2-4 Tahun

Jangan Pandang Remeh, Kenalpasti Asma Anak Di Peringkat Awal Sebelum Terlambat!

96
SHARES

“Ibu, adik sakit dada lah nak bernafas pun rasa tak puas”

Pernah tak anak-anak merungut macam ni? Kalau pernah, jangan pandang remeh kerana anak anda mungkin mempunyai tanda-tanda awal mengalami asma. Untuk pengetahuan anda, asma adalah isu kesihatan yang serius dan lebih 70 juta penduduk di Asia mengalaminya (2015). Selain itu , di akhbar Harian Metro, Pakar Perunding Kanan Dada dan Pengarah Institut Perubatan Respiratori (IPR) Kuala Lumpur, Datuk Dr Abdul Razak Abdul Muttalif berkata, senario di Malaysia menunjukkan lima peratus golongan dewasa menghidap lelah manakala kanak-kanak mencatat 10 peratus.

http://asthmacure.co.in/

Memang tidak boleh dipandang ringan hal ini. Oleh itu, jom kita baca apa yang dimaksudkan dengan asma dan semoga isu kesihatan ini boleh dicegah dan dikawal di peringkat awal ya!

APA ITU ASMA?

http://medic.bz/

Asma adalah sejenis penyakit jangka panjang atau kronik pada saluran pernafasan di mana berlaku penyempitan di saluran pernafasan dan  meyebabkan sesak atau kesulit bernafas. Selain susah untuk bernafas, penderita asma juga selalu mengalami gejala lain seperti sakit dada dan batuk-batuk.

ASMA DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

Kondisi asma dalam kalangan anak-anak akan berbeza simptomnya dari setiap kanak-kanak. Ada kanak-kanak yang sangat sensitif kondisi asmanya, ada yang tidak sensitif. Antara tanda-tanda kebiasaan bagi kanak-kanak yang mengalami asma adalah :

http://www.newkidscenter.com/

  • mudah batuk terutama sekali ketika bermain, di waktu malam atau ketika ketawa dan menangis
  • batuk yang kronik berlaku dalam satu-satu masa
  • mudah berasa letih ketika bermain
  • sampai satu ketika, mereka akan bernafas dengan cepat
  • anak-anak akan mengadu sakit dada, dada berasa sempit
  • apabila bernafas, akan ada bunyi seperti ‘bersiul’

http://www.essentialkids.com.au/

Pakar perubatan juga menasihatkan bahawa tanda-tanda ini boleh dipastikan bahawa ia benar-benar asma apabila anak-anak mencecah umur 5.

PUNCA KEPADA ASMA

Antara faktor yang menyebabkan asma adalah :

http://www.metroparent.com/

1. Alergik dengan habuk. Kerapkali berpunca dari ‘nasal allergic’ atau ekzema (penyakit kulit)

2. Penyakit keturunan dimana terdapat ahli keluarga yang mengalami penyakit yang sama.

3. Banyak terdedah dengan asap rokok selepas dilahirkan

4. Anak dilahirkan tidak cukup bulan atau mempunyai berat yang rendah

RAWATAN YANG BOLEH DIBERIKAN

http://www.express.co.uk/

1. Melalui laporan perubatan

Doktor akan mula menganalisa laporan perubatan anak-anak. Ini untuk memastikan jika anak-anak pernah mempunyai pengalaman yang sama seperti sakit dada, sesak nafas atau pengalaman ahli keluarga mempunyai penyakit yang sama.

2. Melalui pemeriksaan kesihatan

http://www.asthmacondition.com/

Kanak-kanak akan melalui proses pemeriksaan x-tray dan bagi kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke atas, mereka akan menjalani prosedur pemeriksaan ‘simple’ paru-paru yang dipanggil ‘spirometry’. Ujian ini akan menentukan kadar udara di dalam paru-paru mereka dan ini membantu doktor untuk menentukan tahap kronik asma tersebut.

3. Ubat-ubatan dan inhaler

www.allergypartners.com

Ubat-ubatan yang berkaitan dengan asma adalah selamat untuk dimakan jika mengikut nasihat doktor yang ditetapkan. Selain itu, penggunaan inhaler juga akan membantu anak-anak jika mereka mengalami kesukaran bernafas secara tiba-tiba.

MAKANAN YANG BOLEH MEMBANTU

  • Avokado
  • Kubis
  • Bayam
  • Pisang
  • Kunyit
  • Epal
  • Bawang putih
  • Halia
  • Buah berri
  • Makanan laut tinggi Omega-3 seperti salmon dan tuna
  • Minyak zaitun

http://www.womanin.me/

* Untuk pengetahuan anda semua, amat penting untuk membawa anak-anak mendapat rawatan pakar sekiranya mereka mempunyai simptom-simptom di atas.  Amat penting juga untuk ibu bapa tahu bahawa jika tiada simptom yang timbul ketika anak sedang diperiksa, itu merupakan perkara biasa. Jadi, ibu bapa perlu menjadi kunci utama untuk mengenalpasti gejala yang dialami oleh anak-anak supaya dapat diterangkan kepada doktor.

giphy.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×