Hebahan

Discover Taiwan – Pameran Pelancongan Taiwan di Malaysia

Discover Taiwan

Discover Taiwan

Makan, membeli-belah dan berbasikal di Taiwan!
Sebelum itu… rebutlah tawaran pelancongan yang terbaik di Pameran Pelancongan Taiwan yang dianjurkan buat kali pertama!

Sekiranya anda tergerak hati ingin melancong ke Taiwan buat kali pertama atau melawatinya sekali lagi ke Taiwan, inilah peluang keemasan anda untuk melawat pulau ini pada tahun 2015! Biro Pelancongan Taiwan Kuala Lumpur (Taiwan Tourism Bureau Kuala Lumpur, TTBKL) menganjurkan Pameran Pelancongan Taiwan buat kali pertamanya di Malaysia, bertemakan “Masa untuk Menikmati Kehidupan” yang akan diadakan di Pusat Membeli-belah 1 Utama, di mana orang ramai boleh mendapatkan tawaran yang terbaik untuk perlancongan ke Taiwan menerusi pameran ini yang diadakan dari 25 hingga 29 Mac 2015.

Pengarah TTBKL, Encik David Tsao berkata, “Sepanjang 2 tahun saya berada di Malaysia, saya juga mendapati warga Malaysia juga memberi penekanan terhadap jalinan silaturahim keluarga seperti warga Taiwan. Ini jelas kelihatan apabila jelangnya musim perayaan, di mana semua warga Malaysia tanpa mengira bangsa akan mengambil kesempatan untuk balik kampung demi meraikan perayaan bersama ahli keluarga yang tersayang. Dunia kini kian dipenuhi dengan individual yang makin bersifat peribadi dan hanya fokus dalam kerjaya mereka, adalah amat terharu bagi saya melihat silaturahim keluarga masih memainkan peranan yang besar di kalangan pelbagai kaum di Malaysia.”

“Melancong merupakan salah satu cara yang terbaik untuk menghabiskan masa yang berkualiti bersama ahli keluarga, terutamanya untuk mereka yang tidak tinggal sebumbung ataupun mereka yang mempunyai ahli keluarga yang sibuk dengan kerjaya diri sendiri.  Keluarga yang tinggal di kawasan bandar mempunyai lebih kurang masa untuk diluangkan bersama – mahupun selepas kerja, persekolahan, dan urusan yang lain, di mana sering kali tidak sempat meluangkan masa bersama ahli keluarga. Oleh itu, adalah tidak hairan kini berlancong menjadi pilihan untuk ramai keluarga Malaysia yang ingin menghabiskan masa yang berkualiti bersama. Keseronokan yang dialami di negara lain yang mempunyai iklim, budaya, warisan dan makanan yang berbeza, merupakan sesuatu yang boleh merapatkan hubungan di antara satu sama lain,” kata Tsao.

“Dengan Pameran Pelancongan Taiwan yang pertama ini,” Tsao menambah, “TTBKL berharap menawarkan pakej pelancongan yang terbaik untuk keluarga di Malaysia. Kami bekerjasama dengan agensi-agensi pelancongan terkemuka dari Taiwan dan Malaysia agar menawarkan pelbagai pakej yang menarik dan tawaran pelancongan yang paling seronok untuk destinasi- destinasi di Taiwan. Ini juga termasuk pakej khas atau lawatan khas yang disediakan untuk para pelawat Muslim.”

Discover Taiwan

David Tsao dari TTBKL sedang berucap

Daya tarikan Taiwan yang unik menjadikannya sebagai destinasi percutian kegemaran pelancong Malaysia atas sebab variasi tarikan yang ditawarkan. Pada tahun 2014, sebanyak 439,240 warga Malaysia telah melawat pulau ini! Menurut Tsao, Taiwan juga menjadi semakin popular di kalangan pelancong muslim.

Kami telah mencatatkan pertumbuhan yang kukuh sebanyak 10% dalam jumlah pelancong Muslim yang berasal dari Malaysia ke Taiwan dalam tempoh tiga tahun yang lalu dan kami berharap dapat menarik lebih ramai pelancong Muslim ke pameran ini menerusi tawaran yang disediakan selepas pertimbangan keperluan mereka untuk mendapati makanan halal dan tempat-tempat yang sesuai untuk bersolat, “kata Tsao.

Pelakon tempatan, Mandy Chen yang berasal dari Taiwan, Taiwan merupakan kampung halamannya walaupun dia sudah berkahwin dengan warganegara Malaysia dan tinggal di negara ini selama 8 tahun. “Saya masih ingat Ang Lee (rakyat Taiwan dan pengarah filem yang telah memenangi Anugerah Oscar) pernah berkata – Pemandangan yang paling cantik di Taiwan adalah rakyatnya.” Ini adalah benar- keramahan dan keikhlasan warga Taiwan tidak pernah gagal untuk mengharukan hati saya, walaupun begitu banyak kali saya telah mengunjungi Taiwan. Layanan mereka akan membuatkan anda berasa seperti berada di rumah! Makanannya lazat dan saya amat suka akan gaya hidup sihat yang dipraktikkan di Taiwan.

