Pulau Menarik di Malaysia

Foto Kredit: akukahtuah.blogspot.com

Cuma harus diingat, seperti perkongsian blogger akukahtuah, tidak ada kaunter untuk beli tiket untuk ke Pulau Aur. Kena pandai-pandai cari bot sendiri. Bagi yang minat memancing di laut dalam, jangan lupa lepaskan peluang untuk merasai pengalaman memancing di Pulau Aur.

 

5. Pulau Tenggol, Dungun, Terengganu

Pulau Menarik di Malaysia

Foto Kredit: holidaygogo.com

Mungkin pulau ini tidak sepopular Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Sebaliknya, ia adalah tumpuan bagi peminat sukan skuba di seluruh dunia. Yang minat snorkeling juga boleh ke sini.

Pulau Menarik di Malaysia

Foto Kredit: visit-terengganu.com

Lebar Pulau Tenggol lebih kurang 2-3 kilometer sahaja. Pantainya pendek dan sangat landai dan amat sesuai untuk anak-anak kecil. Siap boleh main kejar-kejar lagi!

6. Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah

Pulau Menarik di Malaysia

Foto Kredit: aqim22.deviantart.com

Menurut Wikipedia, Pulau Bum Bum terletak berhampiran dengan perairan SempornaKunak dan Lahad Datu. Dikatakan juga, saiz Pulau Bum Bum lebih kurang sebesar Singapura.

Walaupun Pulau Bum Bum bukanlah sebuah pulau pelancongan, airnya masih lagi crystal clear. Percutian ke Semporna tidak sempurna jika tidak singgah ke sini.

 

7. Pulau Mataking, Semporna, Sabah

Pulau menarik di Malaysia

Foto Kredit: sabahtourism.com

Tidak perlu cakap banyak, lihat gambar sahaja sudah buat mulut kita terlopong. Malah terdetik di hati, benarkah ada pulau sebegini di Malaysia?

Pulau Menarik di Malaysia

Foto Kredit: mataking.com

Jika terlalu banyak kerja di pejabat, ambil cuti dan hilangkan stress di sini. Bila sudah sampai Pulau Mabul, jangan lupa singgah ke Pulau Mataking. Mungkin kena sewa bot yang agak mahal, tetapi sangat-sangat berbaloi.

8. Pulau Rawa, Besut, Terengganu

Pulau tercantik di Malaysia

Pulau Rawa ialah sebuah pulau yang kecil dan tidak didiami. Ia terletak di barat laut Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil.

Pulau tercantik di Malaysia

Foto Kredit: asiaexplorers.com

Seseorang hanya boleh ke sana dengan menyewa bot dari Pulau Perhentian sahaja. Walaupun Pulau Rawa ini kecil sahaja, terumbu karangnya sangat cantik dan berwarna-warni.

9. Pulau Rawa, Mersing, Johor

Pulau tercantik di Malaysia

Foto Kredit: budak-shinchan.blogspot.com

Jangan ingat Terengganu sahaja ada Pulau Rawa. Johor juga ada Pulau Rawa. Dikatakan, dahulunya adalah pulau persendirian atau dipanggil private island. Kini menjadi salah satu destinasi pelancongan pilihan.

Pulau tercantik di Malaysia

Foto Kredit: budak-shinchan.blogspot.com

Untuk cuci mata, boleh baca perjalanan blogger shin ke Pulau Rawa. Nasib baik dia ada kamera GoPro, yang merakamkan suasana tenang dan damai di Pulau Rawa.

10. Pulau Sibu, Mersing, Johor

Pulau Menarik di Malaysia

Foto Kredit: johortourism.com

Pulau Sibu yang terletak dalam daerah Mersing ini mengadap Laut Cina Selatan. Ia sebenarnya gugusan pulau-pulau lain seperti Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus dan Pulau Sibu Hujung.

Pulau menarik di Malaysia

Foto Kredit: darniaaqilah.blogspot.com

Pulau Sibu, walaupun tidak terkenal seperti Pulau Tioman, ia sangat sesuai untuk weekend getaway. Ada juga yang menjadikan Pulau Sibu sebagai alternatif kerana semua resort telah penuh di Pulau Tioman.

