Cantik

5 Petua Putihkan Celah Peha. Hilangkan Hitam, Kasi Cerah!

305
SHARES
celah peha hitam

Wanita memang mementingkan penampilan diri, lebih-lebih lagi dari segi luaran. Namun semuanya tidak bermakna jika anda tidak menjaga kecantikan dalaman terutamanya di celah-celah pelipat, ketiak dan celah paha yang mudah menjadi hitam jika tidak dijaga dengan betul.

Petua hilangkan hitam celah peha

Celah paha misalnya, mudah menjadi hitam akibat geselan paha sewaktu berjalan terutamanya pada wanita yang berbadan besar dan gempal.Mereka ini juga selalunya mencari petua untuk kuruskan peha dan punggung.

Akibat geselan ini bercampur dengan peluh, paha menjadi berminyak dan mudah melecet.

Ada yang meletak bedak mahupun losen untuk mengurangkan rasa melecet ini. Hanya orang yang mempunyai paha besar akan faham masalah ini.

Namun, setelah meletakkan bedak atau losyen, rasa lega hanya untuk sementara waktu sahaja kerana tanpa disedari, anda menambah kerengsaan kulit dan sel-sel kulit mati berkumpul di celah paha. Dari situ, pembiakan bakteria terjadi menyebabkan kulit menjadi semakin gatal, kasar dan kemerah-merahan sehingga bertukar menjadi hitam.

Petua putihkan celah peha untuk yang sudah berkahwin?

Bagi wanita yang sudah berkahwin, celah paha hitam menyebabkan anda kurang berkeyakinan dan malu apabila bersama suami. Meskipun ada suami yang tidak kisah, tidak bermakna anda harus selesa dengan keadaan itu malah tidak terlambat untuk anda memutihkan kembali celah paha yang berubah warnanya dengan mengguna:

1. Limau nipis & kapur sirih

Cara memutihkan kulit

Foto Kredit: healthyfig.com

Campurkan perahan limau nipis dengan sedikit kapur hingga menjadi pes. Sapu pada celah paha dan gosok perlahan-lahan selama 15 minit, kemudian bilas. Lakukan 3 kali seminggu sampai kesan hitam hilang.

2. Lemon & timun

Foto Kredit: freefoodphotos.com http://www.freefoodphotos.com/imagelibrary/vegetables/slides/chopped_cucumber.html

Foto Kredit: freefoodphotos.com

Jika kulit sensitif, limau nipis boleh memeritkan. Anda boleh gantikan dengan lemon ataupun timun. Lalukan kulit lemon serta timun pada celah paha selama 20 minit dan bilas sehingga bersih. Bukan sahaja memutihkan kulit malah mengatasi lebihan minyak pada paha.

3.Tawas

Bagi yang ingin guna cara tradisional, boleh gunakan tawas untuk mengatasi masalah ini. Campurkan tawas dalam air dan dengan mengguna span, gosok celah paha.

4.Kunyit

Parut kunyit dan perahkan jusnya. Sapukan pada celah paha dan biarkan ia kering, baru dibilas sehingga bersih. Boleh juga digunakan serbuk kunyit. Masukkan 2 sudu serbuk dalam air dan sapu pada paha.

5.Ubat gigi

Petua hilangkan hitam celah peha

Foto Kredit: encedentistry.com

Picit sedikit ubat gigi pada jari dan sapu pada celah paha. Biarkan selama 10 minit dan bilas. Tetapi awas, jika terasa sakit ataupun kulit bertukar merah kerana sensitif dengan bahan dalam ubat gigi, tukar guna bahan lain.

Tips putihkan celah peha yang lain:

Petua putihkan celah peha

Foto Kredit: youtube.com

  • Sebaiknya selepas mandi, lap paha sehingga kering. Paha yang lembap mudah membiakkan bakteria, penyebab utama gatal di kawasan paha. Jila terasa gatal, elak garu dengan tangan tetapi guna kain.
  • Pastikan anda mengguna pencukur yang tajam. Cukur mengikut arah bulu tumbuh untuk mengelakkan kulit menjadi kasar ataupun luka.
  • Amalkan juga mengguna scrub seminggu sekali kerana ia akan menanggalkan sel-sel kulit yang kasar dan mati serta menggalakkan pertumbuhan sel baru. Hasilnya, kulit bertambah putih serta lembut dan sudah tentu, anda kembali yakin dengan diri anda.

Selamat mencuba!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×