Advertorial

8 Sebab Kenapa Perlu Melancong ke Taiwan bagi Keluarga Muslim

39
SHARES
Melancong ke Taiwan

Percutian Muslim cukup sinonim dengan Timur Tengah. Di sana ialah tempat bermulanya peradaban manusia. Biasanya, kalau pergi Umrah, akan singgah ke beberapa negara Muslim yang lain. Ada pula yang bercuti ke Eropah, dan masih lagi menitikberatkan agama. Kesukaran tempat solat dan makanan halal adalah satu cabaran yang biasa berlaku.

Dua destinasi ini ialah tempat yang biasa kita dengar. Bila ada yang kata, “Taiwan juga menawarkan percutian Muslim-Friendly”, ramai yang ternganga. “Benarkah?”, kata mereka. Dalam minda kita, Taiwan ialah sebuah negara yang penduduknya mengamalkan agama Buddha. Jarang mengetahui Taiwan sebenarnya mempunyai gunung-ganang dan hutan hijau yang luas.

Menurut David Tsao, Pengarah Taiwan Tourism Bereau Kuala Lumpur (TTBKL), sebanyak 439,240 rakyat Malaysia melancong ke Taiwan pada tahun 2014, sekaligus melihatkan ramai pelancong Islam dari Malaysia memilih Taiwan sebagai destinasi pilihan.

Taiwan menjadi destinasi pelancongan untuk yang sudah bekeluarga. Ada sesuatu yang special yang perlu anda tahu mengapa Taiwan menjadi pilihan.

8 Sebab Kenapa Perlu Melancong ke Taiwan.

1. Rakyat Yang Mesra

Apabila melancong, perkara yang kebiasaan terjadi pada pelancong adalah sesat. Apabila berada di Taiwan, yang indah boleh dilihat di Taiwan adalah rakyatnya yang sangat peramah membantu.

Jangan risau sekiranya anda sekeluarga sesat kerana kedatangan anda di negara Taiwan sangat dialukan oleh rakyat disana. Mereka sangat berbesar hati menerima pelancong, sehinggakan anda merasa seperti berada di negara sendiri.

Apabila ada pelancong yang sesat, pasti mereka akan menolong!

2. Mesra Keluarga

Bagi yang melancong bersama bayi atau anak kecil, jangan risau untuk membawa stroller. Kerana di Taiwan, mereka mempunyai kemudahan laluan khas untuk ibu bapa yang membawa stroller tidak kira di tempat shopping atau tempat tarikan yang lain.

Jadi tak perlu susah-susah lipat dan angkat stroller untuk turun dan naik tangga.

3. Muslim Friendly Environment

Perkara yang menjadi kebimbangan Muslim adalah tempat untuk menunaikan solat dan juga makanan halal yang sukar untuk dicari apabila melancong.

Jangan risau, di Taiwan tidak sukar untuk mencari makanan halal. Terdapat restoran halal yang mempunyai sijil halal Taiwan dan boleh dikatakan ramai juga rakyat Muslim Taiwan.

Untuk menunaikan solat, Taiwan memang mempunyai tempat untuk solat!

4. Mudah Mencari Pengangkutan

Mengenai pengangkutan di Taiwan, tidak perlu risau. Memang diakui, sistem pengangkutan di Taiwan agak baik terutama MRT. Jalan raya pula tidak sesibuk seperti Malaysia.

Begitu juga dengan shuttle bus. Memang mudah hendak ke mana-mana di Taiwan dengan kemudahan berjadual shuttle bus!

5. Syurga Untuk Kaki Shopping

Di Taiwan boleh dikatakan syurga untuk membeli-belah barangan make up, pakaian dan juga kasut. Bulan yang paling banyak sale dilakukan adalah awal bulan Oktober. Memang betul-betul Year End Sale! Tidak kira International brand di shopping complex atau local brand di pasar malam!

Memang disarankan untuk kaki shopping datang shopping di sini!

Untuk memudahkan anda shopping, seorang selebriti Taiwan yang kini menetap di Malaysia, Mandy Chen berkongsi satu perkataan yang wajib anda tahu untuk memudahkan sesi tawar menawar semasa shopping. Ka Sio Eh! dengan sebutan – ka syok eh.

6. Selamat Berjalan Waktu Malam

Negara Taiwan mempunyai sistem CCTV yang tinggi di tempat awam. Jadi untuk keluarga yang suka berjalan malam, tidak perlu risau dengan keselamatan.

Malah boleh dilihat kedai buku yang dibuka 24 jam di Taiwan. Tidak menjadi masalah untuk berjalan malam disana.

7. Lantern Festival, Festival Terbesar di Dunia

Lantern Festival yang disambut di Taiwan merupakan salah satu festival terbesar di dunia. Rugi jika tidak merasai pengalaman ini.

8. Budaya Berbasikal, Gaya Hidup Sihat

Di Taiwan, mereka terkenal dengan gaya hidup sihat dengan berbasikal atau lebih dikenali dengan “Lifestyle of Health and Sustainability” (LOHAS).

Tak perlu risau untuk berbasikal di Taiwan kerana mempunyai laluan berbasikal termasuk di lebuhraya. Disini pelancong boleh menikmati pemandangan semula jadi bersama yang tersayang!

 

Akhir kata

Untuk anda yang ingin mencari maklumat mengenai Taiwan, jangan lupa ke Discover Taiwan – The Taiwan Travel Fair yang akan diadakan pada 25 sehingga 29 Mac 2015 di One Utama Shopping Centre.!

Untuk maklumat lanjut boleh ke laman web www.facebook.com/tbrockl

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×