40 Minggu

Bolehkah Mengandung Selepas Bersalin? Ada Risiko Tak?

79
SHARES
Mengandung Selepas Bersalin

Belum pun lagi hilang penat berpantang dan menyusukan anak sepenuhnya, tiba-tiba anda dikejutkan dengan berita yang anda disahkan mengandung selepas bersalin. Ada yang 3 bulan selepas bersalin dan ada juga yang 6 bulan selepas bersalin.

Mengandung Selepas Bersalin

Adakah okay untuk mengandung lagi selepas baru bersalin? Ada apa-apa risiko atau tidak?

Banyak persoalan dihati ibu-ibu ini, antaranya:

  • “Aku baru lepas bersalin secara pembedahan / caesar / czer / operation. Boleh ke mengandung lagi?”
  • “Kalau bersalin normal, lepas pantang boleh terus hamil ke?”
  • “Eh, aku tak rancang pun, tiba-tiba je melekat!”
  • “Nak jarakkan anak 3 bulan ke 6 bulan ye?”
  • “Apa tanda-tanda mengandung selepas bersalin ye? Seriau pulak, rasa macam belum bersedia”

Kebiasannya untuk seorang ibu yang baru sahaja bersalin, untuk mengandung lagi mungkin merupakan suatu perkara yang tidak diingini dalam waktu yang terdekat. Bukannya menolak rezeki, cuma kadang-kadang rasa macam belum cukup tempoh untuk membesarkan anak yang baru lahir.

Oleh itu, anda perlu tahu cara-cara beberapa perkara sebelum anda mengandung selepas bersalin.

1. Ketahui waktu subur anda selepas baru bersalin

Kebanyakan ibu mengalami pendarahan yang berpanjangan selepas baru bersalin. Pendarahan tersebut akan berkurangan dari semasa ke semasa selama 6 minggu.

Peluang untuk mengandung pada waktu ini adalah sangat tipis, tetapi tidak mustahil. Kebanyakan wanita akan mula datang haid dalam tempoh 8-10 minggu selepas bersalin. Apa yang penting, ketahui dan fahami apa itu waktu subur, dan ambil masa untuk belajar cara kira waktu subur.

2. Peranan penyusuan susu ibu

Menyusukan anak boleh mempengaruhi, atau lebih spesifik melambatkan kedatangan haid. Oleh itu, orang sering beranggapan dengan menyusukan anak sepenuhnya, ibu tidak akan mengandung. Kaedah ini sebenarnya hanya 98% efektif dan ianya hanya untuk ibu-ibu yang menyusukan anak mereka secara eksklusif.

Jika bayi tersebut mula memakan makanan pepejal atau tempoh sela penyusuan menjadi semakin lama, ia semakin menjadi tidak efektif dan peluang untuk mengandung semakin meningkat.

3. Kembali menjalinkan hubungan kelamin selepas bersalin

Mengikut tradisi, 100 hari selepas bersalin adalah jangkamasa di mana isteri disarankan untuk berpantang daripada bersama-sama dengan suami.

Walaupun badan sudah mula sembuh, pastikan mood ibu perlu dititik-beratkan juga. Maklumlah, nak jaga bayi yang baru lahir lagi, nak menyusukan setiap beberapa jam lagi.

4. Waktu yang sesuai untuk mengandung lagi

Menurut pakar, tempoh 18 bulan bagi yang bersalin secara normal dan 2-3 tahun bagi yang bersalin secara pembedahan. Ini dapat memastikan bayi anda mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya dan memberi masa yang cukup untuk badan ibu pulih sepenuhnya.

Tempoh ini juga membenarkan ibu memberikan perhatian yang secukupnya kepada bayi tanpa perlu berasa risau tentang masalah yang sering dikaitkan dengan mengandung.

5. Ketahui risiko mengandung selepas bersalin

Jika anda dan suami bercadang untuk mendapatkan anak dalam tempoh masa yang agak dekat, amatlah penting bagi anda untuk mengetahui risiko-risiko yang berkaitan. Bukan sahaja kepada si ibu, tetapi juga risiko untuk anak yang bakal dikandung.

Mengikut kajian, wanita yang mengandung dalam tempoh 6 bulan selepas bersalin, berisiko tinggi berdepan dengan banyak komplikasi termasuk keguguran. Jika tidak bersedia mengandung selepas bersalin, lebih baik merancang.

6. Jika anda belum bersedia, ambil kontraseptif

Bagi mengelakkan anda dari mengandung selepas bersalin, seeloknya ambillah kontraseptif. Ada yang dengan mengambil suntikan, menampal patch di bawah lengan dan ada juga yang menggunakan IUD.

Adalah lebih baik anda memberikan masa yang secukupnya sebelum mengambil keputusan untuk mengandung lagi.

Akhir kata

Anak itu anugerah Allah. Dengan keadaan ekonomi yang mungkin tidak cukup kukuh, ramai yang takut-takut untuk mengandung lagi kerana risau tidak mampu menanggung anak. Percayalah, ada rezeki untuk anak yang telah dijanjikan Allah.

Yang paling utama, tanggungjawab kita sebagai ibu-bapa perlulah ditunaikan, agar tidak disoal di kemudian hari nanti.

Kredit kepada: http://www.newkidscenter.com/How-Soon-Can-You-Get-Pregnant-After-Giving-Birth.html

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×