Sihat

5 Fakta Tentang ‘Mongolian Spot’, Tanda Kebiruan Pada Belakang Bayi. Normalkah?

2.6K
SHARES

“Tanda gelap ni nampak macam lebam pun ada. Tapi, rasanya tak bahayalah sebab rasanya semua baby ada tanda macam ni kan?”

Ibu dan ayah mesti pernah terlihat tompokan berwarna gelap kebiruan dan kehijauan – terutamanya pada bahagian punggung bayi, bukan? Tompokan ini sebenarnya digelar ‘Mongolian Spot’, iaitu sejenis pigmentasi kulit yang biasa dijumpai pada bayi berbangsa Asia, termasuklah Malaysia.

Berikut adalah beberapa perkara tentang tompokan atau tanda lahir tersebut.

1. Punca Berlakunya ‘Mongolian Spot’

Tompokan ini terdiri daripada kumpulan sel-sel kulit (melanosit) yang mengandung pigmen kulit (melanin). Salah satu kemungkinan ia berlaku pada kulit bayi adalah kerana terhambatnya proses migrasi melanosit ke epidermis (lapisan luar kulit). Proses ini dianggarkan terjadi ketika proses pembentukan embrio di dalam rahim, iaitu sekitar minggu ke 11 dan 14 kehamilan.

Oleh itu, ‘Mongolian Spot’ ini boleh berada pada bayi seawal usia 20 minggu dalam kandungan dan terlihat pada kulit bayi sejak lahir.

Foto Kredit: Vadim Ghirda

2. Ciri-ciri ‘Mongolian Spot’

Menurut portal MyHealth, antara ciri ‘Mongolian Spot’ adalah:

  • Tompokan kebiru-biruan, bersaiz tidak seragam
  • Dijumpai terutama pada bahagian belakang, punggung dan kaki
  • Biasanya akan menjadi semakin pudar dan menghilang apabila kanak-kanak membesar
  • Tidak menyebabkan apa-apa masalah
tanda lahir bayi

Foto Kredit: nytimes.com

3. Bilakah Ia Akan Menghilang?

Biasanya ‘Mongolian Spot’ yang terdapat bayi akan memudar dengan sendirinya pada usia sekitar 2 tahun hingga 5 tahun.

Namun jika tompokan ini tidak hilang ketika mencecah usia remaja, kemungkinan besar ia akan kekal pada kulit dan tidak akan hilang. Biasanya kes seperti ini terjadi pada jenis tompokan yang lebih luas berbanding biasa, atau yang berada pada lokasi yang tidak biasa; contohnya muka.

Foto Kredit: pinterest.com

4. Adakah Ia Merbahaya Atau Memberi Petanda Tertentu Terhadap Kesihatan Bayi?

Pada umumnya, tompokan Mongolia ini adalah tidak merbahaya dan tidak memerlukan sebarang rawatan khusus.

Jika anda berasa was-was, cukuplah dengan memantau ukuran, warna, dan tekstur pada tanda tersebut. Tak ada apa yang perlu dirisaukan jika ia tidak membesar, bertambah, atau berubah teksturnya.

Foto Kredit: healthline.com

5. Perlukah Saya Risau Jika Bayi Ada Tanda Lahir Yang Lain?

Sekiranya bayi anda mempunyai tanda lahir yang berbeza daripada ciri-ciri ‘Mongolian Spot’ (bertekstur kasar / timbul, menonjol, ditumbuhi rambut, terlalu banyak, besar, dan sebagainya), anda boleh mendapatkan diagnosis doktor bagi memastikan tahap kesihatan bayi.

Menurut sumber, gejala daripada kondisi spina bifida occulta (jenis yang kurang serius berbanding spina bifida) juga memperlihatkan tanda pigmentasi pada kulit bayi. Tetapi berbeza dengan ‘Mongolian Spot’, ianya berwarna kemerahan dan melibatkan kelainan tabung saraf bayi yang terdapat di celah tulang belakang bayi.

Foto Kredit: deccanchronicle.com

Jika Ragu-ragu, Tanyakan Doktor Untuk Kepastian

Kalau dah tahu info ini, jangan pula mempercayai mitos-mitos yang tidak ada asal-usulnya. Yang penting, anda tahu bahawa tompokan ini adalah normal dan tidak menyakitkan bayi anda.

Jika anda masih inginkan penjelasan terhadap tanda lahir yang terdapat pada bayi anda, berjumpalah dengan doktor. Pemeriksaan lanjut boleh dibuat sebagai langkah pencegahan awal terhadap sebarang masalah kesihatan bayi.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×