0-6 Bulan

7 Cara & Tips Mengatasi Anak Hiperaktif

282
SHARES
7 Cara & Tips Mengatasi Anak Hiperaktif

Mengatasi Anak Hiperaktif

Apa itu ADHD?

ADHD adalah singkatan kepada Attention Deficit Hyperactivity Disorder atau dalam erti kata lain hyperactive. Selalunya ibu bapa dan guru menggambarkan kanak-kanak yang mudah teransang, lasak atau tidak dengar cakap ini sebagai hyperactive. Boleh dikatakan 1 daripada 25 kanak-kanak menghidap ADHD dan sekurang-kurangnya seorang murid di dalam sebuah kelas dikategorikan sebagai hyperactive. Anak hyperactive akan selalu bergerak dan tidak pernah puas dengan permainan mereka. Kadangkala jika diperhatikan, mereka seakan-akan mencipta permainan sendiri tetapi ia masih tidak mampu menarik perhatian mereka. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik dan mengenalpasti ciri-ciri anak hyperactive. Malah mereka juga perlu mempelajari beberapa tips untuk memahami samada anak mereka jatuh dalam kategori benar “hyperactive” atau biasa sahaja.

 

Teknik menarik minat anak ADHD belajar

Sebagai ibu bapa yang memiliki anak ADHD, kita sepatutnya tidak perlu merasa tertekan atau sedih. Mungkin agak kepenatan menjaga mereka tetapi kita harus bersyukur kerana anak-anak ini adalah anugerah dari yang maha esa. Di sini kami ingin berkongsi  beberapa tips dan cara untuk menarik minat kanak-kanak hyperactive ini untuk belajar.

 

Kanak-kanak normal pun 'enjoy' suasana begini

Kanak-kanak normal pun ‘enjoy’ suasana begini

 

1. Atur suasana ruangan dengan menjaga pengcahayaan yang redup atau mainkan muzik yang tenang ketika anak hyperactive ini perlukan ketenangan.

 

Biarkan mereka 'explore' dunia luar

Biarkan mereka ‘explore’ dunia luar

 

2. Peruntukan waktu setiap hari untuk melakukan aktiviti luar seperti olahraga, berlari, memanjat dan sebagainya. Namun sebelum itu pastikan anda mempunyai tenaga yang cukup untuk melakukan aktiviti ini bersama mereka.

 

Pukul berapa kelas nak habis ni?

Pukul berapa kelas nak habis ni?

 

3.  Cuba ringkaskan subjek matapelajaran agar mereka tidak bosan dengan pembelajaran yang panjang.

 

Penggunaan visual atau gambar lebih efektif dan menyeronokkan

Penggunaan visual atau gambar lebih efektif dan menyeronokkan

 

4. Jadi lebih kreatif dalam menarik minat anak untuk belajar. Contohnya gunakan lebih banyak visual atau gambar yang berwarna-warni untuk menerangkan sesuatu kepada kanak-kanak ini. Pastikan teknik pembelajaran yang diberikan penuh variasi dan berubah-ubah setiap hari.

 

Selain mewarna boleh cuba menyanyi pula

Selain mewarna boleh cuba menyanyi pula

 

5. Fokus pada bidang atau aktiviti yang boleh menimbulkan minat dan kesukaan pada kanak-kanak ini.

 

Berikan 'extra' kasih sayang kepada mereka

Berikan ‘extra’ kasih sayang kepada mereka

 

6. Beri lebih tumpuan dan kasih sayang kerana kanak-kanak hyperactive akan lebih mendengar kata jika selalu dipeluk, bercakap lembut dengan mereka dan juga diberi lebih perhatian.

 

Bukan asingkan terus ya!

Bukan asingkan terus ya!

 

7. Jauhkan anak-anak ini dari tempat yang boleh mengganggu konsentrasi mereka seperti tingkap, gambar, mainan atau kawan yang boleh menarik perhatian mereka.

Selamat mencuba!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×