Deko & Hias

Hanya Gunakan Tisu, Dah Boleh Buat Bunga Hiasan Untuk Pelbagai Majlis, Memang Jimat!

156
SHARES

“Minggu depan kawan aku nak kahwin, apa yang aku nak buat sebagai hadiah untuk hantaran eh?”

Buat anda yang bakal mendirikan rumahtangga atau saudara-mara bakal mendirikan rumahtangga, mesti fikirkan bajet untuk hiasan hantaran juga kan? Tak perlu guna bahan-bahan yang mahal dimana hanya perlu menggunakan tisu sahaja dan boleh jadi hiasan bunga. Macam mana? Jom ikut cara ini.

giphy.com

Tutorial bunga tisu

Minggu cuti sekolah ni, mesti ada kawan-kawan yang nak mendirikan rumah tangga mahligai cinta istana bahagia.. Sapa sapa yang suka ber-DIY  jom kita buat bunga tisu untuk majlis indah kalian nanti tu.

Bahan bahan

Tisu kotak ( cikloo guna tisu yang 3 lapis)
Gunting
Jarum dan benang / dawai bunga

Cara-caranya

1) Keluarkan 3 keping tisu, susun.. Jadilah 9 lapisan tisu

(Andai tisu yang kita beli tu bersaiz empat segi sama.. potong sedikit di bahagian tepi supaya dapat saiz 4 segi tepat yaa.. Bila buat bunga guna saiz 4 segi sama bunga tak berapa kembang)

www.facebook.com/aja.sh.7

2) Boleh lipat tisu tadi macam nak buat kipas kertas tu

( lipat mulakan dari saiz yang pendek yaa)

3) Siap lipat, ambik benang jahit di tengah tengah tisu tadi hingga kemas yaa

( Andai nak buat bunga telur, wajib guna dawai bunga tu ya kawan kawan untuk mengikat tengah tengah tisu tu)

4) Kemudian, potong di kedua dua hujung menjadi bentuk U ataupun bentuk /

www.facebook.com/aja.sh.7

5) Boleh, di buka kuntuman dengan perlahan lahan dengan kasih sayang yaa.. tisu lembut kann nanti kasar kasar terkoyak pulak iaa

6) Siap.. bolehlah di hias kat mana mana ikut kekreatifan anda yaa.. Wat proop bergambar ke, hiasan hantaran tunang, kawen uolss nanti

Video menunjukkan cara yang lebih jelas.

Sumber: Siti Hajar Sufian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×