Asuh

5 Sebab Ayah Kena Libatkan Diri Dalam Hal Anak Di Sekolah. Jangan Harap Isteri Saja

998
SHARES

Tidak dinafikan bahawa penglibatan kedua-dua ibu bapa dalam urusan di sekolah anak memainkan peranan penting. Namun trend memperlihatkan ibu-ibu lebih banyak mengambil alih hampir kesemua urusan anak di sekolah disebabkan kesibukan si ayah dengan kerja di pejabat.

Contohnya:

  • Hantar / ambil anak dari sekolah.
  • Mengenal dan mengambil tahu tentang guru kelas dan rakan-rakan baik anak.
  • Mengetahui jadual kelas / aktiviti kokurikulum anak.
  • Menghadiri mesyuarat ibu bapa di sekolah.
  • Menyertai aktiviti gotong-royong / kesukarelawanan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
  • Pergi menyokong anak dalam pertandingan sukan, bakat, atau sebarang persembahan yang disertai.

Cuba tanya diri sendiri, adakah anda kerap melibatkan diri dengan perkara di atas sebagai ayah?

Kita mungkin nampak semua perkara remeh ini sebagai tugas yang wajar dilakukan oleh Mak-mak sahaja. Tapi ia sebenarnya memberi impak yang besar kepada anak.

5 Sebab Ayah Mesti Lebih Kerap Libatkan Diri Dalam Hal Anak Di Sekolah

Ini sebabnya golongan bapa perlu memainkan peranan lebih aktif terhadap urusan anak-anak di sekolah.

1. Peningkatan Prestasi Akademik

Menurut laman web The Fatherhood Institute, banyak kajian telah mendapati bahawa prestasi akademik anak di sekolah – terutamanya dalam aspek membaca dan mengira, berkadar langsung dengan penglibatan bapa mereka.

Malah dalam pemerhatian yang dijalankan pada tahun 2004, ia turut menunjukkan kesan jangka masa panjang terhadap pencapaian anak yang mula melangkah ke alam remaja. Tidak kiralah anak lelaki mahupun perempuan, dan sama ada ibu mereka terlibat secara aktif, keputusan ini dapat dibuktikan meliputi semua kelas sosial.

Foto Kredit : newhdwallpaper.in

2. Kurang Masalah Disiplin Di Sekolah

Selain peningkatan prestasi dalam bidang akademik, sebenarnya kecenderungan bapa terhadap pendidikan anak dan hal mereka di sekolah juga mampu membendung masalah disiplin dengan efektif.

Kajian demi kajian telah membuktikan bahawa bapa yang selalu mendisiplinkan anak di rumah, mengajar mereka, menemani aktiviti mereka di luar, dan sebagainya dapat dikaitkan dengan kurangnya masalah berhubung kelakuan anak, jenayah, dan penyalahgunaan dadah.

Dengan keadaan salahlaku sosial yang ‘mengerikan’ pada zaman sekarang, diharapkan para bapa dapat bertindak dengan proaktif demi menyelamatkan masa depan anak-anak kita!

expertbeacon.com

3. Anak Menjadi Lebih Konfiden

Tahukah anda, secara psikologinya pula pakar telah menemui bahawa anak-anak yang dipantau secara aktif oleh bapa mereka turut mempunyai kelebihan yang unik. Selain keyakinan diri yang tinggi, mereka ini mampu mengawal emosi dengan baik, serta memiliki azam yang kuat untuk berjaya.

Bukan untuk anak yang bersekolah saja, bagi anak kecil juga, variasi pada suara, riak wajah, serta cara berkomunikasi ibu dan ayah akan mempelbagaikan lagi kebolehan si anak untuk memahami tentang kawalan emosi dan tingkah laku dalam persediaan melangkah ke alam kehidupan yang kian mencabar.

10 Cara Mengatasi Anak Takut ke Sekolah, Masuk Darjah 1!

Foto Kredit: skta

4. Terdorong Mengejar Cita-cita

Kecenderungan bapa memainkan peranan penting, terutamanya pada usia anak 11 tahun (Hango, 2007)Pengaruh bapa dikatakan memberi kesan yang mendalam terhadap personaliti yang baik dan kejayaan dalam meraih pekerjaan yang kompetitif.

Hujah ini dikuatkan lagi dengansebuah kajian (Blanden, 2006) di mana beliau mendapati kurangnya minat seorang bapa terhadap pendidikan anak akan menurunkan kebarangkalian buat si anak untuk membebaskan keluarga daripada kemiskinan sebanyak 25%.

blog.neura.edu.au

5. Peluang Mengeratkan Hubungan

Apabila anak seharian diuruskan oleh ibu, sudah tentu sedikit masa berkualiti yang diluangkan oleh si ayah dapat memberi kesan positif kepada hubungan anda berdua.

Jadi, janganlah melihat penglibatan anda sebagai satu pengorbanan semata-mata, sebaliknya sebuah peluang keemasan untuk lebih mendekati anak. Lagipun, anak anda bukan selamanya kecil!

Foto Kredit: koreabizwire.com

Pentingnya Peranan Ayah Dalam Pendidikan Anak!

Walaupun biasanya seorang ibu memiliki masa yang lebih fleksibel untuk melibatkan diri dengan 1001 urusan anak, namun penglibatan ayah tidak seharusnya dipandang ringan. Bahkan, secara umumnya penglibatan seorang ayah akan memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan mental serta fizikal anak-anak sejak usia mereka kecil lagi.

Jadi, rajin-rajinlah tanyakan anak tentang hal mereka di sekolah selepas ini ya. Lebih bagus lagi kalau dapat mengikuti aktiviti di sekolah mereka. Jangan harapkan isteri saja. Dalam sekelip mata, mereka akan membesar dan mungkin peluang sebegini tidak akan datang lagi.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×