Famili

Memang ‘Confirm’ Anda Dah Jadi Mak-Mak Kalau Buat 11 Perkara Ini

5.9K
SHARES

“Tak tahulah nak kata kelakar atau pelik. Tapi, bila aku dah ada anak sendiri, aku pun dah terikut dengan perangai pelik Mak-mak! Baru aku faham bagaimana pengalaman menjaga bayi menjadikan kita semua unik.”

Kebanyakan ibu mesti boleh ‘relate’ dengan situasi tersebut.

Berbeza dengan lelaki, kebanyakan wanita akan memasuki alam keibuan lebih awal. Ada lelaki yang masih belum dapat menunjukkan ciri kebapaan walaupun setelah 2-3 bulan menerima cahaya mata. Ini kerana, anda telah ‘bonding’ dengan bayi sejak 9 bulan mengandungkannya di dalam rahim.

Disebabkan naluri ibu yang amat sensitif, ibu juga lebih cenderung melakukan pelbagai cara untuk memastikan anaknya lebih selesa dan memberi respon yang diharapkan. Tentu ada banyak pengalaman menjaga bayi yang lucu, mencabar, dan menggerunkan sepanjang adaptasi bergelar ibu.

purchasefamilymag.com

Memang ‘Confirm’ Anda Dah Jadi Mak-Mak Kalau Buat 10 Perkara Ini

Walau apa pun caranya, kebanyakan wanita akan berkongsi ‘perangai’ yang sama dikenali sebagai sindrom Mak-mak. Ini antara ‘perangai’nya yang mesti kita pernah buat sepanjang pengalaman menjaga bayi dan mengurus rumah.

1. Dalam 5 minit, anda boleh buat 10 perkara

Perkara nombor satu yang kita akan sedari adalah kebolehan untuk ‘multitasking’. Kalau boleh nak buat 2-3 benda sekali jalan. Asalnya mungkin nak buat 1-2 benda saja, tapi akhirnya mesti akan ‘terpandang’ dan ‘teringat’ benda lain.

Contohnya, anda boleh menyusukan bayi sambil mengemas rumah, menyediakan makanan bayi, membuat ‘shopping list’, dan melipat baju.

tips kurus lepas bersalin

Foto Kredit: huffingtonpost.com

2. Asyik tanya anak bila nak buang air besar

Boleh dikatakan, soalan inilah yang kita asyik tanya setiap hari – tak kiralah sama ada anak itu dah boleh bercakap atau belum.

Makin lama tunggu, makin risau dibuatnya, lebih-lebih lagi kalau anak sembelit dan mempunyai najis yang tak normal. Memang akan dibeleknya najis itu sampai puas hati. Tak ada istilah ‘geli’ lagi!

ajar anak ke tandas

Foto Kredit: muncheemoms.com

3. Boleh terjaga bila anak ‘bergerak’

Walaupun suami anda berdengkur tahap kronik, anda cepat terjaga walaupun anak anda hanya menukar posisi, menggeliat, atau bergerak.

Bukan saja anak yang tidur sekatil dengan anda, yang tidur di katil sendiri pun anda masih boleh terjaga. Hebat betul deria ibu ini!

4. Lebih suka tidur daripada ‘bermanja’ dengan suami

Selepas seharian bekerja, menguruskan rumah dan anak-anak, perkara pertama yang anda ingin lakukan adalah tidur.

Walaupun dahulu anda suka meluangkan masa malam untuk ‘dating’ dengan suami, bercerita, tengok wayang, dan sebagainya – kini itu semua tinggal kenangan. Mata terasa berat, susahnya nak cari ‘mood’ nak romantik-romantik lagi.

5. ‘Baby wipes’ digunakan untuk mengelap semua benda

‘Baby wipes’ ini boleh dikatakan penyelamat bagi banyak keadaan. Tak lengkap rasanya kalau ke mana-mana tanpa membawa benda ini.

Tak kiralah untuk lap muntah anak, buang make-up, lap baju yang terkena makanan anak, lap lantai, dashboard kereta. Kadang-kadang siap guna buat lap meja makan sekali. Memang serba guna!

