Advertorial

5 Sebab Maggi Royale Korean Spicy Beef Ialah Mi Segera Paling Pedas Tahun Ini

Maggi Royale Korean Spicy Beef 2

Maggi Royale Korean Spicy Beef, Mi Segera Paling Pedas?

Oh, benarkah? Antara pendapat yang saya pernah dengar, “Hidup sebagai seorang Melayu yang makan nasi berulamkan cili, mana mungkin mi segera ini dikatakan paling pedas!”.

Oh, tampak begitu yakin sekali kenyataannya. Usah terlalu sombong, belum cuba belum tahu!.

Rata-rata, masih ramai yang belum tahu tahap kepedasan Maggi Royale Korean Spicy Beef yang terbaru ini. Mari saya ceritakan pengalaman sendiri.

Maggi Royale Korean Spicy Beef di pasaran 2

1 bungkus mengandungi 4 paket dengan harga RM7.95 di Aeon Big

Ini 5 Sebab Maggi Royale Korean Spicy Beef Ialah Mi Segera Paling Pedas Tahun Ini

1. Rasa Terbakar

Dalam Bahasa Inggeris, kita panggil ‘Burning Sensation’. Mula-mula, aromanya yang naik dahulu, terus menusuk ke  hidung. Tatkala hirupan kuah buat kali pertama, lidah bagaikan rasa terbakar. Menggelupur sementara, namun masih gagah menghirup kuah yang masih berbaki di dalam sudu.

Langit-langit rasa terbakar. Lidah juga rasa terbakar. Memang terasa kepedasannya!

 

2. Asyik Mahu Air

Begitu pedas hingga mulut asyik minta disuakan air. Habis air segelas, masih lagi belum hilang kepedasannya. Gelas demi gelas, habis sebotol air mineral 1.5 liter yang saya beli di kedai runcit sebentar tadi.

Pesan orang tua-tua, jika terasa pedas, jangan minum air sejuk. Ini kerana air sejuk tidak dapat menghilangkan rasa pedas. Cuba minum air suam!.

 

3. Mula Berpeluh

Awalnya, cuma dahi sahaja yang berpeluh. Kemudian, muka beransur merah dan pipi mula dibasahi keringat. Mujur tiada setitis peluh yang dapat peluang masuk ke dalam mangkuk Maggi saya untuk jadi perisa tambahan!.

Bagi yang ingin mencuba, sila sediakan tisu banyak-banyak!

 

4. Mengalir Air Mata

Bila terasa asyik mahu air untuk hilangkan pedas, dan muka sudah mula berpeluh, air mata keluar tanpa diundang. Ini bukan main-main. Bukan keluar atas sebab sedih, tetapi lahir dari rasa ‘lazat’ menahan kepedasan. Maaf, bila air mata mengalir, hidung juga mula mengeluarkan cecair!

 

5. Tidak Serik

Maaf, ini bukan tidak serik atau ketagihan dalam erti kata yang negatif. Ia cuma satu rasa ‘ingin lagi’ untuk menjamah Maggi Royale.

Walaupun tahu Maggi Royale ini pedas, saya masih lagi gagah mahu menghirup kuah sampai habis. Mengunyah hirisan daging yang ditambah dalam Maggi ini, sambil menghirup kuah, saya jadi lupa dengan keadaan sekeliling.

Rasa kepedasan yang cukup nikmat. Kalau ikutkan nafsu, rasa mahu satu paket lagi!

Maggi Royale Korean Spicy Beef 2

Korean Spicy Beef.. Gerenti Pedas!

Murah

Jika mahu dibandingkan dengan jenama mi segera Korea lain di pasaran, harga Maggi Royale Korean Spicy Beef ini adalah lebih murah. Dengan hanya RM2 satu paket (RM7.95 sebungkus, ada 4 paket), harga Maggi Royale Spicy Beef ini cukup berpatutan. Boleh jimat RM1 untuk sebungkus berbanding mi segera keluaran lain!

Resipi

Jika tidak punya masa, boleh masak begitu sahaja. Sebaliknya, jika ingin rasa kelazatan dan keenakan sebenar, saya cadangkan agar anda masukkan hirisan daging batang pinang berserta serbuk lada hitam. Pasti terangkat!

Boleh dapatkan resipi ini di MyResipi.com yang bertajuk Mee Korea dengan Daging Panggang.

Apa tunggu lagi? Mari dapatkan Maggi Royale Korean Spicy Beef dan rasai pengalaman ini sendiri!

Saya pasti anda akan berkata, “Betullah kata Norfa, Maggi Royale Korean Spicy beef ini memang sangat pedas!”.

Maggi Royale Korean Spicy Beef di pasaran 3

Pusingan ke-2 : Sekali makan terasa nak lagi!

Nota: Entri ini ialah ‘Sponsored Post’ dari Maggi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×