“Berbasikal merupakan hobi kegemaran orang ramai di Taiwan; suami saya dan saya gemar akan berbasikal! Untuk saya, tentulah membeli-belah! Saya tidak dapat menghabiskan cerita saya dalam masa sehari!” kata Mandy.

“Untuk pelancong yang lawat ke Taiwan untuk pertama kali, saya pasti akan mengesyorkan lawatan ke pasar malam Shilin dan makan dengan sepuas-puasnya! Cubalah mee sua yang ditumiskan dengan tiram (Bihun) dan tauhu busuk! Taipei 101 juga merupakan destinasi yang perlu anda melawat; saya amat menyukai Taiwan kerana negara ini mempunyai keseimbangan antara budaya traditional dan moden. Sebagai cenderamata, anda boleh memilih makanan ringan dan gula-gula seperti tie dan (telur besi) dan tart nanas yang merupakan pilihan yang paling sesuai!” kata Chen.

Berdasarkan kajian selidik yang dijalankan oleh Kementerian Pelancongan Taiwan pada tahun 2012, daya tarikan utama untuk pelancong tempatan termasuk lokasi perlancongan dan pemandangan, makanan dan membeli-belah. Oleh itu, pameran pelancongan Taiwan ini juga akan menitikberatkan tiga pengalaman perlancongan yang utama ini dengan bertemakan “Masa untuk Menikmati Hidup” (Time to Enjoy Life):

 

Masa untuk makan

Taiwan mempunyai segala-galanya apabila dikaitkan dengan makanan. Anda boleh makan dengan sepuas-puas tanpa perlu membelanja dengan banyak. Daripada buah-buahan bermusim, hidangan tradisional cina yang lazat, hidangan vegetarian yang sihat, pencuci mulut ais dan minuman tea kreatif, hidangan Taiwan menggunakan bahan-bahan tempatan dengan sepenuhnya dan teknik yang tradisional untuk mengujakan serta memenuhi selera anda. Jangan lupa juga pasar malam yang terkenal di seluruh dunia di mana ia penuh dengan aroma yang wangi kerana makanan di jalanan dan snek yang lazat!

Masa untuk Membeli-belah

Taiwan merupakan tempat ia menjadi syurga buat shopaholics! Banyak pusat membeli-belah yang besar dan rangkaian kedai boleh didapati di semua pulau Taiwan. Anda boleh membeli apa-apa sahaja yang anda perlukan, daripada produk 3C yang berkualiti tinggi keluaran dari Taiwan, teh tanah tinggi yang terkenal dan juga anyaman buatan tangan. Untuk peminat fesyen pula, pelbagai jenis pakaian yang berharga berpatutan, barangan kulit dan produk berjenama boleh didapati di hujung jari anda. Di Taiwan, anda pasti akan memperoleh apa yang anda inginkan.

Masa untuk Berbasikal

Kebelakangan ini, trend LOHAS (Lifestyles of Health and Sustainability) menjadi semakin popular apabila orang ramai mula menjadi lebih peka terhadap kesihatan dan alam semula jadi. Taiwan terkenal dengan amalan LOHAS, dan tiada cara yang lebih baik untuk mengalaminya dengan melakukan pergembaraan berbasikal di sepanjang lebuh raya pantai yang menakjubkan! Hayatilah keindahan alam semula jadi dan hargai pelbagai perkara yang kecil tetapi penuh makna bersama yang tersayang.

“Selain daripada mendapat previu menarik yang akan ditawarkan oleh Taiwan, pengunjung ke Pameran Pelancongan Taiwan juga mempunyai peluang untuk menonton persembahan kebudayaan; mempelajari seni ukir tanah liat daripada artis kraftangan Taiwan; menghadiri ceramah mengenai pelancongan eksklusif yang fokusnya adalah aktiviti berbasikal dan buah- buahan yang hanya boleh didapati di Taiwan sahaja; anda juga berpeluang untuk menikmati sampel makanan jalanan yang terdapat di Taiwan,” kata Tsao.

Untuk pengunjung pameran yang mendapatkan pakej pelancongan daripada mana-mana agensi perlancongan yang menyertai pameran ini, mereka berpeluang memenangi hadiah dalam cabutan bertuah untuk setiap RM 500 yang dibelanjakan. Hadiah lumayan termasuk tiket penerbangan pulang balik ke Taipei yang ditaja oleh China Airlines dan Eva Airways; dan pelayaran Asia Timur dengan menaiki kapal mewah Star Aquarius, Star Virgo dan Aquarius yang ditaja oleh Star Cruises. Tandalah tarikh tersebut pada kalendar anda dan lawatlah Pameran Pelancongan Taiwan serta membawa pulang hadiah-hadiah hebat ini!

Pameran Pelancongan Taiwan akan diadakan di Oval, Pusat Membeli-Belah One Utama dari 25-29 Mac 2015. Pameran ini akan bermula pukul 10 pagi. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.facebook.com/tbrockl

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×