Foto Kredit: rd.com

Foto Kredit: rd.com

6. Anda jarang kunci pintu tandas

Dulu-dulu, hairan juga kenapa Mak kita selalu biarkan tandas terbuka. Tapi sekarang, barulah kita faham kenapa.

Mungkin sebab nak cepat, atau sebab nak dengar bunyi anak yang ditinggalkan di luar tandas rumah, atau tak tahulah kenapa. Tapi, ianya dah menjadi tabiat.

Kalau kita kunci sekalipun, ramai ‘peminat’ yang akan datang mengetuk-ngetuk dan menjerit dari luar.

Foto Kredit: someecards.com

Foto Kredit: someecards.com

7. Berjaya mandi, pakai baju, dan bersiap dalam masa 10 minit

Setelah praktis demi praktis, anda berusaha sepenuhnya untuk memecahkan rekod bersiap paling cepat.

Kalau nak beli baju pun dah pandai pilih yang tak senang renyuk supaya tak perlu gosok. Kena pilih yang berbutang supaya senang menyusu badan. Kebanyakannya berwarna gelap supaya tak mudah kotor.

Tudung pun kalau boleh nak cari yang ‘instant’, terletak, terus sarung. Memang susah nak pakai lilit-lilit. Sekali dukung anak, terus senget semuanya. Atau lebih teruk lagi – terkena muntah!

pengalaman-menjaga-bayi-00

8. Terpaksa tidur di bucu katil

Sekecil-kecil bayi, anak itulah yang ‘makan’ paling banyak ruang pada katil. Selagi ada ruang, selagi itulah mereka akan suka menghimpit.

Habis kita dan suami terperosok di bucu katil. Nasib baik sajalah tak jatuh ke bawah.

Foto Kredit: howtobeadad.com

Foto Kredit: howtobeadad.com

9. Pura-pura tidur

Oh ya, seperkara lagi. Anda tentu akan pura-pura tidur dengan harapan bayi akan tidur sekali.

Tapi, misi ini bukan mudah untuk berjaya. Kalau matanya dah memang ‘celik’, mereka akan buat apa saja untuk pastikan kita berjaga!

pengalaman menjaga bayi

Foto Kredit: bridoz.com

10. Hafal semua karakter kartun kegemaran anak

Cakap sajalah lirik lagu, nama karakter, siaran pukul berapa, jalan ceritanya, semua kita dah hafal. Berbanding mereka, kita pula yang lagi arif.

Kadang-kadang tak perasan pun anak dah tertidur, kita pula yang syok melayan kartun sampai habis dan lupa nak tukar siaran lain.

Foto Kredit: imujer.com

Foto Kredit: imujer.com

11. Sanggup buat apa saja demi anak!

Semakin kita rapat dengan anak, semakin kita rasa tak peduli dengan apa saja yang orang kata.

Anda sanggup menyanyi, buat muka lucu, melompat dengan anak di hadapan orang ramai, menyelamatkan anak patungnya yang terjatuh ke dalam longkang, memasak 3 menu makan malam untuknya, dan macam-macam lagilah.

Sebelum ada anak, memang kita sendiri tak sangka kita akan berkelakuan seperti itu. Betullah macam orang kata, zaman keibuan atau ‘motherhood’ mampu mengubah semuanya tentang diri kita.

Foto Kredit: thesun.co.uk

Foto Kredit: thesun.co.uk

Pengalaman menjaga bayi menjadikan kita lebih menghargai ibu

Semua pengalaman menjaga bayi dan melihatnya membesar membuat kita lebih menghargai pengorbanan seorang ibu.

Ia mengubah persepsi kita terhadap pelbagai perkara. Yang paling penting, ia menjadikan hidup kita lebih bermakna setiap hari.

Kepada ibu-ibu semua, kalau anda dah buat semua perkara ini (atau lebih lagi) satu saja yang ingin saya katakan – anda memang ‘awesome’!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×