Asuh

Jangan Beli Mainan Bayi Sebelum Baca 7 Tips Ini. Baru Sesuai Usia!

466
SHARES
cara pilih mainan bayi mengikut usia

“Hmmm… Bila pergi kedai, rambang mata tengok mainan bayi! Sudahlah comel dan cantik, rasa macam nak borong semua. Tapi, bila bawa balik rumah, bayi tak suka main pun. Aduhai, membazir je….”

Eh, sebelum anda berbelanja besar untuk segala permainan tersebut, pastikan anda tahu apakah jenis permainan yang terbaik seiring dengan usia bayi anda!

Sebenarnya, bagi bayi, bermain bukan sahaja aktiviti yang menghiburkan. Tetapi, ia adalah antara waktu berkualiti yang paling penting untuk perkembangan otaknya.

Pentingkah Memilih Mainan Bayi Mengikut Usia?

Yalah, kadang-kadang dah beli mahal-mahal tapi bayi tak pandai main. Tapi, bayi belum pandai bercakap dan memberitahu kita apa yang mereka mahukan sebagai permainan.

i) Bukan salah bayi, mungkin dia belum faham jika anda membeli mainan yang terlalu sukar untuknya. Bagus jika bayi mahu mencuba, tetapi jika terlalu susah mereka berkemungkinan akan berasa marah dan cepat putus asa.

ii) Kadang-kadang, permainan itu juga terlalu mudah, tidak mencabar mindanya sehingga menjadikan bayi anda cepat berasa bosan dan tidak berminat terhadapnya.

iii) Selain itu, anda juga perlu berhati-hati dalam memilih mainan bayi yang sesuai kerana mereka cenderung menggigit atau menghisapnya. Oleh itu, pastikan ia dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang sesuai dan bebas bahan kimia.

Tips Memilih Mainan Bayi Mengikut Usia

“Mainan adalah pelaburan untuk perkembangan minda anak-anak,” kata Marianne Szymanski, Presiden Toy Tips Inc. menerusi laman web Parents.com.

Oleh kerana perkembangan bayi adalah secara berperingkat, sebab itulah perlunya membeli mainan bayi mengikut usia yang sesuai dengan kemampuannya.

1. Mainan Bayi 0-3 Bulan

Pada usia awal kelahiran bayi, seelok-eloknya mereka didedahkan dengan perkara-perkara yang merangsang stimulasi deria. Oleh itu, mainan yang paling sesuai adalah mainan yang mempunyai warna terang serta turut memiliki pelbagai tekstur dan bunyi.

Contoh: Patung lembut yang bergantung pada katil, ‘rattle’ yang boleh dipakai pada kaki atau tangan. Selain itu, anda juga boleh memainkan muzik melalui sebarang permainan muzikal.

memilih mainan bayi mengikut usia

Foto Kredit: aliexpress.com

2. Mainan Bayi 3-6 Bulan

Berbeza sedikit daripada bayi yang baru lahir, bayi pada usia ini mula pandai memiliki kemahiran memegang dan menarik objek.

Jadi, apa-apa permainan yang selamat dipegang, boleh ditarik, dan diputar, berbeza tekstur, dan mengeluarkan bunyi-bunyian tentulah menarik minat mereka. Seperkara lagi, bayi mula berasa cenderung terhadap anak patung tertentu.

Contoh: Itik getah yang berbunyi,  soft toys, baby gym, rattle jenis ringan, dan kebanyakan mainan fabrik amat sesuai untuk usia ini.

3. Mainan Bayi 6-12 Bulan

Bayi sebenarnya sudah boleh diperkenalkan dengan buku seawal kelahirannya lagi. Namun, pada usia ini mungkin bayi akan lebih berminat terhadap ‘soft book’.

Ini kerana mereka lebih bijak dan mula belajar memegang objek dengan cara yang lebih tepat, terutamanya apabila mereka sudah pandai duduk sendiri. Selain buku, anda juga boleh memberi barangan lain di rumah yang selamat untuk dipegang seperti sudu plastik, senduk kayu, dan mangkuk keluli.

