Famili

3 Kali Bersalin Caesar Dalam 4 Tahun, Ini Kesannya Pada Saya Sekarang

9K
SHARES

Rata-rata kita difahamkan bahawa jarak terbaik untuk merancang jarak kehamilan adalah 2 tahun. Sebenarnya ada sebab mengapa tempoh tersebut dikatakan ideal dari segi kesihatan.

Namun, apakah yang boleh berlaku jika kita tidak merancang jarak kehamilan mengikut tempoh yang disyorkan? Mari ikuti pengalaman yang dilalui oleh Mommy Syams yang sudi berkongsi kisah beliau dengan kami.

Purata Jarak Kehamilan Setahun Seorang

Saya nak kongsikan sikit hal bersalin secara pembedahan Caesarean bagi 3 orang anak saya. Pengalaman ini mungkin boleh dijadikan sebagai pengajaran atau sekadar bacaan bagi anda semua.

Buat pengetahuan semua, ketiga-tiga anak saya dilahirkan secara pembedahan. Tarikh dan sebab pembedahan perlu dijalankan adalah seperti berikut.

  • Anak Pertama – Songsang (Breech), Lahir 30.11.2007
  • Anak Kedua – Poor progress, Lahir 13.08.2009
  • Anak Ketiga – Scheduled operation, Lahir 30.11.2010

Secara purata, jarak kehamilan anak saya adalah setahun seorang seperti yang saya rancangkan. Ia kerana saya ingin mereka membesar bersama. Memang ini tidak mengikut nasihat Doktor, tapi saya telah refer pada swasta untuk medical check-up (Annur) dan bersalin di Hospital Kerajaan (Putrajaya/Serdang).

3 Kali Bersalin Caesar Dalam 4 Tahun, Ini Kesannya Pada Saya Sekarang

Kini anak saya yang bongsu sudahpun berumur 7 tahun dan mula bersekolah pada tahun ini. Tetapi, saya masih dapat merasakan kesan daripada jarak kehamilan yang rapat tersebut hinggalah sekarang.

Antara yang saya lalui selepas melalui ketiga-tiga pembedahan dan membesarkan mereka ialah :

1. Sakit Belakang

Akibat sakit belakang, saya tidak boleh duduk lama atau berdiri lama.

Doktor kata tak mungkin kesan dari GA cucuk di tulang belakang tu, tapi secara peribadi saya rasa ada kesan juga dari bius tersebut.

2. Buasir / Hemorrhoid

Saya yang asalnya buasir mengandung telah mengalami buasir yang berterusan. Baru-baru ini, saya telah menjalani pembedahan buang buasir yang saya hidapi sejak mengandung anak kedua.

Ia mungkin akibat tak mampu menahan berat badan yang berterusan kerana jarak kehamilan terlalu rapat. Selain itu, barangkali ia terjadi daripada bebanan mengangkat anak juga.

3. Kaki Sejuk Dan Cepat Penat

Saya sering mengalami kaki yang sejuk dan cepat penat. Ini semua memang bergantung kepada stamina masing-masing. Tapi sejujurnya, apabila jarak anak terlalu rapat, tak banyak yang kita dapat lakukan untuk layan badan sendiri.

Seperti dapat anak kembar juga, kerana dilanda kesibukan dan keletihan. Apabila seorang masih berumur beberapa bulan, kita sudahpun mengandung lagi.

4. Masa Tidur Terjejas

Saya mengalami kekurangan tidur dan tidak lena tidur selama 6 tahun.

Sejak mengandung pertama lagi saya tak dapat lena sebab kurang selesa. Sebaik saja lahirnya anak, memang susah lena sebab menjaga anak dan ini jugalah terjadi hinggalah anak bongsu saya berumur 5-6 tahun.

Walaubagaimanapun, sekarang progress tidur semakin baik. Alhamdulillah.

jarak kehamilan

Jarak Kehamilan Ideal

Bila sebut tentang isu merancang kehamilan, tentulah setiap orang ada pendapat mereka sendiri. Ada yang lebih suka jarak kehamilan mereka rapat-rapat, dan ada yang sebaliknya. Kedua-dua pilihan ini mempunyai kelebihan dan kekurangan tertentu. Walaupun kadangkala kita generasi muda ada perancangan masing-masing, kita perlu mengetahui risikonya.

Selain menjamin kesihatan optimum bagi wanita, ia juga bertujuan meminimumkan risiko dan komplikasi semasa proses bersalin. Atas sebab-sebab tersebut, World Health Organization (WHO) juga menyarankan tempoh jarak kehamilan paling baik adalah selama 2 tahun.

Yang Penting, Jangan Stres

Sejak melahirkan anak pertama, saya ada pembantu rumah selama 6 tahun seterusnya, dan saya tidak bekerja. Apapun, pembantu rumah cuma membantu dengan arahan dan kepenatan tetap terasa pada kita ibunya. Yang penting, ibu semua jangan stres. Kesan selepas bersalin itu semestinya ada, sebab itu doktor menasihatkan kita menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya 2 tahun.

Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit pencerahan kepada ibu-ibu yang sedang berkira-kira untuk merancang kehamilan seterusnya. Apapun, kita sebagai manusia hanya mampu merancang. Setiap yang berlaku itu tentu ada hikmahnya dan kita perlu bersyukur dengan kurniaan Tuhan sekiranya telah ditakdirkan dengan kehamilan dalam jarak terdekat.

 

*Perkongsian asal oleh Mommy Syams melalui Group Facebook Kelab Ibu Mengandung Malaysia ini diterbitkan semula dengan kebenaran beliau.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×