Hebahan

Dutch Lady Menggalakkan Pengawasan Pencapaian Pembesaran Kanak-kanak

Sempena dengan pelancaran susu tepung baru dengan formulasi yang dipertingkatkan untuk kanak-kanak, Dutch Lady Malaysia baru-baru ini menyokong program “Nurture Nature 2015”, satu ceramah anjuran WQ Park Health & Rehabilitation Centre, yang memaklumkan kepada ibu bapa bagaimana memantau perkembangan mental anak-anak boleh membantu mengelakkan kelewatan perkembangan kanak-kanak kerana lambat dikesan.

Dutch Lady Nutri Plan™ dengan 5X DHA, rangkaian susu tepung rumusan untuk kanak-kanak menyediakan pemakanan yang disesuaikan mengikut empat tahap perkembangan mental utama kanak-kanak, menggesa ibu bapa Malaysia untuk menghargai dan meraikan setiap pencapaian penting yang dicapai oleh anak-anak mereka pada tahap perkembangan yang berbeza.

dutchlady_1

 

Menerangkan penglibatan Dutch Lady dalam ceramah ini, pakar pemakanan korporat Loo Mei Fong berkata, “pembiayaan untuk menyokong “Nurture Nature 2015” adalah usaha Dutch Lady untuk menyokong komuniti dan kami ingin merakamkan penghargaan kami kepada para peserta terlibat dalam e-kuiz untuk menjayakan usaha kami dalam menyokong Nurture Nature 2015,” katanya.

Menurut Loo, setiap peringkat perkembangan kanak-kanak disertai oleh pencapaian kognitif dan pembesaran. Walau bagaimanapun, ibu bapa bertanggungjawab mengawasi pencapaian ini bagi memastikan anak-anak mereka membesar dengan sihat dan gembira.

Loo seterusnya berkata bahawa susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady Nutri Plan dengan 5X DHA baharu kini membolehkan ibu bapa menyokong perkembangan mental anak-anak mereka secara berperingkat melalui empat varian yang berbeza mengikut pencapaian anak-anak:

  • INGIN TAHU – untuk kanak-kanak berumur satu hingga dua tahun dan memerhati dunia di sekeliling mereka dengan mata mereka, ia dirumuskan dengan Inositol, Taurine, dan Vitamin A untuk melindungi dan menyokong perkembangan mata.
  • MENEROKA – untuk kanak-kanak berusia dua hingga empat tahun yang menyentuh dan merasai segala-galanya di sekeliling mereka, mereka perlu menguatkan daya imuniti mereka dengan nutrien seperti Selenium dan Zink.
  • MENCIPTA – dirumuskan untuk kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun dengan nutrien seperti Tyrosine, Choline, dam Vitamin D untuk menyokong daya dan kemahiran imaginatif mereka; dan
  • BELAJAR – untuk kanak-kanak enam tahun dan ke atas dan bersiap sedia untuk persekolahan formal, varian ini mengandungi Magnesium untuk membantu menyokong tahap fokus dan daya ingatan mereka untuk belajar dengan lebih baik.

Secara keseluruhannya, setiap pelan pemakanan untuk setiap pencapaian turut menyentuh tentang menangani sesetengah kekurangan dan jurang seperti yang diutamakan dalam South East Asian Nutrition Survey (SEANUTS) – terutamanya Vitamin D; serta keperluan pemakanan menurut pengambilan pemakanan yang disyorkan (RNI) oleh Kementerian Kesihatan.

“Nurture Nature 2015” bertujuan menyampaikan pesanan kepada para ibu bapa dan pendidik kanak-kanak yang memerlukan pendidikan istimewa berkenaan dengan langkah-langkah untuk menggalakkan dan mengurus tingkah laku kanak-kanak. Beberapa bengkel telah disusun sepanjang hari untuk memberi pengetahuan dan strategi yang berguna untuk ibu bapa dan pendidik, yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai bidang kehidupan seharian apabila melayani anak-anaknya.

Antara topik utama termasuklah: Parenting Tips for Child Development oleh Dr. Raja Juanita Raja Lope, pakar perunding pediatrik pembesaran, dan Strategies to Promote Speech, Language & Communication oleh Dr.Hasherah Ibrahim, ketua program Sains Pertuturan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sewaktu ceramahnya yang bertajuk Parenting Tips for Child Development: Myths VS Facts, Dr. Raja Juanita Raja Lope berkongsi tentang kepentingan pemakanan dalam pembesaran kanak-kanak.

“Apabila kanak-kanak mencecah umur 1 tahun, ibu bapa perlu mula memberikan mereka dengan diet yang bersifat lebih dewasa, yang terdiri daripada 3 hidangan yang seimbang dalam sehari, dan hidangan yang sihat seperti buah-buahan, yogurt dan 500ml susu. Susu sudah tentulah salah satu minuman yang terbaik untuk diberikan kepada kanak-kanak kerana kandungannya yang kaya dengan kalsium, tetapi ibu bapa perlu berhati-hati dan tidak membiarkan anak-anak mereka minum susu terlalu banyak di antara waktu makan. Sebenarnya, mereka sepatutnya memberikan anak mereka susu semasa atau selepas makan,” nasihat Dr. Raja Juanita.

 

dutchlady_2

Dr. Raja Juanita

 

“Perkara yang paling penting adalah untuk menggalakkan tabiat pemakanan yang baik dengan sentiasa memperkenalkan jenis makanan sihat yang baru. Kanak-kanak yang sihat adalah kanak-kanak yang mendapat vitamin dan nutrien yang mencukupi semasa mereka membesar. Apabila mereka mendapat nutrien penting daripada diet yang seimbang, mereka mampu membesar dan berkembang dengan normal,” tambahnya.

Dr Raja Juanita seterusnya mengulas bahawa salah satu nutrien penting yang diperlukan untuk pembangunan mental adalah zat besi. “Banyak kajian menunjukkan bahawa kekurangan zat besi merupakan kekurangan nutrien yang terbesar di seluruh dunia, dan ini memberi kesan terhadap perkembangan kognitif”.

Pencapaian kanak-kanak berbeza dari satu peringkat ke peringkat yang lain. Sebagai contohnya, pada usia 1 hingga 2 tahun, mereka akan mula berjalan dan mula pandai bercakap sepatah dua perkataan dan menunjukkan kepada sesuatu benda. Pada usia 2 hingga 4 tahun, kanak-kanak akan meningkatkan perkembangan bahasa mereka, dan mereka akan dapat bercakap dalam ayat yang pendek.

Inilah sebabnya pencapaian ini menjadi “pengukur” kepada ibu bapa mengawasi sama ada anak mereka membesar secara sihat. Sekiranya kanak-kanak masih belum mencapai pencapaian ini pada usia yang tertentu, ibu bapa perlu peka dan mendapatkan penilaian asas daripada pakar-pakar secepat mungkin.

Digabungkan dengan maklumat menarik lain yang dikongsi oleh panel penceramah, peserta “Nurture Nature 2015” pulang dengan pengetahuan baru tentang bagaimana untuk melaksanakan kaedah keibubapaan dengan lebih berkesan.

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×