Kebanyakan bayi mula tumbuh gigi pada usia ini. Jadi, pastikan mainan tersebut selamat untuk digigit dan lebih baik lagi jika ia direka khas untuk melegakan gusi mereka.

Contoh: ‘Activity playmat’, ‘teething ring’, blok mainan jenis besar dan lembut, serta mainan fabrik seperti bola berloceng.

4. Mainan Bayi 9-18 Bulan

Kebanyakan bayi pada usia ini sudah pantas bergerak, tidak kiralah sama ada mengengsot, merangkak, atau bertatih. Oleh yang demikian, mereka lebih tertarik kepada sesuatu yang bersifat interaktif.

Pada usia ini juga, bayi sudah mula memahami konsep penyelesaian masalah dan mereka punyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi.

Contoh: Telefon mainan, blok mainan kayu, shape sorter, dan buku kulit keras jenis interaktif (boleh ditarik, pelbagai tekstur).

memilih mainan bayi sesuai usia

Foto Kredit: pregnancysquare.com

6. Mainan Bayi 18-24 Bulan

Usia ini, bayi sudah menjadi lebih berdikari dan ingin meneroka alam di sekitar mereka seluas-luasnya! Lebih-lebih lagi bagi yang sudah mahir berjalan dan berlari, hampir semua benda mahu disentuhnya.

Dalam memilih mainan bayi yang sesuai, anda perlu memberi sedikit kelonggaran untuknya melakukan aktiviti sendiri.

Contoh: ‘Play house’ atau khemah mainan, ‘tea party’, ‘puzzle’ mudah, set kereta api, alat tulis yang selamat.

7. Mainan Bayi 24-30 Bulan

Apabila anak kecil sudah pandai bercakap, mereka akan mula mempelajari lebih banyak perkara dan imej yang sentiasa dilihat berulangkali. Oleh itu, kini mereka mampu mengkategorikan objek mengikut saiz, warna, atau bentuk.

Memori mereka juga sedang terbentuk dengan aktif. Maka, tidak hairanlah sesetengah anak kecil di usia ini sudah bijak mengenal huruf dan nombor!

Seperkara lagi, anak kecil pada usia ini sangat bertenaga dan tidak mengenal erti penat! Seeloknya, pilih mainan yang dapat ‘menyedut’ dan menghabiskan tenaga mereka secara fizikal dan mental.

Contoh: Blok mainan yang boleh diketap (seperti Lego), set alat muzik, alat tulis, bola, mainan tunggangan setempat seperti kuda, dan alat tolak seperti wagon.

memilih mainan bayi mengikut usia

Anak kecil memang teruja menunggang pada usia begini! / Foto Kredit: newmytoys.tk

8. 30-36 Bulan

Pada usia begini, anak kecil sudah mula menggemari sesuatu karakter dan cuba mengulangi aksi perbuatan mahupun percakapan mereka. Mereka juga lebih bijak berimaginasi dan melakonkan watak yang dilihat dalam buku atau televisyen.

Disebabkan itu, mereka mula minat untuk ‘pretend play’ iaitu permainan lakonan seperti main ‘masak-masak’, ‘cikgu-cikgu’, jadi superhero, dan seumpamanya.

Contoh mainan: Set alat memasak mainan, topeng superhero, set pakaian atau alat dandanan (topi, cincin, mahkota) dan set ‘toolbox’. Mainan tunggangan seperti basikal roda tiga dan motosikal elektrik juga amat popular untuknya di usia ini.

memilih mainan bayi

Foto Kredit: classspace.co.uk

Buat Pilihan Bijak, Ambil Bahagian

Walaupun telah membeli mainan, tidak bermakna anda boleh membiarkan mereka begitu sahaja. Sekurang-kurangnya, pantau mereka dan kekalkan interaksi dua hala.

Tips ini bukan sekadar membantu anda berbelanja dengan bijak, paling penting, anda dapat memaksimakan kemampuan fizikal dan mental bayi anda. Jadi, kenapa bayar lebih?

cara pilih mainan bayi mengikut usia

Foto Kredit: jpgmag.com

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×