Yang penting, jangan naik jeti di Mersing, tetapi jeti di Tanjung Leman. Kalau mahu cuci mata, lihat gambar di sini dan di sini puas-puas.

 11. Pulau Timba Timba, Semporna,Sabah

Pulau tercantik di Malaysia

Foto Kredit: flickr.com

Ini sememangnya pulau yang jarang dikenali ramai. Jikalau anda cuba Google untuk mencari maklumat, pasti anda akan kecewa. Nasib baik ada yang sudi berkongsi gambar ketika beliau pergi island hopping ke sana.

Pulau tercantik di Malaysia

Foto Kredit: http://blog.napiemoksin.com

Pulau Timba Timba terkenal dengan pantainya yang cantik dan hidupan laut yang jarang dijumpai. Juga ada warna 3 layer yang sangat cantik.

Hidupan lautnya termasuk sotong besar, ular laut dan ikan jerung kecil. Selain itu, penyu juga selalui dijumpai di sini. Antara yang lain ialah udang kara, blue ribbon eels, moray eels, barracudas dan large coral trout.

12. Pulau Sibuan, Semporna, Sabah

Pulau tercantik di Malaysia

Foto Kredit: syathebackpacker.blogspot.com

Walaupun namanya sama, ini bukan Pulau Sibu yang terletak di  Mersing, Johor. Pulau Sibuan termasuk dalam rangkaian Taman Marin Tun Sakaran.

Pulau ini berpenghuni dengan etnik Bajau Laut. Ada yang bersetuju, bercerita tentang pulau-pulau di Semporna lebih menarik dari tempat lain. Dikatakan lagi Pulau Sibuan adalah tempat pilihan diver sebelum Pulau Sipadan menjadi terkenal.

Pulau tercantik di Malaysia

Foto Kredit: azmiman08.blogspot.com

Air di sini, katanya sangat jernih. Sekejap hijau, sekejap biru. Suasana sekeliling pula, bagaikan dalam filem yang dibuat-buat, padahal ia adalah yang semulajadi.

 

Akhir kata

Tidak perlu ke luar negara untuk nikmati keindahan pantai dan pulau. Ini kerana negara kita sendiri menyajikan destinasi yang hebat untuk kita sekeluarga. Kalau bukan kita yang menikmati keindahan negara sendiri, siapa lagi?

Untuk maklumat lanjut, boleh berhubungan terus dengan pihak Tourism Malaysia.

[infobox title=’Tentang Tourism Malaysia’]

Tourism Malaysia

Tourism Malaysia atau Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB) ialah satu agensi di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia. Berdasarkan Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992, fungsi Lembaga (Tourism Malaysia) adalah seperti berikut:

  • Menggiatkan dan menggalakkan pelancongan ke dan dalam Malaysia
  • Merangsangkan, memajukan dan memasarkan Malaysia sebagai destinasi tumpuan pelancong di arena antarabangsa dan tempatan
  • Menyelaraskan apa-apa aktiviti pemasaran atau penggalakkan yang berkaitan dengan pelancongan yang dijalankan oleh mana-mana organisasi, agensi kerajaan atau bukan kerajaan
  • Membuat syor kepada menteri berkaitan tindakan dan program menggiatkan kemajuan penggalakkan industri pelancongan di Malaysia dan melaksanakan setelah dipersetujui

Selaras dengan fungsi Tourism Malaysia sebagai sebuah organisasi penggalakkan, matlamat-matlamat yang berikut telah ditetapkan:

  • Meningkatkan ketibaan pelancong asing
  • Meningkatkan purata tempoh lawatan para pelancong untuk menambah hasil pendapatan dari pelancongan
  • Merangsang pertumbuhan pelancongan dalam negeri
  • Meningkatkan faedah/hasil yang boleh diperolehi dari pasaran Persidangan, Insentif dan Pameran (MICE)

[/infobox]

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×