Hebahan

Dettol pH-Balanced Body Wash Yang Diperbaharui

Dettol pH-Balanced Body Wash Yang Diperbaharui

Kuala Lumpur, 1 Oktober 2014 – Jenama perlindungan kuman terunggul Malaysia, Dettol, kini memperkenalkan rangkaian Dettol Body Wash baharu yang dipertingkatkan dengan formulasi pH seimbang dalam pelancaran media di Connexion @ Nexus, Bangsar South. Pelancaran media ini dihadiri oleh Dr. Steven Chow, Pakar Perunding Dermatologi Kanan, selebriti yang baru-baru ini bergelar seorang ibu, Scha Alyahya dan rakan kongsi korporat. Dengan pelancaran Dettol pH-Balanced Body Wash yang baharu, keluarga-keluarga di Malaysia kini boleh 100% yakin dilindungi daripada kuman dan bakteria* di samping mengekalkan kulit yang sihat dan lembap.

dettol-ph-balanced-body-wash-1

Dalam iklim yang panas dan lembap di Malaysia, kulit kita sentiasa terdedah kepada elemen luar dan ancaman daripada kuman dan kekeringan. Faktor-faktor persekitaran seperti pencemaran, perubahan suhu, diet, malah produk penjagaan rumah boleh menjejaskan lipid penting pada lapisan luar kulit. Apabila minyak semula jadi yang bertindak sebagai lapisan pelindung ini terjejas, kita akan terdedah kepada kuman dan patogen yang merbahaya.

Dettol, jenama pelindungan daripada kuman No. 1 di Malaysia**, memahami akan kepentingan menjaga kulit anda untuk melindunginya. Dipercayai oleh keluarga dan ahli-ahli profesional perubatan selama beberapa generasi, Dettol berhasrat membina kehidupan yang lebih sihat dan bahagia dengan menyediakan perlindungan terbaik daripada kuman dan bakteria. Dengan formulasi yang baharu dipertingkatkan, Dettol pH-Balanced Body Wash adalah mandian badan yang sesuai bagi setiap keluarga Malaysia. Ciri-ciri antibakteria istimewa Dettol bukan sahaja melindungi kulit anda daripada kuman dan bakteria, tetapi formulasi pH-seimbangnya yang telah dipertingkatkan ini juga membantu mengekalkan kelembapan kulit, maka memelihara lapisan pelindung kulit anda, dan menjadikan kulit sihat dan lembap.

dettol-ph-balanced-body-wash-2

Hina Nagarajan, Pengurus Besar, RB Malaysia dan Singapura, menekankan bahawa mengekalkan kesihatan keluarga Malaysia adalah misi Dettol. “Sejak tahun 1932 lagi, Dettol menjadi peneraju dalam melindungi kesihatan pengguna kami dengan sentiasanya melancarkan inovasi dan peningkatan produk baharu untuk memenuhi perubahan keperluan pengguna kami. Kami faham bahawa kulit sihat adalah titik permulaan untuk kulit yang cantik dan kami bangga menawarkan perlindungan Dettol yang dipercayai dalam formulasi pH baharu yang seimbang supaya pengguna kami boleh menikmati kulit yang bebas kuman, sihat dan cantik.”

Semasa acara pelancaran, Pakar Perunding Dermatologi Kanan, Dr. Steven Chow, bercakap tentang kepentingan mengekalkan kulit yang sihat dalam persekitaran yang semakin mengancam. Katanya, “Ramai antara kita tidak berapa peduli akan kulit kita. Kebersihan adalah faktor penting untuk memastikan kulit yang sihat dan mencegah bau badan, terutamanya di negara panas tropika seperti Malaysia; di mana pencemaran dan jerebu semakin meningkat. Mandian dengan ciri-ciri anti-bakteria dapat membantu melawan kuman setiap hari. Pada masa yang sama, adalah penting kita menggunakan produk yang sesuai dengan tahap pH semula jadi kulit yang membersihkan tanpa menanggalkan lapisan lipid semulajadinya, mengekalkan kelembapan kulit dan memastikan kulit benar-benar sihat.”

Ciri keseimbangan pH bagi Dettol pH-Balanced Body Wash yang baharu ini ditampilkan secara langsung kepada para hadirin dengan menggunakan pen pH. Tahap pH kulit yang sihat adalah antara 4 dan 6, yang sepadan dengan formulasi pH-seimbang Dettol – bagi memastikan kelembapan kulit tidak terjejas. Pada masa yang sama, produk mandian lain mungkin mempunyai pH tahap asid (antara pH 1 dan 3) – yang boleh menyebabkan kemerahan, keradangan dan masalah kulit sensitif; atau tahap pH yang terlalu beralkali (atas pH 8) – yang boleh menyebabkan kulit terlalu kering dan penuaan awal.

dettol-ph-balanced-body-wash-3

Scha Alyahya, yang mengimbangi kariernya yang sibuk sebagai pelakon dan tugas sebagai seorang ibu berkata, “Dettol telah mengubah persepsi saya terhadap mandian anti-bakteria. Wanita hari ini, terutamanya ibu-ibu aktif seperti saya sentiasa terdedah kepada faktor-faktor persekitaran seperti pencemaran, kekotoran dan kuman.   Sebagai seorang pelakon, kulit yang cantik sangat penting untuk saya tetapi saya tidak pernah terfikir akan cabaran yang kulit saya hadapi setiap hari dan bagaimana ini menyebabkan kulit saya tidak sihat. Dengan Dettol pH-Balanced Body Wash yang baharu, saya pasti kulit saya dilindungi daripada kuman di samping mengekalkan kulit yang lembap dan cantik.”

Dettol pH-Balanced Body Wash ini terdapat dalam 6 varian di semua pasaraya di seluruh negara dan sesuai untuk digunakan oleh semua ahli keluarga.

# # #

Mengenai Dettol

 

Dettol telah menjadi jenama antiseptik yang dipercayai sejak tahun 1932 dan adalah jenama antiseptik terkemuka di dunia serta juara yang dipercayai dalam penjagaan kesihatan keluarga. Produk Dettol mempunyai piawaian yang tinggi untuk membunuh kuman dan disyorkan oleh pakar-pakar kesihatan untuk keupayaannya dalam mengekalkan keluarga yang sihat. Jenama ini telah kekal kontemporari menerusi pelancaran produk baru dan menawarkan pelbagai kategori produk yang boleh membantu melindungi mereka daripada kuman. Ini termasuk gel mandian, sabun, sanitasi tangan, pencuci tangan dan tisu basah anti-bakteria.

 

Dengan perlindungan 100% daripada kuman*, tidak hairanlah Dettol dipercayai di kalangan ibu-ibu untuk melindungi ahli keluarganya sepanjang hari.

 

* Membunuh 99.9% kuman

** Menurut Data Nielsen MAT, Ogos 2014

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×