Inspirasi

5 Sebab Anda Tak Perlu Rasa Bersalah Jadi Ibu Bekerja

325
SHARES

Selepas 3 bulan berpantang dengan bayi di rumah, bukan mudah untuk ibu kembali memulakan kerja di pejabat. Rasa rindu, risau, terutamanya rasa bersalah pasti akan hadir dalam diri.

Perasaan ini bukannya hanya dirasai pada awal tempoh berpantang saja, tapi ia selalu datang tak kira masa. Kita rasa bersalah bila kena outstation dan tinggalkan anak bersama suami, pembantu, atau ibu ayah. Kita rasa bersalah bila kita terlepas peluang melihat langkah pertama mereka. Kita rasa bersalah bila kita terlepas untuk hadir ke sekolah anak pada hari-hari penting kerana ada urusan kecemasan di pejabat.

Walaupun anda akan berasa sedih dan kecewa bila mengenangkan semua perkara ini, cubalah berlapang dada dan jangan terlalu menyalahkan diri sendiri.

5 Sebab Anda Tak Perlu Rasa Bersalah Jadi Ibu Bekerja

1. Anda Adalah Inspirasi, Terutamanya Anak Perempuan

Walaupun anda rasa tidak lengkap, tidak sempurna, dan kadangkala begitu teruk, tapi sebenarnya anak-anak anda memandang tinggi kepada anda. Secara tidak langsung, ibu telah mengajarkan erti tanggung jawab dan menunjukkan contoh berdikari yang terbaik kepada pada anak.

Malah, seorang ibu bekerja akan memberi confidence booster untuk anak-anak, terutamanya anak perempuan agar mereka tidak takut mengejar cita-cita mereka walaupun menghadapi kesukaran pada masa tertentu – seperti yang dilaporkan menerusi temuramah dan survey yang dijalankan kepada anak-anak perempuan oleh Pamela F. Lenehan.

wanita bekerja

Foto Kredit: bladna.nl

2. Anak Lelaki Pula Belajar Menjadi Lebih Simpati Dan Bertanggungjawab

Bagi anak lelaki pula, sebuah penemuan telah menunjukkan bahawa anak lelaki yang dibesarkan oleh wanita bekerja lebih cenderung untuk melibatkan diri dengan kerja-kerja rumah.

Bukan setakat itu saja, anak lelaki ini juga berkemungkinan besar untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga kerana sifat empati yang telah dipelajari melalui pengalaman dengan ibu masing-masing.

Foto Kredit: properti.liputan6.com

3. Melahirkan Mentaliti Anak Yang Berdaya Saing

Dalam sebuah kajian Harvard Business School mendapati bahawa keluarga yang memiliki ibu bekerja mempunyai pendapatan yang tinggi apabila mereka meningkat dewasa.

Hal ini menunjukkan bahawa anak-anak ini lebih berdikari dan berdaya saing untuk menceburi bidang pekerjaan pada masa akan datang kerana dapat melihat contoh terdekat daripada ibu mereka sendiri.

sifat anak kedua

Foto Kredit: pgl.co.uk

4. Anda Yang Lebih Memahami Keadaan Keluarga Anda

Walau apa pun kata orang sekeliling, percayalah bahawa anda berhak menetapkan apa yang anda rasa terbaik buat keluarga dan diri anda. Hakikatnya, setiap keluarga diberikan ujian serta cabaran yang berbeza, dan kita tak akan pernah berasa cukup selagi kita cuba membandingkan diri dengan ibu-ibu lain.

Walau apa pun pilihan anda, tiada satu jalan pun yang akan menjadikan hidup kita bebas masalah. Maka, cuba lihat kembali cara untuk mengatasinya secara logik dan bukannya dengan memendam perasaan atau menyalahkan diri setiap masa. Selagi kita berasa stres dan bersedih, selagi itulah kita tak akan dapat menikmati masa-masa berharga bersama anak dan keluarga.

tanda stres

Foto Kredit: urbo.com

5. Anda Menyumbang Kepada Ekonomi Keluarga & Negara

Sama ada anda bekerja secara sepenuh masa atau part-time, pendapatan tambahan yang diperolehi ini sedikit sebanyak mampu menyumbang kepada ekonomi keluarga mahupun negara.

Malah, dalam kes-kes tertentu, perkhidmatan anda dapat mengisi permintaan yang amat diperlukan seperti dalam bidang perbidanan dan kesihatan wanita.

Foto Kredit: aboutislam.net

Anda Telah Berusaha Menjadi Ibu Yang Terbaik!

Tidak dinafikan bahawa didikan anak bermula di rumah. Namun, anda masih boleh meluangkan masa berkualiti bersama anak walaupun anda seorang ibu bekerja.

Dengan kerjasama yang tidak berbelah bagi daripada pasangan dan alternatif yang tersedia, anda tak perlu risau kerana sebenarnya anak anda bukanlah lebih menyukai ibu bekerja mahupun ibu bekerja – tetapi mereka cuma mahukan seorang ibu yang bahagia. Bila ibu bahagia, barulah anak-anak akan berasa gembira dan ceria!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×