40 Minggu

Benarkah Jika Perut Ibu Mengandung Besar, Maka Bayi Pun Besar?

194
SHARES
Perut ibu mengandung

Saiz Perut Ibu Mengandung

Ramai orang beranggapan bahawa saiz perut ibu dan saiz perut bayi itu ada kaitan? Betul ke? Kalau saiz perut ibu tu besar, bayi itu dianggap sihat tapi kalau saiz perut ibu tu kecil dan tidak mencerminkan usia kandungan, bayi itu dikhuatiri tidak sihat?

Ada kebenarannya juga bila kita lihat kepada saiz dan bentu perut ibu mengandung dan saiz perut bayi di dalam kandungan. Tetapi disebabkan terlalu banyak faktor yang boleh mempengaruhi saiz perut bayi, ia tidak boleh dijadikan kayu pengukur yang sebenar.

Bila tengok gambar perut ibu mengandung di Internet, terfikir juga kenapa perut kita tidak begitu. Kadang-kadang, perubahan perut ibu mengandung juga tidak dirasai, kecuali ada orang yang tegur.

Saiz perut kecil

Pantang Larang Semasa Hamil. Ibu Mengandung Perlu Tahu!

Foto Kredit: sheknows.com

Ada yang risau kalau saiz perut ibu masih kecil walaupun usia kandungan sudah menjangkau trimester kedua. Malah ada yang masih belum menyedari kehamilan anda.

Tidak mengapa, anda tidak perlu risau sebenarnya. Asalkan anda mengikut jadual pemeriksaan yang disarankan atau berjumpalah dengan doktor sekurang-kurangnya sekali sebulan dan bayi anda didapati sihat dan membesar dengan sepatutnya.

Usia kandungan

Mengandung Selepas Bersalin

Foto Kredit: telegraph.co.uk

Walaupun pakar yang berpengalaman berpuluh tahun sekalipun, pasti tidak dapat meneka dengan tepat usia kandungan hanya dengan melihat kepada saiz perut ibu. Melainkan ibu tadi baring dan perut beliau diperiksa dengan lebih teliti, barulah mereka membuat penilaian yang lebih terperinci.

Ini adalah disebabkan saiz perut ibu bergantung kepada tinggi, berat, bayi pertama atau bayi yang ke berapa, kedudukan bayi di dalam perut dan samada anda mengandung anak kembar dua atau lebih.

Perut ibu mengandung kecil, maka bayi kecil?

Malah ada teori mengatakan jika saiz perut ibu kecil, maka kecillah bayi yang bakal dilahirkan. Jika saiz perut ibu besar, maka besarlah bayi tersebut. Tetapi jika ibu yang mengandung tadi adalah seorang yang tinggi dan mempunyai otot yang besar, perut anda barangkali meninggi dan bukan ke hadapan.

Sebaliknya pula yang berlaku jika anda seorang yang pendek atau berbadan kecil dan mengandung bayi yang besar, saiz perut anda pasti akan membulat dan orang ramai pasti tahu anda sedang mengandung.

Pemeriksaan ultrasound

3D 4D Scan Malaysi

Foto Kredit: manchestereveningnews.co.uk

Saiz perut ibu yang seakan tidak kena dengan tarikh anda dijangka bersalin memerlukan ultrasound scan untuk kepastian. Ukuran yang diambil sewaktu ultrasound boleh menentukan dengan lebih tepat umur kandungan dan tarikh anda dijangka bersalin.

Untuk keselamatan anda juga kerana jika bayi terlalu besar, anda mungkin memerlukan pembedahan untuk melahirkan bayi anda dengan selamat. Jika sedang mencari, rujuk senarai klinik yang sediakan khidmat scan 3D/4D ini.

Jangan terlalu risau

Jika ada orang memberikan komen kepada anda seperti “Besar kandungan awak, baguslah bayi sihat” atau “Betul ke dah 6 bulan, macam takde apa-apa lagi pun?”, mungkin boleh membuatkan anda berasa lega atau tertekan. Lagi lagi ada yang bertanya, “Dah tahu, lelaki ke perempuan?”.

Tetapi sekarang setelah anda tahu bahawa saiz perut ibu mengandung dan saiz perut bayi tidak mempunyai kaitan yang sepenuhnya, anda tidak perlu mengambil serius sangat. Asalkan ultrasound dan doktor mengesahkan bayi di dalam kandungan berada dalam keadaan sihat, itu yang lebih penting.

Akhir kata

Kesimpulannya, saiz perut ibu mengandung dan saiz perut bayi tidak mempunyai perkaitan secara langsung. Jika ada masa, baca dan pelajari proses kelahiran yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Terimalah seadanya asalkan ibu dan bayi selamat sepanjang tempoh kehamilan sehingga bersalin nanti.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×